Friday, 23 June 2017

Program Amal Ole-Ole Raya dan Album Istimewa "RIA AIDILFITRI" NORANIZA IDRIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Album Raya "Ria Aidilfitri" yang penuh warna-warni dan meriah
Ramadhan kian pergi. Syawal pula bakal menjelma. Begitulah lumrah kehidupan manusia. Datang dan pergi silih berganti. Di kesempatan ini, LeYa ingin memohon Maaf Zahir dan Batin atas kesilapan dalam memberi maklumat di blog buruk LeYa ini. Hehehe...

Sempena Syawal bakal tiba ini, ramai artis-artis tempatan akan mengeluarkan album Raya masing-masing buat para peminat yang ingin mendapatkannya. 

Turut memperagakan koleksi pakaian

Pelancaran Album Raya Istimewa "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris

Pada petang Khamis 15 Jun 2017, bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), LeYa diberi kesempatan untuk bersama memeriahkan Program Amal Ole-Ole Raya dan Pelancaran Album "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris terbitan RTM. 


Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. (NIPVSB) adalah sebuah syarikat milik Noraniza Idris dan kini telah menerbitkan album hari raya istimewa yang berjudul "Ria Aidilfitri". Album ini sudah pun dilancarkan secara digital bermula pada 20 Jun 2016 lalu. Dan akan dilancarkan secara rasmi pada malam ini buat pertama kalinya. Turut juga disediakan CD atau cakera padat secara terhad untuk para peminat mendapatkannya. Hasil daripada penjualan CD tersebut akan disalurkan ke tabung-tabung amal.

Album Raya "Ria Aidilfitri" ini menghimpunkan lagu-lagu terbitan NIPVSB dengan nyanyian Noraniza Idris secara ekslusif bersama artis-artis baharu yang ingin meningkat naik seperti Ihab Ismail, Fee Haiqal, Fadzlee Sufri dan Azmir Arif yang mana setiap liriknya ditulis oleh seorang penulis lirik kreatif, Ahmad Fedtri Yahya yang juga artis di bawah naungan NIPVSB.


Album ini mengandungi 12 keratan lagu-lagu ciptaan baharu dan lama menerusi susunan muzik dan nyanyian artis terlibat. Terdapat 8 buah lagu baharu dan 4 buah lagu yang diberi nafas baharu.

Lagu - lagu mengikut keratan cakera padat adalah seperti berikut :

1.         Akar Kita Zapin Aidilfitri 4.22
(Ihab Ismail, Fee Haiqal, Noraniza Idris, L’zzay)
2.         Rewang Raya 3.17
(Noraniza Idris & Mimi Fly)
3.         Kalimah Lebaran 4.49
(Noraniza Idris , Azmir Arif, Razis Ismail)
4.         Kasih Ibu / Seri Mersing
5.         Linangan Syawal 3.21
(Noraniza Idris, Fadzlee Sufri)
6.         Nostalgia Aidilfitri 5.49
(Noraniza Idris, Royce Sa’ayan, Ihab Ismail , Azmir Arif)
7.         Niatku 4.00
(Fee Haiqal, Ihab Ismail, Dalili Amerda)
8.         Aidilfitri Jadi Saksi 2.50
(L’zzay, Fee HAiqal)
9.         Ahlan Wasahlan Ya Syawal 4.32
(Royce Sa’ayan, Noraniza Idris, Ihab Ismail)
10.        Titian Hidup 4.39
(Ihab Ismail)
11.        Angin Cinta Di Aidilfitri 3.51
Noraniza Idris, Ihab Ismail, Royce Sa’ayan, Azmir Arif)
12.        Ria Aidilfitri 4.43
(Semua artis & NIPVMania)

Dikatakan album ini turut dimeriahkan dengan pengisian sketsa pendek dan ucapan khas dari artis-artis yang terlibat berpandukan tema yang sesuai mengikut lagu masing-masing yang turut dilakonkan mereka secara santai dan menghiburkan. Album "Ria Aidilfitri" ini menjadi pengerat silaturrahim kerana dapat merapatkan lagi di kalangan artis dan masyarakat yang kurang bernasib baik. Mesej kesedaran yang disampaikan memupuk jiwa kemasyarakatan dalam setiap nyanyian dari album ini. 

Album "Ria Aidilfitri" yang penuh bermakna ini boleh korang dapatkan segera dengan harga RM20.00 senaskhah yang mana ia merupakan Edisi Terhad dengan membuat tempahan WhatsApp Hotline NPIVSB +6016 2918066 dan +6010 3935606.

Program Amal Ole-Ole Raya Terbitan RTM

Sempena pelancaran album "Ria Aidilfitri", NIPVSB juga telah diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk bekerjasama dalam menjayakan satu program amal bersama masyarakat yang kurang bernasib baik. Aktiviti program yang berlangsung selama 2 hari bermula pada 15 hingga 16 Jun bersama kru RTM di beberapa lokasi untuk membantu menyumbangkan barangan keperluan bagi persediaan menyambut Hari Raya kepada anak-anak orang susah (ASNAF) yang terpilih dari SK Shah Alam dan SK Seksyen 19 Shah Alam. Seramai 40 orang pelajar dari kedua sekolah ini telah  terlibat dengan Program Amal Ole-Ole Raya dan menerima sumbangan Duit Raya pada malam itu.



Program ini adalah inisiatif RTM dengan kerjasama NIPVSB bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan. Menggabungkan elemen pendidikan dan pengalaman buat anak-anak ini merasai setiap detik keseronokan dan kegembiraan bersama di beberapa lokasi yang mereka pergi untuk lawatan dan pembelajaran.

Program Amal Ole-Ole Raya bersama RTM juga merupakan usaha persiapan yang rapi sebelum melaksanakan aktiviti-aktiviti luar bersama anak-anak atau pelajar-pelajar Asnaf ini. Justeru, Majlis Berbuka Puasa pada malam itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak dari SK Shah Alam dan SK Seksyen 19 Shah Alam yang turut memperagakan pakaian raya masing-masing.

Sebilangan tetamu yang hadir

Program Amal bersama artis, media, kru RTM dan anak-anak Asnaf bermula di kilang roti terkemuka, Gardenia, Shah Alam. Menerusi lawatan singkat ini, pengerusi berbesar hati menghulurkan bantuan cenderahati dan duit raya kepada anak-anak Asnaf.

Disusuli pula ke HSB Wan Trading yang terletak di Taman Medan Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Di sini, para pelajar Asnaf diberi peluang untuk melihat proses membekalkan  produk tempatan seperti melipat kotak dan sebagainya. Anak-anak ini diberi pendedahan ilmu perniagaan oleh penyelia. Selain itu, HSB Wan Trading juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada ibu-ibu tunggal serta anak-anak orang susah yang telah tamat pengajian. 

Kemudian, mereka dibawa pula untuk membeli-belah keperluan raya seperti pakaian dari songkok, baju Melayu sepasang dengan sampin dan baju jubah untuk perempuan di kedai D'Khair Collection serta turut dibawa ke butik AURA by Noraniza Idris. Seronok melihat anak-anak ini bebas memilih pakaian masing-masing. Lokasi terakhir mereka pada hari itu adalah Majlis Berbuka Puasa di PICC yang penuh gilang gemilang.

Sumbangan Duit Raya kepada Anak-Anak ASNAF
Program Amal diteruskan lagi keesokan harinya ke lawatan Pusat Jagaan Orang-Orang Tua yang terletak di Pusat Jagaan Mahmudah Semenyih.




Majlis Berbuka Puasa bersama Program Amal Ole-Ole Raya anjuran RTM dan Pelancaran Album Istimewa "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris yang berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) ini merupakan aktiviti bersama masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat.

Justeru info lanjut mengenai Majlis Berbuka Puasa bersama Program Amal Ole-Ole Raya anjuran RTM dan Pelancaran Album Istimewa "Ria Aidilfitri" Noraniza Idris ini boleh diikuti melalui siaran  Selamat Pagi Malaysia pada 24 Jun 2017, jam 10.30 malam di TV1, RTM, Selamat Pagi Malaysia Khas Raya yang dijangka akan memuatkan slot-slot rakaman ini pada Hari Raya Ketiga seawal jam 7.00 hingga 9.00 pagi atau layari https://www.rtm.gov.my/.

Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini:

Post a Comment