Khamis, 5 September 2013

Ada apa dengan si "PUTIH"



Jika kamu semua bercerita tentang sayur, pasti ramai akan kata, "Oh, aku tak makan sayur." Senario ini ada di mana-mana sahaja. Apatah lagi, sayur tersebut berwarna putih, nampak pucat dan sebagainya. Ia akan dipandang sepi begitu sahaja. Namun, anda harus tahu bahawa sayur berwarna putih ini sebenarnya mengandungi lebih banyak khasiat daripada sayur yang berwarna. Nak tahu apakah khasiatnya? Mari kita baca info sihat tentang sayur berwarna putih ini. 

Lobak Putih
Sayur ini tidak digemari oleh ramai orang. Tetapi kandungan glikosida di dalamnya boleh menyembuhkan rasa pedih di dalam perut dan boleh juga mengatasi imsomnia. Jika dimakan dengan kerap, ia boleh mencerahkan kulit kerana terdapat vitamin C. Nama saintifik sayur ini ialah Brassica rapa. Selain antioksida, sayur ini juga mengandungi kandungan air, glukosa, sokros dan fruktos yang banyak.

Tauge
Sesiapa yang selalu mengasingkan tauge di dalam makanan, bacalah khasiat sayur ini. Sayur ini sangat mudah ditanam dan dijual dengan harga yang murah. Antara khasiat sayur ini adalah kandungan kaliumnya yang tinggi dan bagus untuk kesihatan jantung. Bagi mereka yang mengalami masalah tulang, tauge memang bagus kerana ia mengandungi estrogen yang boleh menjaga tulang kita.

Bawang Putih
Kalau rasa ingin membuang angin dalam badan, makanlah bawang putih. Bawang putih boleh meningkatkan produksi hydrogen sulfide dalam tubuh. Zat ini berfungsi melancarkan aliran darah dalam tubuh badan. Selain itu, bawang putih juga boleh dijadikan penawar batuk, tekanan darah tinggi, menguatkan otot badan dan melambatkan proses penuaan.

Tauhu
Tauhu sering menjadi menu sajian harian kerana ia mudah dimasak. Khasiat yang terdapat dalam tauhu ialah zat minyak Omega 3 bagi membantu menurunkan kadar kolestrol dan protein. Ia juga mengandungi vitamin A, B dan E serta kalsium, zat besi, fosforus, kalium dan sodium.

Sengkuang
Sayur ini mengandungi vitamin yang cukup banyak. Antaranya adalah vitamin A, B1 dan C, fosforus, zat besi dan protein. Dalam perubatan cina, sengkuang merupakan penawar untuk penyakit bronkitis. Ia juga boleh meredakan demam, selesema dan batuk. Sengkuang ini boleh dimakan begitu sahaja dan menjadi bahan utama untuk hidangan rojak.

Sekian sahaja info sihat yang dapat LeYa nyatakan di sini. Segala salah silap yang dilakukan adalah dari LeYa sendiri. 

Sumber Bersama dalam menjayakan artikel LeYa hari ini ialah:
  1. Google Images
  2. Majalah Dara.com
  3. Tips Penjagaan Makanan Yang Sihat milik ibuku (ambil senyap2 di rak buku miliknya..hehehe..)

Related Posts:

  • Tips Jana Pendapatan Tanpa Modal Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... GST akan bermula pada 1 April 2015. Ramai di antara kita yang sudah pun tahu akan kenaikan harga bagi sesetengah barang. Nak ditolak, barang-barang tersebut merupakan barang keperlua… Read More
  • Master Forex: Rahsia Simpan Duit, Untung Setiap Minggu Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Master Forex | Wahhh… macam tak percaya zaman serba moden ini pelbagai cara dan kaedah untuk kita perolehi wang pendapatan tambahan. Malahan di zaman serba canggih ini, apa sahaja me… Read More
  • Freeletics - Sukan Untuk Kurus dan Sihat Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Pernah dengar tentang sukan Freeletics? Apa itu Freeletics? Freeletics adalah sukan yang menggunakan berat badan sebagai beban dalam satu sesi senaman. Freeletics berasal dari Jerman… Read More
  • Puzzle Bergambar Pilihan Ramai Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Tercari-cari Puzzle Bergambar masa kini? Pelbagai rekabentuk puzzle terkini dan menarik boleh didapati secara online yang sedang menjadi trend business zaman sekarang. Jadi, ji… Read More
  • Izara Aishah bakal jadi menantu Siti Nurhaliza Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Seperti yang diketahui umum, Izara Aishah sangat rapat dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid. Izara dan Adib, sama cocok sama padan. LeYa hanya mampu mendoakan… Read More

11 ulasan:

  1. hehehe...mun makan taugeh je..yg lain xmakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok la tu daripada tak makan langsung kan..hehe..

      Padam
  2. Salam kak..kegemaran sy 2 lobak putih di rebus pas 2 cicah dgn sambal belacan sdp 2 kak :)

    BalasPadam
  3. taugeh,tahu. tu jek biasa makan.ehehe

    BalasPadam
  4. dulu Nad x makan sayur tp bila mengamalkan diet sume sayur nad suka. cume satu je tak leh masuk smpai skrg iaitu tauhu >.<

    BalasPadam
  5. hak iqa tak suka tauge je . yg lain makan.

    BalasPadam
  6. paling tak suka lobak putih.. rasa mcm geli nak makan.. kalo yang lain2 tu memang feberet ^_^

    BalasPadam
  7. togeh ngan sengkuang tu ein mkn laa... hihi

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com