Selasa, 19 Disember 2017

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa tak kenal Chef kacak yang dikenali sebagai Juara Masterchef All Star 2013 iaitu Chef Arshad Zamir ni kan. Pada 25 November lalu, LeYa berkesempatan menyertai acara Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir yang bertempat di AMC Malaysia, Shah Alam. Mengenali Chef Zamir ini barulah LeYa tahu yang beliau seorang yang peramah dan memang berbakat dalam bidang masakan walaupun masih baru dan sangatlah merendah diri bila ramai orang memujinya. 

Jadinya, tanpa membuang masa lagi apa kata jom kita tengok apa yang Chef Zamir telah sediakan bersama produk AMC Malaysia yang hebat dan mudah ini.


=======================================================================
LeYa dalam Program Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir
=======================================================================

Masak-Masak Bersama AMC dan Chef Zamir, Cepat, Sedap dan Sihat

Pada kali ini, Chef Zamir akan memasak dengan menggunakan produk masakan dari AMC. Kalau yang tak tahu produk AMC tuh apa? AMC ni kira macam periuk tekanan yang lain yang ada di pasaran. Yang menarik dan uniknya, periuk AMC ni digunakan dengan dapur dan alat khas dengan penggunaan bluetooth yang dinamakan Auditherm sebagai penunjuk suhu dan akan mengeluarkan bunyi apabila masakan sudah siap. 

Pada hari Sabtu tuh, Chef Zamir akan memasak masakan yang paling ringkas bahan-bahannya iaitu Kek Butter, Rendang Ayam, Nasi Kerabu dan Sayur Campur. Ha! Jangan tak tahu! Ada di antara masakan ini sebenarnya memerlukan masa yang lama penyediaannya. Namun, dengan kecanggihan teknologi AMC ni, semua hidangan siap dengan cepat, sedap dan sihat.

=======================================================================
Tak lokek senyuman Chef kita ni dengan dibantu oleh Kak Sue, rakan blogger yang hebat masak
=======================================================================

=======================================================================
Kek Butter yang menyelerakan
=======================================================================
=======================================================================
Hidangan yang telah siap untuk dimakan
=======================================================================

Bau aroma sudah pun menusuk ke hidung. Apa lagi! Ramailah di kalangan rakan-rakan blogger mula rasa lapar dek bau yang sedap dan mengharumkan itu. Almaklumlah, hidangan juga disediakan oleh chef muda dan kacak terkenal. Hehehe.... Hidangan dihias sebelum diberi rasa kepada kami. Bila LeYa dan rakan-rakan diberi peluang untuk menikmati keenakan masakan dari Chef Zamir, ternyata ia sedap dan tekstur makanannya juga tidak lari serta kesegaran sayurnya juga masih terasa rangup dan enak dimakan. Kek Butter yang gebu gebas itu juga menjadikan LeYa tak puas makan bila kena berkongsi dengan ramai orang. Hahaha...

Masak-Masak Bersama AMC Memang Cepat dan Mudah

Untuk maklumat korang, AMC Malaysia ini menjual produk masakan yang dikeluarkan dan diimport dari Jerman. AMC juga telah berkembang pesat kepada lebih 50 tahun dalam pasaran dunia. Teknologi yang digunakan AMC adalah sistem masakan utama yang ada di pasaran dunia dan menjadikan masakannya sihat, menyeronokkan dan mudah untuk disediakan. 
Produk bermutu tinggi. Kaedah memasak menggunakan AMC juga mampu mengurangkan lemak tambahan dan tanpa tambahan air dapat menjamin kesegaran makanan dalam tahap kandungan nutrisi makanan yang tinggi. Seronok kan! Para ibu pasti teruja kan bila dapat tahu boleh memasak dengan cepat, sedap dan sihat untuk seisi keluarga.

=======================================================================
Aksi LeYa dan Otomen di Dapur AMC
=======================================================================
=======================================================================
Rakan-rakan blogger yang turut hadir dalam Masak-Masak Bersama AMC & Chef Zamir
=======================================================================

LeYa sendiri dah mula minat dengan produk masakan dari AMC ni. Tapi, malangnya belum berkemampuan untuk memilikinya lagi. Nampak gayanya tahun 2018 ni kenalah menabung dari awal. Hehehe.... Ada banyak juga pilihan set-set periuk yang korang boleh miliki. 

Maklumat lanjut, bolehlah korang tengok di bawah ini ye...

AMC MALAYSIA

Alamat
No 22, Jalan Pendaftar U1/54,
Temasya Industrial Park,
Glenmarie, 
40150 Shah Alam, Selangor.

No. Tel
03 - 5569 8994

Fax
03 - 5569 6626

Website

Facebook

Instagram

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com