Friday, 25 January 2019

PKNS Tawar Rebat Sehingga RM1 Juta

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang pasti teringin untuk memiliki kediaman sendiri kan? Tak kisah lah walau rumah flat atau pangsa, janji rumah sendiri.  Namun, dek kerana kewangan dengan peningkatan kos sara hidup hari ini, ramai memilih untuk menyewa rumah. Lebih-lebih lagi di kawasan bandar metropolitan ini. Jadi, bersempena sambutan Tahun Baru Cina ni, korang boleh tarik nafas lega dan realisasikan impian korang dengan adanya Promosi PKNS Mega Bonanza yang dilancarkan buat julung kalinya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan menawarkan rebat keseluruhan bernilai RM1 juta.


Rumah Mampu Milik PKNS

PKNS adalah singkatan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor dan telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1964 di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, 1964 sebagai agensi untuk pembangunan peringkat negeri melalui pembahagian dan pemacuan pertumbuhan sosio ekonomi di Selangor di mana bertujuan menggalakkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial bagi mencapai visi negara. Sebanyak 2,537 unit rumah disasarkan untuk penjualan tahun ini di sekitar Kota Puteri, Bernam Jaya, Bangi dan Selangor Cyber Valley. 

Apa yang LeYa tertarik dengan rumah PKNS ini ialah harganya mampu milik di mana korang boleh memiliki rumah dengan harga serendah RM42,000 untuk rumah Apartment sehingga RM250,000 untuk rumah teres. Ditambah lagi dengan tawaran rebat RM1 juta yang diberitahu oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek, bermula 1 Januari sehingga 28 Februari, pembeli hartanah PKNS berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik tertakluk kepada terma dan syarat. 


Kredit Photo: Cyril Hassan

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek

Katanya lagi, tawaran tersebut adalah khusus buat rumah PKNS yang sudah siap dibina dan sedia diduduki dengan harapan ia mampu merancakkan penjualan pelbagai projek yang ditawarkan oleh perbadanan ini.

Lebih menarik lagi, pembeli hartanah akan mendapat diskaun sehingga 20% untuk pembelian kediaman terpilih PKNS yang ditawarkan bagi projek di Kota Puteri iaitu Daffina 3 dan Daffina 2 serta Elaisha, projek Azhara di Antara Gapi dan juga Menara U & U2 di Shah Alam.


Diskaun 20% ini bukan sahaja diberikan kepada pembeli Bumiputera, malah bukan Bumiputera sekali gus membuka peluang besar kepada semua kaum untuk memiliki kediaman sendiri. PKNS juga memberikan rebat tunai keseluruhan bernilai sehingga RM1 juta bagi projek Hijauan Enklaf dan projek Anggun Kirana di Alam Nusantara, Setia Alam serta 10 Residensi di Seksyen 17, Shah Alam.

Selain itu, pembeli juga berpeluang menikmati Insentif Dokumentasi bernilai sehingga RM15,000 bagi projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi, Taman Bayu Malawati dan 10 Residensi. Tambah menarik lagi, pembeli juga bakal memperolehi baucar barangan elektrik bernilai sehingga RM30,000 untuk projek Hijauan Enklaf, Opal Residensi dan Rasa Avenue.


Wah!! Macam-macam pembeli boleh nikmati dari tawaran Promosi PKNS Mega Bonanza ni kan. Menarik ke tak menarik? Bukan itu sahaja. PKNS turut memberikan Smart Home Voucher bernilai sehingga RM15,000 bagi projek Anggun Kirana dan Vega Residensi. Pembeli projek ini juga akan menikmati kemudahan Aplikasi Smart Home System di mana menerusi aplikasi ini pemilik boleh memantau kondisi kediaman ketika berada di dalam rumah atau dari jauh.

Tambah Norita, pembeli terawal untuk projek Estera, Dillenia, Kamelia dan Violet di Bernam Jaya, akan ada diskaun menarik ditawarkan pada mereka. PKNS sekali lagi menawarkan baucar hiasan dalaman bernilai RM10,000 bagi projek terpilih di Taman Bayu Malawati.

Kredit Photo: Max Lim

Tawaran Menarik Menanti Pembeli

Pembeli juga bakal menikmati sifar bayaran pendahuluan dan kos Perjanjian Jual Belia (SPA) serta Memorandum Pertukaran (MOT) akan ditanggung olek PKNS bagi projek-projek yang terpilih. Tambahan lagi, Skim Smart Ownership yang sudah pun tamat tempoh pada 31 Disember tahun lalu diteruskan dengan pemberian Insentif "First Ownership" iaitu pemberian diskaun 10% untuk pembelian hartanah PKNS kali pertama kepada bakal pembeli (Bumiputera & Bukan Bumiputera).

Manakala Insentif "Loyalty Scheme" pula ialah pemberian 12% kepada pembeli hartanah PKNS untuk kali kedua atau lebih meliputi kediaman / komersial atau industri (Bumiputera & Bukan Bumiputera).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah:-

Website

Facebook
Reaksi kOrang:

15 comments:

  1. Replies
    1. Ye betul tu... Kene grab sepantas kilat yang boleh..hee..

      Delete
  2. membantu mereka yang memerlukan untuk membeli rumah.. kena rebut peluang yang diberikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul3x... Selagi masih ada, cepat-cepat grab.. Nanti dah habes menyesal...hehe..

      Delete
  3. Wow RM42K je apartment.
    Murah tu !

    ReplyDelete
  4. Peluang keemasan untuk warga sana..Saya dah follow blog anda ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes... Memang diberikan peluang terbaik buat penduduk sekitar sini. Terima kasih. Dan sy pun memg dah lama follow blog Etuza juga

      Delete
  5. cukup murah dgn RM42k utk sebuah apartment...cukup menarik dan untung warga Selangor..

    ReplyDelete
  6. cantiknya rumah. harga pun mampu milik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah... ada juga harga yang mahal... Tapi kita bagi untuk yang mampu milik sebab ramai kan

      Delete
  7. hopefully one day. teringin nak ada rumah sendiri.

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah... Didoakan agar kita semua memiliki rumah sendiri

    ReplyDelete
  9. Skrg ni bkn senang nak dpt rmh teres pd harga tu. Mudah2an x ada yg akan jatuh ke tgn speculators.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com