Jumaat, 22 Oktober 2021

Türkiye Menyinari Warisan Neolitiknya dengan TAS TEPELER

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kali ni LeYa ingi  berkongsi dengan korang semua tentang TAS TEPELER dari Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turkiye dan Agensi Promosi dan Pembangunan Pelancongan Turkiye (TGA). TAS TEPELER ini merupakan sebuah projek yang bertujuan untuk mengetengahkan kawasan tamadun manusia bersejarah dan transformasi hebat dari cara hidup mengumpul-memburu kepada pertanian. 

Projek TAS TEPELER ini melibatkan ekskavasi dan penyelidikan arkeologi yang dilaksanakan di tujuh kawasan iaitu Globeklitepe, Karahantepe, Gurcutepe, Sayburc dan Cakmaktepe, Sefertepe dan timbunan Yeni Mahalle. Tapak ekskavasi di Karahantepe yang dibuka untuk sementara juga turut dilawati. Proses ekskavasi dijalankan oleh Jawatankuasa Saintifik dan Lembaga Pengarah Muzium Sanliurfa di bawah pimpinan Jeneral Lembaga Pengarah Aset Kebudayaan dan Muzium, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turkiye.

Dalam lawatan ke Karahantepe, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Republik Turkiye, Mehmet Nuri Ersoy, menyatakan bahawa penggalian di tapak-tapak ekskavasi tersebut telah mendedahkan sumbangan penting Anatolia kepada sejarah manusia.

Beliau berkata, "Dalam masa yang terdekat, ekskavasi akan dimulakan di Ayanlar, Yogunburc, Harbetsuvan, Kurttepesi dan Taslitepe sebagai sebahagian daripada fasa pertama Projek Penyelidikan Neolitik Sanliurfa yang berlangsung di antara tahun 2021-2024. Pengukuran Geomagnetik dan pengukuran radar bawah tanah telah dijalankan di sesetengan kawasan tersebut. Pengukuran akan diteruskan selaras dengan ekskavasi. Ini adalah sebuah projek penting dengan kandungan yang luar biasa dan hasil yang mengagumkan."

"Sebagai pihak kementerian, kami bertanggungjawab ke atas projek ini bersama para pemegang taruh kami. Kerjasama telah dirancang bersama 12 institusi dan organisasi, termasuk lapan universiti di Turkiye. Dalam rangka kerja tersebut, protokol-protokol kerjasama secara langsung telah dimeterai di antara Universiti Istanbul, Universiti Harran dan Universiti Ankara Bilim. Kami turut melibatkan lapan universiti dari lima buah negara dan empat akademi antarabangsa, institut dan muzium di dalam Projek Penyelidikan Zaman Neolitik Sanliurfa, membentuk jangkauan antarabangsa yang luas dengan negara Jepun, Rusia, Jerman, United Kingdom dan Perancis."

Rantau Sanliurfa adalah tempat asal yang terdapatnya contoh pengagihan tenaga kerja yang terancang dan pengkhususan kerja dalam sejarah tamadun manusia. Di antara tahun 2021-2024. proses ekskavasi akan dijalankan di 12 lokasi, termasuk Karahantepe, sebuah tapak yang mempunyai lebih daripada 250 blok batu megalit berbentuk T yang menyerupai struktur yang terdapat di Tapak Warisan Dunia UNESCO, Globeklitepe. Ia dipercayai dengan penemuan ekskavasi ini, dapat memberikan fahaman dan pengetahuan yang luas tentang kehidupan manusia di zaman purba, termasuk aktiviti dan amalan harian mereka. Ia adalah dijangkakan bahawa terdapat beberapa lagi tapak di Sanliurfa yang menyerupai Globeklitepe, yang mencerminkan fasa-fasa permulaan Zaman Neolitik. Penemuan terkini dari ekskavasi Karahantepe dipamerkan di "Pameran Manusia Neolitik dan Karahantepe" di Muzium Arkeologi Sanliurfa yang dibuka pada 23 September 2021 di Maljlis Pelancaran Projek TAS TEPELER.

Projek TAS TEPELER, dikatakan sebagai lokasi permulaan transformasi tempat perlindungan kepada rumah yang berlaku 12,000 tahun lalu, yang mana mulanya kemunculan perkampungan, pembentukan masyarakat pelbagai lapisan dan kebolehan untuk menjalankan perdagangan asas. Strutktur-struktur megalit yang terdapat di kawasan tersebut dikatakan menjadi tempat awam bagi orang ramai untuk berkumpul.

Kongres Antarabangsa Dunia Neolitik yang bakal dianjurkan pada tahun 2023 kelak adalah sebahagian daripada Projek Penyelidikan Zaman Neolitik. Projek tersebut akan menampilkan pelbagai sesi saintifik dan juga mempamerkan peninggalan kebudayaan unik Sanliurfa dari Zaman Neolitik.

2 ulasan:

  1. Çok şaşırdım Türkiye yazısını gördüğümde :) Anadolu medeniyetlerin çıkış yeridir ve inanılmaz tarihi geçmişi vardır. Teşekkürler ve selamlar Türkiye den :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com