Jumaat, 7 Februari 2020

Pelancaran Mr Mufe - My Lepak Buddy, Platform Digital Online Streaming Tempatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Inovasi teknologi yang semakin canggih mentransformasikan dunia dengan kepantasan untuk membolehkan sesuatu kerja atau perniagaan itu menjadi lebih maju dan cekap. Penggunaan media dalam platform digital hari ini telah meningkat di seluruh dunia termasuklah Malaysia. Terkini, penggiat media tempatan telah melancarkan platform digital online streaming pertama iaitu Mr Mufe - My Lepak Buddy. Nak tahu lebih lanjut mengenai Mr Mufe? Baca perkongsian ini sehingga habis taw!


Pelancaran Mr Mufe - My Lepak Buddy, Platform Digital Online Streaming Tempatan

Peningkatan kelajuan akses Internet telah menyediakan banyak pilihan kepada pengguna untuk mengakses kandungan digital seperti Netflix, iflix, Amazon Prime, VIU dan lain-lain yang muncul di pasaran tempatan menggantikan media tradisional televisyen sebagai hub hiburan. Malah, media tradisional televisyen juga tidak dapat mengelak untuk mengubah modul perniagaan dengan mewujudkan platform online streaming.

Menyedari hakikat ini, Malaya United Films & Entertainment Sdn Bhd tampil dengan sebuah platform online streaming terbaharu, Mr Mufe - My Lepak Buddy. Mr Mufe ini bakal beroperasi sepenuhnya di pasaran tempatan pada pertengahan tahun dengan memberikan tumpuan terhadap kandungan utama dalam Bahasa Malaysia. Antara kandungan yang ditawarkan dengan penuh bervariasi adalah:
  • Telefilem
  • Drama Bersiri
  • Filem Pendek
  • Filem Cereka
  • Program Realiti
  • Gameshow
  • Bual Bicara
  • Program Masakan
  • Program Kesihatan
  • Program Kecantikan 

Menurut Pengasas Mr Mufe, Dato' Sheikh Jamal, "kandungan yang sudah sedia ada (re-run) akan lebih tertumpu kepada filem tempatan yang telah tamat tempoh tayangan tetapi tidak mempunyai platform lain untuk menayangkan filem mereka."

Secara tidak langsung, platform ini turut memberi manfaat kepada pemain industri dan karyawan seni untuk terus berkarya menerusi produk seni mereka dan pada waktu yang sama menambah peluang pekerjaan kepada pekerja-pekerja seni tempatan bagi meneruskan kelangsungan hidup.


Selain itu, pemain industri dan karyawan seni juga memiliki hak ke atas harta intelek mereka sendiri walaupun menggunakan platform Mr Mufe ini. Platform Mr Mufe - My Lepak Buddy tidak hanya tertumpu di Malaysia. Malah ada juga di beberapa negara lain seperti United Arab Emirates, Pakistan, Indonesia dan India yang akan beroperasi secara serentak.

Apa Yang Menarik Dengan Mr Mufe - My Lepak Buddy?
  • Boleh ditonton secara PERCUMA. Hanya kandungan premium seperti filem cereka sahaja akan dikenakan bayaran USD0.99 cents per Filem.
  • Pengguna negara luar yang ingin menikmati kandungan platform ini dikenakan bayaran bulanan USD2.99. 
  • Sebagai perkenalan mesra, bagi tempoh enam bulan pertama Mr Mufe - My Lepak Buddy beroperasi, pengguna berpeluang menikmati semua kandungan dari negara lain secara percuma tidak termasuk Filem Cereka.
  • Kandungan program Mr Mufe - My Lepak Buddy boleh dinikmati tanpa gangguan iklan. Ini kerana iklan selama 30 saat hanya akan dipaparkan pada awal kandungan sahaja.
  • Harga iklan yang ditawarkan untuk pengiklan juga sangat murah iaitu sebanyak USD0.05 untuk tempoh 10 saat per slot.

Bagi memastikan kandungan-kandungan yang ada dalam Mr Mufe - My Lepak Buddy tidak menjadi mangsa cetak rompak, Malaya United Films Entertainment memperkenalkan teknologi Blockchain baharu serta mewujudkan sistem CDN (Content Delivery Network) tersendiri serta Cloud Computing.

Pihak Malaya United Films Entertainment juga mengalu-alukan kerjasama daripada pihak industri kandungan dan karyawan seni tempatan. Peluang ini harus direbut bagi memastikan industri kreatif kita terus rancak dan bernafas di samping meningkatkan ekonomi penduduk dan negara.

Maklumat lanjut mengenai Mr Mufe - My Lepak Buddy, boleh layari seperti yang tertera di bawah:

Facebook

Instagram

Twitter

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wrmbth Sis illaleya Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50

    Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com