Tuesday, 19 December 2017

Int3Tree | Revolusi Produk Kesihatan Minda Anak Anda

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Lebih kurang 2 minggu sahaja lagi sekolah nak dibuka. Para IbuBapa pasti sedang sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak. Segala kelengkapan sekolah semuanya kelihatan baru dan pasti anak-anak juga tidak sabar untuk ke sekolah dengan semangat dan azam yang baru di Tahun 2018 ini. Namun, dalam pada kita para IbuBapa sibuk dengan persiapan persekolahan, sudahkah anda persiapkan juga minda anak-anak untuk lebih mudah memahami apa yang guru ajar di sekolah nanti?


Rahsia Anak Pintar Terbongkar?

Anak anda lemah dalam pelajaran? 

Anak anda tidak fokus kepada pembelajaran semasa guru mengajar?

Kurang fokus adalah penyebab kerana kepenatan dan kurang bertenaga dalam kelas dan juga berpunca dari kualiti makanan yang diambil.

Jadi, Adakah IbuBapa sudah membekalkan makanan yang sihat dan berkualiti untuk kesihatan, khususnya minda anak-anak anda?


Haizid Perdana Enterprise, sebuah syarikat yang menjual Int3Tree iaitu produk makanan tambahan minda, yakin dan percaya produk ini mampu membantu dalam perkembangan minda kanak-kanak dan pelajar sekolah. Pengasasnya, Roslan bin Khamis berkata, sedari awal produk ini mula diterbitkan telah membuatkan beliau terus memulakan langkah sebagai peniaga produk ini untuk membantu kanak-kanak seawal umur 3 tahun hingga 22 tahun melalui proses tumbesaran dan pendidikan.

Pengasas Haizid Perdana Enterprise, En. Roslan Khamis

Kenali Int3Tree

Int3Tree adalah Suplimen Minda Pertama di Malaysia dengan teknologi bawah lidah. Int3Tree merupakan makanan tambahan minda yang sungguh lazat di samping membantu perkembangan minda para pelajar. 

Bagaiman Int3Tree Dapat Membantu Perkembangan Kanak-Kanak?

Membantu Perkembangan Minda
Isu paling banyak di Malaysia adalah pelajar gagal atau kurang fokus semasa belajar dan situasi ini mengundang pelajar banyak ketinggalan dalam subjek yang dipelajari. Int3Tree mempunyai 10 bahan makanan tambahan lengkap yang dapat membantu perkembangan minda pelajar. Int3Tree membantu merangsang fokus pelajar menjadi lebih baik. 

Perkembangan Fizikal
Int3Tree bukan ubat tetapi kandungan Int3Tree membantu perkembangan fizikal pelajar terutamanya pelajar dan anak-anak yang sering sakit. Dengan Int3Tree, ianya membantu meningkatkan uminiti daya tahan penyakit kepada anak-anak kesayangan anda. Badan sihat, otak cerdas. Selain itu, ia membantu pertumbuhan gigi, tulang dan sebagainya untuk lebih sihat.

Mengurangkan Rasa Keletihan
Aspek fokus dan dapat menumpukan perhatian di kelas 100% bergantung dengan tenaga. Dengan aktiviti luar bilik darjah, ia telah memberi pelajar rasa keletihan dan mengantuk. Oleh itu, Int3Tree dapat membantu memberi tenaga secara semulajadi kepada pelajar.

Menstabilkan Metabolisma Badan
Vitamin B Complex dan Mineral adalah penting dan ianya membantu menstabilkan matabolisma dalam badan pelajar. Ia penting untuk menyingkirkan logam dan bahan yang tidak berguna dalam badan dan seterusnya meningkatkan kesihatan dan kecerdasan pelajar. 


Apa yang ada dalam kandungan Int3Tree?

serbuk-koko-int3tree
Serbuk Koko
  • Mengawal emosi
  • Mencegah penyakit jantung
  • Menurunkan tekanan darah
  • Kulit lebih halus
  • Tonik tambahan otak
dektrose dalam int3tree
Dextrose

  • Sumber tenaga
  • Memulihkan & mencerdaskan otak
  • Menjaga sel-sel dalam badan
  • Meningkatkan penyerapan nutrisi
  • Melancarkan pengaliran darah

omega-3 dalam int3tree
Omega-3
  • Menguatkan daya ingatan
  • Mengurangkan migrain
  • Baik untuk mata & penglihatan
  • Mengurangkan tekanan
  • Menurunkan risiko pembekuan darah



susu krim dalam int3tree
Susu Skim
  • Sumber kalsium yang baik
  • Menguatkan gigi dan tulang
  • Mengawal berat badan
  • Sumber protein yang tinggi
  • Membekalkan mineral lengkap


coklat hitam dalam suplemen int3tree
Coklat Hitam
  • Meningkatkan aliran darah ke otak
  • Merangsang fungsi kognitif
  • Mengawal gula dalam darah
  • Anti-Oksidan
  • Meningkatkan Intelektual


acai berry dalam int3tree
Extrak Acai Berry
  • Tingkatkan fungsi pencernaan
  • Sumber tenaga yang baik
  • Meningkatkan ketahanan tubuh
  • Mencantikkan kulit
  • Menjaga kesihatan jantung

lutein dalam makanan tambahan minda int3tree
Lutein
  • Mencegah katarak
  • Menguatkan retina
  • Mengurangkan kepenatan pada mata
  • Mengurangkan rasa mengantuk
  • Menjaga & melindungi mata


Serbuk Pudina
  • Melegakan otot perut
  • Mengatasi masalah gastrik
  • Membantu proses penghadaman
  • Meransang pengeluaran peluh
  • Melegakan ketidakselesaan perut


B-Complex-Dalam-Int3Tree
Vitamin B-Complex
  • Menyembuhkan luka dengan segera
  • Menyokong sistem uminiti
  • Mencegah migrin dan sakit kepala
  • Memberikan perasaan gembira
  • Kesihatan otot, saraf dan jantung


Extrak Stevia
  • Pemanis semulajadi
  • Mengawal kadar gula dalam darah
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Membantu melawan bakteria
  • Melawaskan kencing



Cara Pengambilan Int3Tree 

Hanya satu bungkus sehari sudah cukup untuk anak anda.

Caranya adalah:-
1) Seelok-eloknya di waktu pagi
2) Koyakkan sachet Int3Tree dan tuangkan (serbuk) di bawah lidah
3) Kemam dalam 15 saat, serbuk Int3Tree akan cair


Testimoni Int3Tree 

 

 


Maklumat lanjut mengenai Int3Tree, boleh layari seperti di bawah:-

Facebook http://www.facebook.com/roslanint3treestokis

No. Tel | 019 - 3333 713

E-mail | haizidrk@gmail.com
Reaksi kOrang:

2 comments:

  1. Bagus ada produk mcm ni utk membantu merangsang pertumbuhan minda anak2.. thanks sharing Leya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its okay.. Kalau nak boleh lah contact no di atas ye.. Hehe..

      Delete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com