Selasa, 31 Mac 2020

Duduk Rumah, Layan Drama Korea Wanna Taste

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Last layan drama Korea ni masa sebelum kahwin. Kira-kira enam tahun yang lalu lah kan. Hahahaha.... Lama kan LeYa dah tak layan K Drama bagai ni. Jadi, kenapa tetiba cakap pasal drama korea ni? Semenjak cuti sempena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, LeYa dah tak tahu nak buat apa lagi, semua kerja rumah, kerja-kerja online dah pun disiapkan. So, LeYa pun saja-saja lah pergi masuk website viu.com

Guess what? LeYa terlayan satu drama Korea berjudul Wanna Taste yang dibintangi Shim Yo Young bergenre sebuah kekeluargaan. 


Sinopsis Wanna Taste?

Mengisahkan tentang Kang Hae Jin (Shim Yi Young) yang berusia 36 tahun dan memutuskan untuk berkahwin dengan pemuda Lee Jin Sang (Soe Ha Joon) yang berbeza enam tahun dengannya. Hae Jin seorang wanita yang kuat dan bekerja keras sebagai tulang belakang keluarga dan mengelolakan restoran milik ayah mertuanya. Namun, keluarga yang dibinanya bersama Jin Sang retak kerana suaminya berlaku curang dengan rakannya, Jung Joo Ri (Han Ga Rim).

Joo Ri merupakan seorang anak orang kaya dan mampu memikat hati Jin Sang. Meskipun Jin Sang berjaya menutupi aktiviti curangnya, namun akhirnya Hae Jin tahu dan mahu mereka bercerai. Di saat hubungan dengan suami renggang, muncul Oh Dae Goo (Seo Do Young) seorang penulis naskhah drama TV. 


Drama Wanna Taste ini sebenarnya dah ditayangkan pada 12 November 2019 sehingga April 2020. Kiranya LeYa tak terlewat lah kan menontonnya walaupun baru di episod permulaan. Heee... Drama ini mempunyai 120 episod yang berdurasi 30 minit setiap episod. 


Ok lah... LeYa nak layan dulu lah drama ni. Sekali dah terlayan drama Korea ni, taknak stop pulak. Hahaha.... Bertabahlah ye Mr. Otomen Taro.


Korang #StayAtHome tau. Jangan degil. Kalau bosan tu, jom layan movie dekat aplikasi viu.com ni. Memang pasti korang tak akan kebosanan lagi dah. Tup...Tup... dah habis PKP nanti. #KitaJagaKita

15 ulasan:

  1. ala.. cite ni kite tak tengok lagi.. tapi akan tengok nanti.. hee~ habiskan drama yang tengah tengok sekarang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak best jugak. Sebab cerita kekeluargaan..

      Padam
  2. Drama korea ni klu tengok kebiasaannya mmg akan melekat. Masa mcm ni mmg bestlah tengok dari satu drama ke drama yg lain. Tak perlu nak tunggu dari hari ke hari hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... Memang layan.. So stay at home layan drama korea best jugak

      Padam
  3. aduh aduh mls la nak lyn drama..nak movie boleh? haha sha lyn katon ja dengan anak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... Kartun banyak je boleh tengok kat youtube.. Macam-macam ada

      Padam
  4. macam best jer drama korea ni.. lama tak layan drama korea.. time pkp ni best jugak layan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... LeYa terpengaruh sebab time PKP ni la.. Hehehe..

      Padam
  5. pergh!! 120 episod tu.. banyak gila.. hahaha

    BalasPadam
  6. Skrg duk layan the korean odyssey.. jenuh nak habis.. nnt naknlayan wanna taste pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wanna Taste pun jenuh gak nak menghabiskan ni.huhu

      Padam
  7. kite jarang tngk drama yang episode banyak2.. tapi sbenarnya banyak yg best2. tula da mula tengok susah brenti hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x.. Bila dah start tengok, tu yang nak kena habiskan tu..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com