Tuesday, 29 October 2013

Ingin Menjadi Blogger Berjaya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiga hari LeYa tidak menulis di blog ini. Selama ketiadaan LeYa dalam penulisan di blog ini banyak kisah dah aktiviti yang telah berlaku dari para blogger. Ramai yang sibuk menulis tentang isu Bajet 2014, perlawanan bola sepak antara Pahang dan Sarawak serta lain-lain kisah termasuk juga yang rajin membuat GiveAway sana sini. Dan pabila membuka akaun Nuffnang, LeYa dapati pendapatan LeYa juga telah bertambah sedikit. Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia yang telah diberiNya. 

Menjadi seorang blogger bukanlah sukar. Namun, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, perlu ada sifat disiplin dalam diri agar kita tahu mengurus masa yang ada untuk kita jalani kehidupan seharian. Dunia blogging kini semakin mendapat perhatian ramai dan sudah ramai juga menjana pendapatan melaluinya. Kehidupan seorang blogger mungkin dianggap asing bagi sesetengah orang yang tidak tahu erti Blogging sebenar. Seharian di hadapan komputer / laptop menulis entri dan blogwalking untuk menambah pengunjung di blog serta mengemaskini blog agar lebih nampak kemas dan cantik. Kadang-kadang ada juga blogger yang suka berkarya di tengah2 malam walhal masyarakat yang bekerja di pejabat sedang lena diulit mimpi. Namun, bagi blogger waktu itulah banyak memberi ilham untuk berkarya. Kemudian, di siang hari dipenuhkan masa untuk blogwalking bagi mempromosi blognya.

Blogger juga merupakan satu kerjaya dan mereka inilah yang membantu keluarga dalam menambah pendapatan isi rumah mereka. Cuba kita lihat Ben Ashaari yang menjadi blogger sepenuh masa. Beliau boleh menjana pendapatan berlipat kaliganda dan mampu memberi keluarganya kehidupan yang sempurna sama seperti insan lain yang sibuk bekerja seharian di pejabat. Malah, menjadi seorang blogger juga boleh memantau aktiviti anak-anak kita dari terjebak dengan perkara yang tidak diingini. Anak-anak juga akan lebih bersama kita dan tidak akan terabai dengan kasih sayang yang diberikan. Namun begitu, saya tidak juga menyalahi kerjaya di luar sana kerana kerjaya itu juga menjamin pendapatan kekal dan mereka juga tahu menguruskan masa mereka untuk bersama keluarga. 

Hal ini telah terbukti bila kita lihat ramai di antara yang bekerjaya mampu memberi keluarganya bahagia. Yang paling penting niat kita semuanya hanyalah kerana Allah S.W.T. Dengan keizinan-Nya, segala aktiviti harian yang kita lakukan dan rancang akan berjalan baik dan diredhai. Allah S.W.T. jugalah yang memberi rezeki. Kita hanya berusaha dan terus berusaha dengan apa cara sekalipun serta berdoa dan bertawakal dengan apa yang telah dilimpahkan-Nya kepada kita. 

Apa jua kerjaya yang kita miliki sama ada terpaksa bekerja 8-12 jam di pejabat mahupun menjadi seorang blogger, jika kita mahu berjaya, kita mestilah berbuat baik dahulu pada yang Maha Esa dengan menunaikan segala kewajipan serta meninggalkan laranganNya. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana dan tanpa kita sangka. 

Perjalanan LeYa dalam dunia blogging banyak menginsafkan LeYa untuk menjadi yang terbaik di mata ramai. Fotografi kehidupan yang LeYa sering rakamkan di lensa kamera LeYa telah melihatkan betapa agungnya ciptaan Ilahi dalam mencoret kehidupan yang sempurna untuk kita. Penulisan dan Design yang dibuat LeYa juga adalah satu anugerah dari Ilahi untuk LeYa berkarya mencari rezeki dengan cara menulis dan merekabentuk gambar, sistem, website dan boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Berbekalkan pengajaran yang telah diberi oleh pensyarah-pensyarah di bumi menara gading dahulu, LeYa mampu dan yakin untuk membuat apa sahaja keinginan dari pelanggan.
Reaksi kOrang:

1 comment: