Khamis, 23 Ogos 2018

Guangxi Pikat Pelancong Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Selain kaya dengan khazanah alam semulajadi yang memukau, East or West Guangxi dikatakan tempat menarik untuk dikunjungi. Di samping kawasan seperti pantai dan sungainya yang luas dan indah, wilayah Guangxi ini juga mempunyai banyak tarikan kebudayaan. Bukan itu sahaja, pengunjung yang datang ke sini juga boleh menikmati hidangan makanan tempatan yang ada di sini.


Baru-baru ini LeYa berkesempatan menghadiri satu program yang dianjurkan oleh Guangxi Autonomous Region Tourism Development Commision bagi mempromosikan pelancongan Guangxi ke Malaysia dan mengeratkan hubungan dua hala di lokasi Summit 1, The Vertical Bangsar South City. 


Jadi, dalam entri kali ini LeYa ingin berkongsi kepada semua beberapa maklumat berguna buat korang yang tengah merancang untuk ke Guangxi. Maklumat di bawah ini adalah berdasarkan pengalaman yang LeYa kutip di program tersebut di samping membaca kisah-kisah pengembara yang telah berkongsi di Internet. 

Program ini sebenarnya bertemakan "East or West Guangxi Landscape Is The Best" dan ia telah disampaikan dalam enam filem pendek yang berjudul "Lao, Shan, Bian, Shan, Hai, Shou" yang mana setiap cerita mengisahkan keunikan yang terdapat di Timur (East) mahupun di bahagian Barat (West) Guangxi.



Di Guangxi, terdapat pemandangan alam semulajadi yang begitu memukau seperti Sungai Li (Li River) dan Air Terjun Detian (Detian Waterfall). Para tetamu yang hadir juga disajikan dengan tradisi masyarakat budayakuno yang penuh misteri dan mempunyai rahsia kehidupan di sebuah perkampungan yang hidup dengan umur yang panjang.

Sungai Li mengalir 83KM dari Guilin ke Yangshuo di Guangxi. Ia dikelilingi oleh Karst Landscape di mana ia meliputi kawasan pergunungan hijau, air yang jernih dan gua-gua yang sungguh menakjubkan. 

Waktu Operasi: 
08:40 a.m. - 10:40 p.m. (April - November) 
08:40 a.m. - 09:40 p.m. (Disember - Mac)

Entry:
190 yuan / orang (Disember - Mac)
210 yuan / orang (April - November)


Selain itu, korang juga boleh singgah ke Silver Cave yang terletak di Lipu Country, Guilin, kira-kira 18KM dari Yangshuo. Berjalan di bawah 12 puncak gunung, korang boleh melihat khazanah pemerintahan Maharaja Kangxi semasa Dinasti Qing.

Entry: 
80 yuan / orang

Waktu Operasi: 
08:00 a.m. - 05:30 p.m.


Dalam majlis tersebut, LeYa juga diberi peluang untuk menjelajah setiap mini pameran yang diadakan. Teh Guangxi yang sangat terkenal turut dibawa ke pameran tersebut dan memberi peluang kepada semua pengunjung untuk menikmati keunikan teh itu. Dikatakan Teh Guangxi ini dijual sehingga RM26,000 per kilogram. WoW!!! Mahal kan harga teh ni. Sebab itu lah Guangxi mempunyai daya tarikan yang unik untuk dikunjungi.





Banyak lagi lokasi yang korang boleh singgah dan dapati di Guangxi, antaranya ialah Xingping Ancient Town, Yangshuo West Street, Eight Villages of Chengyang, Weizhou Island dan lain-lain. 


Bagi LeYa, program yang diadakan seperti ini sedikit sebanyak memberikan pengalaman dan pengetahuan serta mendekatkan para tetamu untuk hadir dan melancong ke Guangxi. Promosi yang cukup baik ditunjukkan sehingga Timbalan Pengarah Tourism Commision Guangxi hadir ke majlis tersebut. 



Ada banyak aktiviti dan tempat-tempat menarik di Guangxi. Kalau korang bercadang untuk ke sini, boleh cuba buat sedikit homework dan gunakan platform Internet yang ada hari ini untuk survey dan dapatkan maklumat pelancongan ke Guangxi. Gunakan peluang yang ada sebaik mungkin jika korang sudah merancang untuk ke Guangxi.


Setakat ini sahaja yang dapat LeYa kongsikan beberapa maklumat untuk ke Guangxi, China. Jumpa lagi dalam Next Entry mengenai pelancongan menarik yang lain.

6 ulasan:

  1. wah pameran tu buat saya rasa nak ke negara tu hehehe. semoga kita ada peluang nak ke sana. by the way, nk bgtahu ni yg saya ltak blog ni dalam bloglist sidebar saya. suka sgt blog ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye...memang best kan kalau daapt pergi ke sana. InsyaAllah... Doa sama²..
      WoW!! Tq Aisyah Elsa..

      Padam
  2. Ada rezeki lebih menarik juga melancong ke lokasi spt ni. Manalah tau, sama2 ada rezeki boleh ramai2 buat group trip makan angin ni, in shaa Allah :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Yup... Ade rezeki nanti boleh lah kita beramai-ramai ke sini ye..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com