Wednesday, 26 February 2020

Gabungan Budaya dan Kulinari Sebagai Tarikan Baru Pelancongan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kita tahu orang ramai sering kaitkan kelas memasak dengan percutian ke Thailand. Tetapi, sudah tentu ia lebih daripada apa yang ditawarkan. Dengan memahami budaya melalui makanannya, kita tahu ia merupakan satu pengalaman kulinari menarik untuk diteroka.

Rasa terinspirasi untuk memulakan pengembaraan? Pernahkah korang dengar atau tahu dengan percutian yang melibatkan penggabungan budaya dan aktiviti masakan (kulinari)?


Percutian yang menggabungkan pengalaman budaya dan masakan telah mula berkembang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ia dilakukan dengan aktiviti kelas memasak atau aktiviti berkaitan makanan yang memberi peluang kepada para pelancong untuk mengenali lebih jauh ke dalam budaya dan rasa destinasi di luar sempadan. Menurut laporan syarikat penyelidikan pasaran terkemuka di Technavio pada September 2019, saiz pasaran dijangka meningkat sebanyak USD 82.02 billion dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pelancongan kulinari menjadikan makanan sebagai subjek utama dan medium, destinasi dan kenderaan pelancongan. Individu yang melancong untuk meneroka makanan ini menggunakan makanan dalam penerokaan budaya dan cara gaya hidup baru.


Learn the Art of Soba Making in Japan

Berjalan di Retreat Kunisaki membawa anda ke sebuah kawasan perkampungan yang indah di Kyushu. Dikelilingi dengan pemandangan hijau dan dusun-dusun sleepy hamlets serta sawah padi di sebuah pergunungan, pasti memberi anda rasa yang nyaman dan tenang ketika berada di sana. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menyaksikan dan mencuba sendiri dalam seni pembuatan Mee Soba. Difahamkan Mee Soba ini merupakan sebahagian daripada washoku iaitu masakan tradisional Jepun yang berasal dari pelbagai amalan memasak. Ketika anda berada di sana, anda akan diajar cara menguli doh soba sebelum memotongnya menjadi mi. 


Compose A Traditional Health Tonic in Indonesia


Di Capella Ubud, penduduk Jamu Specialist atau 'Mbok Jamu' akan membimbing anda melalui ubat kompleks dan sejarahnya yang menarik. Bermula dari perjalanan melalui sawah ke pondok petani, anda akan diajar cara menyusun tonik kesihatan menggunakan resepi purba yang berkurun generasinya. Ubat herba ini terdiri daripada bahan-bahan semulajadi seperti akar, kulit, bunga, benih dan daun yang dipercayai mempunyai kuasa penyembuhan yang tidak dilakukan kita. Pengunjung boleh menikmati ramuan-ramuan tersebut dalam masa tiga hari.


Art of Jamu

Go on a Hawker Centre Crawl Across Singapore


Pengunjung yang datang ke Capella Singapore boleh cuba mengambil bahagian di Pusat Penjelajahan Singapura bersama Evelyn Chen, wartawan makanan terkenal, blogger dan influencer media sosial bagi merasai 50 Restoran Terbaik Dunia. Terdapat makanan jalanan yang murah dan sedap di bandar tersebut yang juga telah berkembang sejak tahun 1800-an, ketika Singapura mula berkembang dengan entrepôt, sebuah gerai makanan tetap yang menyajikan pelbagai masakan yang menjadi bahan utama dalam warisan kulinari terkenal. Hawker Haunts Evelyn Chen akan memperkenalkan anda dengan hidangan kegemaran negara seperti roti panggang, nasi ayam dan char kway teow.



Explore Croatia’s Vineyards and Countryside


Scott Dunn mempamerkan budaya Croatia dan Slovenia yang unik dengan memberi pengalaman sebuah perjalanan di bandar-bandar yang padat dengan orang ramai, desa-desa yang indah dan hidangan masakan tempatan yang pelbagai. Para pengunjung akan berpeluang sekali seumur hidup mempelajari seni dalam mencari makanan bersama penduduk setempat serta melihat dan merasai masakan tradisional Kroasia. Bagi yang bukan beragama Islam, pasti tidak ketinggalan menikmati minuman wain dan melawat kilang peribadi memproses anggur Kozlovic milik salah seorang ahli keluarga. Bagi pencinta makanan laut, boleh cuba untuk menikmati tiram Croatia yang segar di Ston sebelum menuju ke bandar bersejarah Dubrovnik selama dua malam di Hotel Bellevue. Di setiap suite bilik akan menghamparkan anda dengan pemandangan laut yang cukup indah menghadap Teluk Miramare yang menenangkan.


Scott Dunn merupakan lokasi terbaik Croatia dan Slovenia yang mana berharga $12,400 seorang selama 10 malam dengan penginapan yang mewah dan pengalaman yang menarik.


Experience a Feast in Lima

Lima merupakan ibu kota Peru yang terkenal dengan makanan Amerika Latin. Ia juga dikenali sebagai rumah kepada pilihan restoran berbintang Michelin yang sungguh mengagumkan. Masakan Peru menggabungkan amalan tradisional dengan bahan-bahan tempatan bersama biodiversiti dan budaya negara yang kaya dalam pembentukan makanannya. Anda boleh membuat lawatan ke Pasar Surquillo yang sangat meriah yang mana ia merupakan pasar makanan terbaik di Lima, sebelum ke Pasar Ikan San Isidro untuk bertemu Chef Gonzalo bagi mempelajari masakan khas Peru.



Enjoy World-Class Cuisine in South Africa


Sebagai sebuah negara yang mewah dengan safari, Singita merupakan sebuah lokasi yang melaksanakan program kulinari di mana mempamerkan jiwa Afrika dan Safari. Menu yang dipamerkan juga mengikut farm-to-table ethos dan chef menggunakan bahan-bahan tempatan dari tanaman sayur-sayuran di hotel atau perusahaan kecil yang dimiliki petani. Singita membantu masyarakat sebagai sebahagian daripada tujuan 100 tahun mereka untuk memastikan para tetamu di dunia belajar memasak masakan mereka. Di samping menikmati hidangan makanan Singita, para pengunjung yang bukan beragama Islam boleh menikmati wain di ruang bawah tanah yang luas.



Reaksi kOrang:

4 comments:

  1. waalaikumussalam. wah semua tempat menarik. kalau lah boleh pergi ke semua tempat tu, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah kak.. Suatu hari nanti pasti boleh..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com