Rabu, 12 Januari 2022

Bola Rasmi Liga Malaysia 2022, MFL Acceleration 21.1 Pro Bercorak Jalur Gemilang Dijual Bermula Harga RM49

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Malaysian Football League (MFL) dengan kerjasama jenama sukan global PUMA serta rakan pengedarnya, ACTIVE SPORTS telah melancarkan bola rasmi bagi kegunaan perlawanan Liga Malaysia 2022 yang melibatkan saingan Liga Super, Liga Premier, TM Piala Malaysia, Piala FA dan Challenge Cup. 

Bola rasmi yang dilancarkan iaitu MFL Accelerate 21.1 Pro, merupakan bola berteknologi moden di mana ia direka  menerusi frekuensi tinggi untuk pengekalan bentuk yang sangat baik, ketahanan dan mengurangkan penyerapan air.

Konfigurasi 8 panel yang unik pula mengurangkan bilangan jahitan yang menghasilkan panel yang lebih besar untuk sambungan yang lebih baik dengan bola.

Manakala permukaan PU berstruktur 3D 1.2mm disepadukan untuk aerodinamik bagi meningkatkan ketahanan lebih baik manakala POE foam yang baru dibangunkan dapat menambah baik sentuhan dengan meningkatkan sensitiviti, memberikan sentuhan lebih teguh serta konsistensi lantunan yang lebih baik.

Selain direka dengan teknologi terkini untuk melengkapkan pelbagai gaya permainan bola sepak moden, bola MFL Acceleration 21.1 Pro yang diiktiraf oleh badan induk bola sepak dunia FIFA ini memiliki corak cukup menarik dengan warna putih sebagai warna utama disulam dengan rekaan grafik berwarna biru, merah dan kuning sebagai warna jalur gemilang.

Logo besar PUMA juga boleh dilihat di permukaan bola bersama dengan logo MFL. Bola MFL Acceleration 21.1 Pro ini boleh didapati secara eksklusif di ACTIVE SPORTS, kedai PUMA terpilih dan PUMA.com dengan harga bermula RM49 hingga RM559.

Maklumat lanjut boleh layari laman web tertera di bawah

https://www.malaysianfootballleague.com

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com