Thursday, 1 June 2017

Restoran Nelayan Gombak Memberi Citarasa Yang LuarBiasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seperti yang kita maklum, bulan Ramadhan memang banyak lah restoran-restoran dan hotel-hotel akan menjamu selera kita dengan pelbagai hidangan makanan. Itulah Malaysia. Kaya dengan kepelbagaian makanan yang enak dan lazat. Menarik kali ini, anda semua boleh singgah ke sebuah restoran yang terletak di Gombak iaitu Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak


Ada yang keliru dengan nama dan lokasi restoran ini? Tidak dinafikan memang ramai yang belum familiar untuk mencari lokasi Restoran Nelayan Gombak ini. Dahulunya, ia adalah Restoran Nelayan Titiwangsa yang merupakan sebuah Restoran terapung yang sangat terkenal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Namun, pemilik telah bertukar tempat di Jalan Gombak Utara atas sebab-sebab tertentu dan terus menamakan dengan nama Restoran Nelayan Titiwangsa @ Gombak. 


Restoran ini telah diambil alih oleh syarikat Q'Sha Trading (M) Sdn Bhd dan telah ditubuhkan pada tahun 2014. Restoran Nelayan Gombak telah diubahsuai sedikit demi sedikit melalui beberapa perubahan dari segi produk dan fasilities yang terdapat di restoran ini. Jadi, bila anda menjejakkan sahaja kaki ke restoran ini, anda akan rasa terpegun dengan dekorasi yang ditonjolkan dan tidak sabar untuk bergambar bersama keluarga atau rakan-rakan. 


Menariknya lagi di sini, LeYa dapat lihat dari pelbagai jenis menu yang dihidangkan adalah dari serata pelusuk dalam negeri di Malaysia. Inilah lumrah kepelbagaian tradisi masyarakat Malaysia dengan jenis-jenis makanan yang unik dan sedap ada dihidangkan di sini. Ada pelbagai juadah yang disediakan seperti steamboat dan grill, masakan kampung, ala-carte dan ikan bakar, pelbagai jenis kuih-muih, dan banyak lagi. Sajian baru, ShellOut juga ada disediakan di sini dengan signature kuah atau sosnya yang sangat unik.

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/

Restoran Nelayan Gombak juga mempunyai sebuah Dewan yang sangat besar untuk diadakan apa sahaja majlis keramaian seperti Majlis Perkahwinan, Graduasi, Event dan lain-lain lagi di mana setiap kapasiti boleh memuatkan bilangan sebanyak 600 seater atau boleh menampung 1000 orang ke 1500 orang satu masa di Majlis Perkahwinan. 


Kembali semula kita ke Bufet Ramadhan 2017 di Restoran Nelayan Gombak. Apa yang anda akan dapat bila berbuka puasa di sini? Dengan harga RM49.90 untuk dewasa, anda akan disajikan dengan lebih dari 100 jenis menu makanan. Antaranya seperti yang LeYa kata tadi, Steamboat dan Grill (kambing, ayam, daging dengan 4 jenis perapan istimewa, udang, sotong dan ketam). Terdapat juga menu masakan kampung yang menyediakan lebih dari 15 jenis pilihan menu untuk anda. Anda juga dihidangkan dengan pelbagai pilihan kerabu dan ulaman tradisional bagi melengkapkan sajian kampung anda. Ia sangat bertepatan sekali dengan slogan MENU WARISAN SELERA KITA, restoran ini sangat prihatin terhadap citarasa masyarakat Malaysia. 



Orang-orang Kedah dan Negeri Sembilan pasti suka yang ini. Buat julung kalinya, Restoran Nelayan Gombak pada tahun itu menyediakan "Live Cook" Daging Gulai Kawah Tanjung dan Daging Salai Masak Lemak yang mana mereka menggunakan rempah asli dan berkualiti iaitu Rempah Tanjung. 




Pihak Restoran Nelayan Gombak juga turut menyediakan menu sampingan yang berkonsepkan Stall iaitu Noodle Selection (menyediakan Nyonya Kari Laksa dan pilihan mee, Meehoon dan Kuey Teow Sup). Bagi pilihan sup, anda boleh mencuba beberapa jenis sup, di antaranya, Sup Kaki Ayam dan Sup Sayur. Terdapat juga menu tambahan yang disediakan iaitu Roti Jala Magic, di mana ia diadun menggunakan Magic Floor atau Tepung Ajaib dari keluaran syarikat Mega Zesh Sdn Bhd.

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/

Turut disediakan juga pelbagai aneka seperti kurma sebagai sajian wajib di bulan Ramadhan, kuih-muih, kek, keropok, rojak buah, bubur dan pilihan buah-buahan. Lebih menarik lagi, anda bolehlah menghilangkan dahaga yang seharian berpuasa dengan minum pelbagai jenis air cordial serta merasai TEH TARIK ISTIMEWA dan juga CENDOL. Dan yang pasti peminat ais krim pasti teruja untuk mengambilnya, lebih-lebih lagi buat pengunjung kanak-kanak. Nikmatnya menjilat ais krim yang berkualiti dari pelbagai perisa menjadi hidangan pencuci mulut di Restoran Nelayan Gombak.

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/

Kredit Picture | http://www.thisisreef.com/




Fasiliti yang disediakan seperti surau untuk solat dan ruang dewan untuk solat Terawih boleh menampung sehingga 200 orang. Kemudahan awam seperti tandas yang selesa dan besar, ruang lobby yang juga selesa untuk para pengunjung berehat seketika memang memberikan ketenangan saat berada di restoran ini.


Jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di Restoran Nelayan Gombak ini kerana anda akan diberi layanan dan sajian yang sungguh istimewa dan sedap.

RESTORAN NELAYAN GOMBAK
BATU 8 ¾, JALAN GOMBAK (DEKAT UIA GOMBAK)

HARGA: RM49.90 DEWASA

50% DISKAUN UNTUK KANAK-KANAK 5-11 TAHUN DAN WARGA EMAS 61 TAHUN KEATAS

KANAK-KANAK BAWAH 4 TAHUN: MAKAN PERCUMA


TEL: 
03-61858400
013-2237228
013-2967228


FACEBOOK RASMI: 


Reaksi kOrang:

1 comment: