Selasa, 13 Jun 2017

Pengalaman SBB2017 | Ilmu dan Ukhuwah Tiada Galang Gantinya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Aktiviti Sepetang Bersama Blogger ini dilakukan pada setiap tahun bermula pada tahun 2012 dan telah dianjurkan oleh pasukan Denaihati Network. Dengan lafaz bismillah, pada tahun ini menyaksikan di mana keaktifan LeYa kembali dalam dunia blog yang membawa LeYa untuk turut serta SBB 2017. Pada 13 Mei 2017 menyaksikan sejarah baru dalam hidup LeYa di mana LeYa telah berjaya membuang jauh-jauh segala alasan negatif untuk bersama mencipta kenangan yang paling bermakna di Dewan Tunku Abd Rahman, MaTiC Kuala Lumpur.


SEPETANG BERSAMA BLOGGER 2017

Sebagaimana nekad nya LeYa pada tahun ini untuk ke SBB 2017 adalah atas nasihat blogger-blogger hebat seperti Khir Khalid, Bro Framestone dan dorongan sekentalnya dari En. Suami, Mr. Otomen Taro yang turut sama hadir menambah ilmu blogging di dada.

Perkongsian Ilmu Dari Blogger Hebat

Siapa tidak kenal akan Mahamahu.com dan juga Cik Lily Putih? Dua blogger hebat ini berkongsi ilmu blogging pada semua yang hadir bagaimana mereka boleh berjaya hingga ke tahap sekarang. Blog MahaMahu yang penuh dengan aktiviti makan yang telah berjaya mengujakan LeYa untuk terus buka dan membaca. Manakala blog lifestyle milik Cik Lily Putih yang santai dan ringkas memberikan LeYa sumber inspirasi untuk terus berblogging.

Perkongsian Ilmu Dari Usahawan Berjaya

Kemudian, disusuli pula perkongsian ilmu pemasaran dari Datuk Ibu Hanim, Leadership Trainer yang sangat terkesan di jiwa LeYa tentang ilmu-ilmu yang beliau kongsikan. Dan lagi perkongsian mengenai personal branding oleh Norman Danish, pengasas Misi Viral yang segak lagi bergaya. Pada waktu yang sama LeYa juga berkesempatan menambah kenalan blogger dengan lebih erat lagi. Alhamdulillah... dunia blogging LeYa bukan di alam mimpi lagi. Kini, di tahun 2017 ini, Blog Lifestyle LeYa kembali aktif di dunia nyata dan sedia berkhidmat kepada anda semua dalam perkongsian maklumat yang bernas, padat dan jitu.

GALA DINNER & AWARD NIGHT 2017


Usai perkongsian ilmu SBB di petang hari, LeYa dan rakan-rakan blogger yang lain diraikan lagi di Majlis Gala Dinner & Award Night di Saloma Bistro & Theatre, MatiC Kuala Lumpur. Majlis yang gilang gemilang diserikan lagi dengan selebriti jemputan, Adi Putra serta tetamu dif-dif kehormat yang telah menjayakan program SBB 2017 ini.


Bergambar bersama MahaMahu. Tap energy untuk jadi seperti beliau suatu hari nanti

Siapa tak kenal yang ni kan?? Bersama Adi Putra

Alhamdulillah... rezeki LeYa malam tu.. Terpilih antara rakan blogger di kalangan blogger yang lain dalam contest yang dianjurkan Bro Framestone.

LeYa bersama blogger Wendy Pua yang gojes



Anugerah Penampilan Terbaik kategori Lelaki, Rawlins Glam

Anugerah Penampilan Terbaik kategori perempuan, Red Mummy
LeYa ucapkan syabas dan tahniah kepada semua team Denaihati Network yang telah berjaya melaksanakan program baik ini. Bagi LeYa, Sepetang Bersama Blogger (SBB) adalah platform terbaik buat para blogger untuk menambah ilmu pengetahuan dari usahawan berjaya dengan harga yang sangat berpatutan, menambah rangkaian / networking sesama blogger dan juga dapat mengetengahkan bakat dan diri kepada semua.

ULASAN : LeYa rasa tak patut kiranya SBB dimansuhkan untuk tahun akan datang. Kerana dari SBB jugalah, para blogger diberi penghargaan atas usaha kerja selama ini dalam memberi maklumat yang telus dan jitu kepada masyarakat. Platform SBB patut ada di tahun akan datang atas sebab dapat membantu para blogger/peniaga baru mendapatkan ilmu perniagaan / blogging untuk meningkatkan kerjaya dalam bidang masing-masing. Justeru, sewajarnya SBB tidak patut sama sekali dimansuhkan.

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com