Khamis, 10 Disember 2020

Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12 | Rasanya ramai dalam kalangan kita semua tak sabar-sabar dengan tarikh keramat 12.12 ni. Apa yang ada dengan tarikh tu? Hanya tinggal dua hari sahaja menjelang tiba 12 Disember itu yang mana akan berlaku tawaran hebat yang akan diberikan oleh Ketua Pegawai Diskaun (CDO) Lazada, Ain Edruce.

Kolaborasi antara TV3 dan platform e-Dagang terkemuka, Lazada Malaysia menerusi program Shoppertainment, 'LAZADA CHIEF DISCOUNT OFFICER' bakal menghiburkan para penonton sambil menikmati tawaran harga paling hebat pada 11 Disember 2020 (Jumaat) secara siaran langsung di TV3 dan Youtube TV3 Malaysia (pukul 9.02 malam hingga 10.00 malam) dan strim secara langsung di aplikasi Lazada dari pukul 9.02 malam hingga 11.00 malam.

 

Ain Edruce, Ketua Pegawai Diskaun (CDO) Lazada dan pembantunya, Shaun Stephen akan memotong lebih banyak harga untuk tawaran harga terendah di pasaran! Program ini dimeriahkan dengan penampilan barisan duta Lazada iaitu Ayda Jebat, Ismal Izzani, Joey Leong dan Sean LJE dan juga selebriti popular seperti Shiha Zikir, Chiwan dan Ali Puteh. Para penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Ayda Jebat, Mas Idayu (Cintaku 100%), Hujan (Pagi Yang Gelap & Obsesi), Wany Hasrita (Ewah - Ewah), Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Naim Daniel (Lara).

 

Hiburan Berterusan Dengan Lebih Penjimatan Ketika 12.12

Bersempena dengan musim cuti dan sambutan Tahun Baharu, Lazada Malaysia akan mensubsidi pembelian pelanggannya dengan memberikan jaminan harga terendah* yang terbesar di dalam industri, dan membantu komuniti tempatan dengan inisiatif CSR menerusi platform bantuan digitalnya semasa Jualan Besar Akhir Tahun Lazada 12.12.

ara pembeli akan mendapat keriangan berganda apabila membuat pembelian menerusi tawaran ‘Beli 1, Dapat 2’ 12.12 Bersubsidi oleh Lazada dengan diskaun sehingga 90%, dan jaminan pulangan wang 12 kali ganda* Lazada yang ditawarkan kepada para pembeli bagi memastikan mereka HANYA mendapat tawaran terbaik dan terendah ketika membeli-belah di Lazada. LazadaForGood, platform sumbangan digital Lazada juga memberi peluang kepada para pengguna untuk berkongsi kemeriahan musim perayaan ini bersama-sama dengan 8 NGO. Apa yang pasti, kemeriahan musim cuti dan Tahun Baru kini semakin dirasai di Lazada.

  
  

Senarai jenama yang menyertai rancangan ini dan menampilkan tawaran terhebat masing-masing termasuklah Carlo Rino, Senheng, L’oreal, Dr. Cardin dan Universal Traveller. Nantikan pelbagai tawaran menarik dan jangan ketinggalan untuk mengumpul baucer dalam aplikasi Lazada.

Jaminan pulangan wang 11 kali ganda Lazada mula diperkenalkan semasa jualan 11.11 baru-baru ini, dan akan diteruskan semasa 12.12 dengan peningkatan jaminan pulangan wang 12 kali ganda*, bagi memastikan bahawa pengguna bukan sahaja mendapat tawaran terbaik dengan jaminan harga terendah pada musim perayaan ini. Dengan lebih 3 juta produk kempen 12.12 daripada jenama-jenama terkemuka antarabangsa dan tempatan serta diskaun sehingga 90%, para pelanggan mempunyai banyak pilihan dengan harga yang tiada tandingan di dalam platform berkenaan pada Disember ini.

 

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan LAZADA CHIEF DISCOUNT OFFICER di TV3 dan strim secara langsung di dalam aplikasi Lazada dan Youtube TV3 Malaysia mulai 9.02 malam pada 11 Disember 2020 dan membeli-belah dengan harga-harga terendah di pasaran!

Maklumat lanjut untuk dapatkan informasi tentang Jualan Besar Akhir Tahun Lazada, layari

1 ulasan:

  1. datang dah sale yg dinanti nantikan ..... kesian wallet hehee

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com