Isnin, 1 Jun 2020

Pantri Makanan #AyamWithYou Bantu Komuniti Seluruh Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita sedar negara kita sedang menghadapi krisis sukar akibat wabak Covid-19. Walaupun demikian, sikap dan semangat saling membantu, murah hati dan saling mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan.

Sebagai contoh, di Seremban, Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan di Taman Tuanku Jaafar usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.


Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk boleh menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu.

Tahun ini, jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur dengan lebih banyak perancangan untuk membantu organisasi dan komuniti.


Anda ingin membantu? Sudah tentu boleh!

Apakata anda pergi melawat Pantri Makanan Ayam Brand yang telah ditempatkan di seluruh Malaysia!

Sekiranya anda memerlukan makanan, buka zip pantri makanan dan ambil apa yang anda perlukan sahaja. Anda juga boleh membantu dengan menyumbang barangan yang anda ada di pantri makanan dan tutup zip untuk orang seterusnya.

Barangan yang terdapat di pantri makanan adalah makanan. Walaubagaimanapun, anda juga boleh membantu dengan menyumbangkan minuman, barang-barang runcit dan keperluan asas lain.

Ayam Brand akan membantu mengisi semula pantri makanan dengan makanan dalam tin yang digemari ramai dan bekerjasama dengan organisasi-organisasi amal di setiap negeri untuk menjalankan pantri komuniti ini.


Berikut adalah senarai lokasi pantri makanan, Jom!:
  • Terengganu: Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim Al-Hijrah
  • Pahang: Baitul Husna Bukit Sekilau
  • Kelantan: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan
  • Kedah: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku
  • Penang: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Islam
  • Perlis: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis
  • Johor: Pertubuhan Kebajikan Shafar Johor Bahru
  • Negeri Sembilan: Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan
  • Perak: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh
  • Sabah: Rumah Anak Kesayangan
  • Sarawak: Rumah Amal Nur Murni
  • Selangor: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah
  • Kuala Lumpur: Anjung Singgah
Untuk maklumat lanjut, boleh layari

Marilah bersama-sama kita menolong antara satu sama lain!

AMBIL APA YANG ANDA PERLUKAN, TINGGALKAN APA YANG ANDA BOLEH

Related Posts:

  • Program Memperkasa Informasi Pemasaran Trading Di Malaysia Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pada hari Sabtu bersamaan 03 Mac 2018 telah berlangsung satu Seminar “Navigating the Malaysia Market” yang bertempat di Dewan Utama Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Ia adalah seminar ya… Read More
  • Nanas Emas CoolBlog Percuma Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pada peminat CoolBlog, jom LeYa nak bagitahu ada promosi istimewa untuk korang semua. Promosi Beli 1 Percuma 1! WoW!!! Menarik kan bunyinya. Korang BELI satu CoolBlog dan d… Read More
  • Anugerah Pelancongan Malaysia Kali Ke-20 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia, Malaysia Tourism Council dan cawangan-cawangan pelancongan di Malaysia telah mengumumkan pemenang bagi A… Read More
  • Samsonite Malaysia Making Wishes Come True Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Samsonite (Malaysia) Sdn. Bhd., the world's largest and most recognized designers and distributors in the luggage industry is collaborating with Make-A-Wish Malaysia to create… Read More
  • Shinsegae Mamee Lancar Produk Foodservice Bantu Pengusaha Makanan Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Mee Goreng, Nasi Goreng Kampung, Rojak Buah dan sebagainya memang sinonim dengan industri makanan di Malaysia dan perniagaan makanan sekiranya ditadbir dengan betul dapat memberikan … Read More

8 ulasan:

  1. Thanks for your sharing...#stayhealty

    BalasPadam
  2. mulia sungguh kalau ada hati yang suka bersedekah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Di Malaysia memang ramai yang akan cuba membantu kepada golongan yang memerlukan

      Padam
  3. Dah tau kat Johor mana ada pantri tu, dah senang nak pi meyumbang...tahniah buat Ayam Brand..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. Sama-samalah kita membantu pada yang memerlukan

      Padam
  4. SELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
    http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com