Selasa, 9 Mac 2021

Aman Palestin Lancar "Kempen Ramadan Bersama" Sasar Kutipan RM15 Juta

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba ini, Aman Palestin sekali lagi mengambil inisiatif melancarkan "Kempen Ramadan Bersama Palestin, Syria dan Yaman". Kempen ini dilancarkan seiring dengan sambutan penubuhan Aman Palestin yang sudah mencapai usia 15 tahun pada tahun 2021 ini. 

Dalam satu majlis pelancarannya baru-baru ini, kempen Aman Palestin ini menyasarkan kutipan sumbangan sebanyak RM15 juta bagi membantu rakyat di Palestin, Syria dan Yaman. Kempen ini sudah pun bermula pada 1 Rejab 1442H (13 Februari 2021) yang bakal memberi manfaat kepada seramai 250,000 orang sepanjang bulan Ramadhan itu nanti.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut, Sesungguhnya Aman Palestin tidak akan berhenti dalam memberi perjuangan baik daripada aspek bantuan tenaga, masa mahupun wang ringgit bagi mengembalikan hak mereka sebagai negara yang merdeka.

Selain itu, beliau turut memaklumkan, Aman Palestin juga akan terus memberikan komitmen untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat tempatan yang pada ketika ini dalam kesusahan berikutan pandemik COVID-19.

Katanya, Aman Palestin akan memberi bantuan secara khusus kepada golongan terjejas melalui Kelab Perwira Malaysia yang mana merupakan sebuah kelab yang bernaung di bawah Aman Palestin Berhad.

Sementara itu, Pengurus Besar Aman Palestin Berhad, Ustaz Muhd Farhan Mohd Fadhil berkata, pihaknya amat mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyumbang dan mendapatkan pahala melalui kempen Ramadan Bersama ini.

Kempen ini adalah antara yang terbesar yang dilaksanakan Aman Palestin. Menerusi dana yang dikumpulkan, sumbangan akan diberikan melalui enam program khusus iaitu Sahur dan Berbuka; Kotak Makanan; Program Imarah Ramadan; Hadiah Raya; Hadiah Ramadan dan Tabung Ramadan Kareem.

Kini tinggal 55 hari lagi untuk kita menyambut bulan Ramadan yang penuh suci. Apa kata, sama-samalah kita merebut peluang untuk meraih pahala dan memberi kepada yang memerlukan. Orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi pejabat cawangan Aman Palestin di seluruh negara atau layari laman sesawang di bawah:

www.amanpalestin.net

4 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com