Selasa, 29 Januari 2019

10 Tempat Makan Best Di Ipoh Untuk Diterjah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah menjadi kelaziman kita sebagai pelancong, kalau nak bercuti mana-mana tempat menarik di Malaysia pasti nak merasai makanan tempatan yang popular dan enak-enak. Ipoh yang kini menjadi salah satu destinasi pilihan mempunyai banyak destinasi makan menarik untuk diterjah baik sarapan pagi, tengah hari dan juga makan malam. Daripada nasi ayam, hor fun dan taugeh yang terkenal, bandaraya Ipoh kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai kulinari tradisional, hidangan ikonik dan tempat makan yang tersembunyi.

Nikmati pengalaman merasai hidangan di Ipoh dengan 10 tempat-tempat pilihan Halal terbaik menggunakan pembayaran tanpa tunai yang mudah dan selamat menggunakan aplikasi e-dompet 'homegrown' Boost dengan pulangan tunai daripada "Shake Rewards" selepas membuat pembayaran untuk setiap hidangan.


10 Tempat Makan Best Di Ipoh Untuk Diterjah

1. Miker Padang Ipoh

Sebuah kafe hipster yang terletak di Padang Ipoh, Miker terkenal dengan hidangan Tom Yum dalam Kelapa dan piza-piza unik seperti Crazy Cheese, Crazy Meat dan Ultimate Kampung yang mempunyai cili padi dan ikan bilis. Pilihan masakan Barat seperti cop kambing (lamb chop) dan ayam keju dipanggang juga disukai ramai. 

Alamat: Jalan Padang, 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 5.00 PTG hingga 12.00 TGH MLM. Ditutup pada hari Isnin



2. Char Kuey Teow Abang Sayang

Char kuetiau yang dihidang di Abang Sayang bukan sekadar char kuetiau biasa. Kuetiau di sini dimasak dengah kuah istimewa “Abang Sayang serta udang besar. Sekali rasa, anda tidak lagi akan makan char kuetiau biasa. Mereka turut menawarkan hidangan lain termasuk Nayi Ayam, Bihun Sup dan Sate. 

Alamat: No. 25, Jalan Meru Bestari A14, Medan Meru Bestari
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari kecuali Selasa, 4.00 PTG – 1.00 PG


3. Restoran Warteg Ipoh

Terletak di dalam salah satu bangunan tertua di Ipoh, warung moden ini menawarkan kaki makan pelbagai pilihan hidangan yang diinspirasikan oleh rasa masakan Jawa. Hidangan yang wajib dicuba adalah Ketam Raja dan Lobster dimasak gaya Jawa ala shellout. Selain makan laut segar, cubalah nasi uduk dan kacang pol versi Warteg. 

Alamat: 73, Jalan Raja Musa Aziz, Kampung Jawa, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: Selasa hingga Sabtu, 4.00 PTG – 1.00 PG, ditutup pada hari Isnin


4. Restoran Nasi Vanggey

Nasi Vanggey menjadi ikon makanan di Ipoh sejak tahun 1955. Dihidangkan dengan nasi putih dan ayam goreng bersama-sama pilihan hidangan sampingan lain yang menggiurkan serta ditambah kuah signature – ini adalah kombinasi terbaik. Walaupun terdapat cawangan di KL, kami masih cadangkan anda mencubanya di Ipoh, tempat asalnya.

Alamat: 5-A Lebuh 1, Pusat Perniagaan Greentown
Waktu Perniagaan: Dibuka 24 jam, 7 hari seminggu 

Kredit Photo: http://tourismperakmalaysia.com/our-destination/nasi-vanggey-restaurant/

5. Canning Dim Sum

Pilihan popular untuk sarapan pagi dan tengah hari, restoran dim sum Halal ini menyediakan dim sum yang amat lazat dan mempunyai 50 pilihan untuk dinikmati. Salah satu hidangan paling popular ialah Lau Sa Pau dengan 5 rasa enak – telur asin, bijan hitam, teratai, coklat dan keladi.

Alamat: No. 1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh
Waktu perniagaan: 6.30 PG – 2.00 PTG. Ditutup pada hari Rabu

Kredit Photo: https://www.ipohecho.com.my/v4/article/2018/08/16/canning-dim-sum

6. Labu Sayong Café

Kafe menawan ini menyajikan masakan asli dan tradisional Melayu Perak termasuk hidangan seperti Ikan Purba Kala Sayong dan Rusuk Kambing Tongkat Ali. Jika anda mencari tempat untuk memuaskan citarasa masakan Melayu tradisional,  Labu Sayong Café adalah tempat untuk dikunjungi.
Alamat: F2, Kompleks Silveritage Galleria, Medan Gopeng, 31350 Ipoh
Waktu Perniagaan: Hari bekerja: 10.00 PG – 10.00 MLM
Hujung Minggu dan hari sebelum Cuti Umum: 10.00 PG – 11.00 MLM

Kredit Photo: https://www.nst.com.my/

7. Assam House

Memenangi hati penduduk tempatan lebih dari 26 tahun, Assam House adalah salah satu restoran Nyonya paling popular di Ipoh. Sajian istimewa mereka yang wajib dicuba ialah Kari Kepala Ikan dan Nyonya Lucky Platter.

Alamat: 2 & 2A, Medan Gopeng 2, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, 31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Waktu perniagaan: 11.30 PG – 3.00 PTG / 6.00 PTG – 10.00 MLM

Kredit Photo: https://www.facebook.com/assamhouse/

8. Rojak dan Cendol Padang Ipoh

Untuk mereka yang menggemari rojak dan cendol, ada yang mengatakan tempat ini adalah pilihan terbaik di bandaraya Ipoh. Kaki makan pasti akan memesan Cendol Durian dan Pulut yang popular, dinikmati bersama Rojak Pasembor, Mi Rebus dan Mi Goreng.

Alamat: No. 17, Jalan Tun Sambanthan 30020 Ipoh, Perak
Waktu perniagaan: 10.00 PG – 8.00 MLM

Kredit Photo: https://www.facebook.com/rojakncendolpadangipoh/

9. Zul Yahya Steamboat

Penggemar stimbot wajib ke restoran ini bagi menikmati stimbot dan BBQ gaya bufet. Restoran Zul Yahya Steamboat merupakan syurga pemggemar makanan stimbot kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan makanan sama ada dibuat BBQ atau dimasak dalam sup istimewa mereka.

Alamat: No.1, 1b, Jalan Meru Bestari A8, Bandar Meru Raya
Waktu perniagaan: Dibuka setiap hari dari pukul 10.00 PG – 12.00 TGH MLM

Kredit Photo: https://www.facebook.com/zulyahyasteamboatbbq/

10. Restoran Fuziah

Restoran Fuziah Nasi Ayam atau lebih dikenali sebagai Nasi Ayam Pasar Bulat digemari penduduk setempat sejak tahun 1980-an. Hidangan popular ini berasaskan nasi beras wangi dimasak dengan minyak lemak ayam serta ayam panggang digoreng garing bersama campuran sos soya sedikit manis amat dinikmati oleh semua. 
Alamat: 78, Jalan Mustapha Al-Bakri, 30300 Ipoh
Waktu Perniagaan: 11.30 PG – 10.30 MLM

Kredit Photo: https://www.orangperak.com/

Muat turun aplikasi Boost di Google Play Store atau App Store hari ini dan nikmati pengalaman pembayaran tanpa tunai dengan ganjaran segera berbentuk pulangan tunai.


21 ulasan:

  1. TQ for sharing.... Senang kalau ke Ipoh, boleh rujuk sini nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama... sharing is caring bro... hehehe...

      Padam
  2. wow! best ni. kalau saya pergi ipoh, saya rujuk entry ni k

    BalasPadam
  3. last year pi Ipoh tercari2 juga kedai makan best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lorrr... Yeke? Kire entry ni lambat bagi la kat akak.. Hehehe..

      Padam
  4. Teringin nak cuba dimsum tu.. Sedapnyaa

    BalasPadam
  5. Slalu nampak kt ig org makan char kuey teow abg syg tu heheeh kt ipoh rupanya. Nant g ipoh lehlah cuba jalan2 cari makan kt kedai ni suma. Hehe senang nnt refer sini ajelah. Tq share :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul tu... Sharing is caring. Sama-sama and terima kasih juga sebab sudi singgah blog ni

      Padam
  6. Wah banyak rupanya tempat makan kat ipoh nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah... Banyak sangat tempat makan menarik di sana.

      Padam
  7. makanan malaysia dimana2 pun tetap best. semuanya unik dan special lain dari yang lain. *sbb tu susah nak kuwussss xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha... Kan.. Itu sebab rakyat Malaysia sekarang ramai terlebih makan..hehe..

      Padam
  8. thank your for sharing. Rindu nak jejalan g ipoh. Info ni menarik kalau nak g jejalan ,:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome dear... Boleh saja jadikan rujukan bila ke Ipoh nanti..hehe..

      Padam
  9. Nasi Vanggey tu memang lejen kot. Tapi belum sempat sampai lagi.
    Boleh refer sini je la kalau ke Ipoh nanti.
    Thanks for sharing. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Welcome dear.. Thanks for visiting my blog too..hee..

      Padam
  10. jgn lupa dim sum greenlane dengan popiah ipoh. memang terbaik

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com