Wednesday, 6 December 2017

6 Sebab Utama Kenapa Ibu Bapa Tak Perlu Halang Anak-Anak 'Explore' Dan Bermain

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Jadi IbuBapa ni sebenarnya bukan mudah. Lebih-lebih lagi nak melayan kerenah dan telatah setiap anak. Salah satu perkara yang paling mencabar dalam menjadi ibubapa adalah memberi kebebasan kepada anak-anak. Sesetengah para ibubapa terasa sukar untuk membiarkan anak-anak meneroka dan bermain terutamanya ketika mereka masih kecil.

Jadi, dengan tips yang disediakan di bawah ini, tidak perlu lagi para ibubapa risau akan keselamatan anak-anka mereka. Jom! Ikuti sebab utama kenapa IbuBapa tidak perlu halang anak-anak untuk meneroka dan bermain.

1) Lumrah kehidupan semulajadi kanak-kanak untuk bermain


Dah nama pun kanak-kanak. Memanglah mereka nak bermain kan. Kalau tak bermain, mesti mereka akan bosan. Jadi biarkan mereka explore apa yang mereka inginkan.

2) Anak-anak akan jadi lebih kreatif dan aktif


Ini merupakan fasa terpenting untuk perkembangan minda mereka. Kalau kanak-kanak jadi pasif, daya kreativiti mereka mungkin akan terjejas kerana mereka tidak banyak bermain.

Halangan ibu bapa juga boleh memberi perasaan khuatir atau takut dalam diri kanak-kanak yang boleh membataskan daya pemikiran mereka untuk pergi lebih jauh. Mereka akan lebih berjaga-jaga dan dalam masa yang sama hilang minat untuk bereksplorasi.


3) Bermain dapat meransang otak


Dengan bermain, imaginasi kanak-kanak akan melangkau ke satu alam fantasi yang tiada batasan. Ini akan merangsang otak dan menjadikan pemikiran mereka lebih luas. Sekali gus, minda kanak-kanak akan berkembang pesat dan lebih banyak sel dapat dihubungkan dengan baik.

Untuk mengetahui sebab-sebab seterusnya, jom terus terokai dengan klik link di bawah ini:




Ibu bapa mana yang tak nak berikan yang terbaik untuk anak-anak, kan? Jadi, pilihlah Anmum Essential!

Maklumat lanjut, layari laman web Anmum Essential sekarang.

Reaksi kOrang:

8 comments:

  1. Kalau kita selalu halang anak2 dr explore apa yg dorang sepatutnya explore itu akan membuatkan mereka rasa dikongkong dan secara langsung demotivate semangat ingin tahu mereka tu. Perkembangan minda pun akan terjejas. Biar kan mereka explore apa yg mereka minat dan kita as parents pantau dan beri galakan apa yg perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu... Biarkan anak-anak explore ape yang mereka ingin tahu.. Tapi perlu lah diawasi agar keselamatan mereka diutamakan

      Delete
  2. Memang tak boleh nak larang anak-anak ni. Selagi apa yang diorang main tu tak bahaya, bagi jer

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian menarik ini puan. artikel yang bagus.

    ReplyDelete
  4. Anak2 klu usia kecil mcm ni mmg tengah ligat.. minda tengah berhubung. Jadi tak perlu halang cuma kawal dan pantau je asalkan selamat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...terbaiklah nasihat abg KK. Terima kasih jua diucapkan.. Hehe..owh ye! Tahniah to Abg Ngah kerana berjaya dlm PT3

      Delete