Selasa, 21 Mei 2019

Raikan Kemeriahan Hari Raya Bersama "Raya Bergaya" Sungei Wang Plaza

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Korang pasti teruja kan bila LeYa akan cakap tentang shopping Raya. Yelah kan... Masa ni lah diskaun sana-sini. Semuanya murah-murah dan boleh berjimat dalam perbelanjaan. Okay... Jom ikut LeYa!


Raya Bergaya dengan Sungei Wang Plaza

Baru-baru ini LeYa ada singgah Sungei Wang Plaza bagi meraikan kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera.

Seperti yang kita maklum, Malaysia sangat terkenal dengan kepelbagaian tradisi dan perayaan yang mana setiap orang akan berkumpul untuk berkongsi dan mengalami kepelbagaian unik dan ini mencerminkan kejayaan bagi sesebuah negara itu sendiri. Bersempena dengan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, Sungei Wang mengalu-alukan dan bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh kegembiraan ini untuk merayakan perayaan ini dengan bertemakan "Raya Bergaya" kepada seluruh pembeli tempatan dan antarabangsa.


Bagi meraikan kemeriahan Hari Raya ini, Sungei Wang menjemput anak-anak dari Rumah Bakti Nur Syaheera untuk sama-sama berbuka puasa di Nando's. Sebelum itu, anak-anak dibawa ke bahagian lantai konsert untuk menyertai bengkel anyaman ketupat bersama pakar-pakar anyaman. Ketupat mereka ini akan dipaparkan sebagai hiasan di Raya Bergaya Sungei Wang sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.



Mereka juga turut diberi duit raya dan bergambar di pentas sebagai kenang-kenangan bersama Raya Bergaya Sungei Wang.


Kemudian, kanak-kanak dan para media di bawa ke Nando's untuk sessi berbuka puasa dan acara diakhiri dengan pemberian Bag Goodie buat anak-anak sebelum pulang.


Jom Beli-Belah Dengan Raya Bergaya Sungei Wang

Korang mesti tak sabar-sabar part yang satu ni kan. Beli-belah di musim perayaan dengan tawaran diskaun berbaloi-baloi. Kalau nak tahu lagi, Sungei Wang memulakan kempen Raya Bergaya ini bermula 3 Mei hingga 9 Jun 2019. Atrium Sungei Wang telah dihiasi dengan berkonsepkan Arab dan terdapat ketupat moden dengan emas berkilauan bagi mewujudkan semangat raya dan sensasi keanggunan yang memukau dalam meraikan keriangan Hari Raya.

Menariknya lagi, korang pasti seronok bilamana dapat berswafoto dengan hiasan ketupat moden bersama konsep Arab yang disertai terowong berkilauan dan gantungan ketupat dan lampu LED ini.


Pelbagai aktiviti menarik sepanjang kempen Raya Bergaya korang boleh sertai.  Antaranya adalah persembahan Tarian Raya Bergaya dan Raya Live Band Performance pada setiap hujung minggu bagi memberikan lagi rasa suasana  raya membeli-belah sepanjang musim perayaan ini. 

Selain itu, korang juga boleh sertai make-up tutorial dari pakar SCCA pada 25 Mei 2019. Para social influecers, Alya Zulaikha, Lena Sabrinaa, Miers Leydia dan Myra Muzaffa akan tampil di pentas bagi persembahan fesyen dan seterusnya bertemu dengan pengikut-pengikut mereka. Inspirasikan gaya fesyen korang dengan modern hijab dressing skills bersama selebriti terkenal Didi Astillah, Syada Amzah dan Adam Lee yang akan menghakimi Hijab Fashion Competition pada 26 Mei 2019 ini. 

LeYa nak bagitahu juga kat korang ni. Jangan lepaskan peluang untuk belajar cara membuat anyaman ketupat moden dan Arabian Sand Art Key Chain pada hujung minggu. 



Pembeli yang telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM120 dengan maksimum dua resit terkumpul akan menerima set Sampul Raya Eksklusif Raya Bergaya Sungei Wang. Manakala, pembeli yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM388 dalam maksimum dua resit terkumpul melayakkan korang untuk menebus set eksklusif Sungei Wang Rainbow Cutlery. Segalanya tertakluk kepada terma dan syarat.


Untuk sebarang maklumat mengenai aktiviti dan promosi Sungei Wang, bolehlah layari:

Website

Facebook


Sabtu, 18 Mei 2019

Berbuka Puasa Masakan India Di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aha! Cerita Buffet Ramadhan lagi. Selagi bulan Ramadhan tak habis, selagi itulah cerita Buffet Ramadhan menjelma. Kali ni LeYa nak bawa korang ke satu lokasi berbuka puasa jauh di bahagian selatan iaitu di Lotus Desaru Beach Resort & Spa, Johor. Jom ikuti butirannya di bawah.


LeYa, Otomen Taro dan 4 orang lagi rakan mengikuti trip bulan Ramadhan selama 3 hari 2 malam ke Desaru. Bertolak dengan menaiki bas Mara Liner dari Terminal Bersepadu Selatan, Cheras, KL jam 9.30 pagi hari Khamis dan tiba di terminal bas Bandar Penawar, Johor tepat jam 2.30 petang. 

Harga Tiket
RM39.90 (Pergi)
RM39.90 (Balik)


Kemudian, kami dijemput oleh pihak hotel dan terus dibawa ke lobi hotel untuk check-in penginapan kami. Kami diberi sebuah apartment 3 bilik yang cukup luas dan selesa. 


Dilengkapi dengan kemudahan yang lengkap seperti berada di rumah, korang pasti akan suka bila datang dan menginap di sini.

Selepas selesai urusan bilik penginapan dan solat jamak Zuhor dan Asar, kami bersepakat untuk eksplorasi kawasan sekitar hotel sementara menunggu waktu berbuka puasa. 



Buka Puasa Di Teratai Cafe, Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Tepat jam 7.09 petang, azan Maghrib di Johor telah pun berkumandang menandakan waktu berbuka. Korang yang berpeluang ke sini, LeYa recommend untuk korang rasai hidangan di sini. Kebanyakan makanan yang ada di sini semuanya sedap-sedap. Korang boleh nikmati hidangan Nasi Beriani dan hidangan tradisional yang lain. Yang bestnya tu sambil-sambil korang menikmati hidangan berpuasa, korang juga boleh menjamu mata dengan pemandangan pantai Desaru yang cukup menenangkan. Syok kan! Jom tengok menu apa yang menarik sepanjang bulan Ramadhan ini.


Di sini korang akan dapat nikmati masakan India yang asli kerana chef nya diimport dari India dan ternyata kesemua hidangan ada rasa dan kena dengan citarasa LeYa dan rakan-rakan. Antara menu yang dihidangkan adalah Sambal Udang, Ayam Goreng Mamak, Gulai Masak Lemak Cili Padi, Sotong dan banyak lagi yang dihidangkan bersama Nasi Beriani yang terbaik LeYa pernah rasakan.


Selain itu, korang juga boleh dapatkan hidangan lain seperti Otak-Otak, Keropok Lekor, Cekodok Pisang, Satay dan banyak lagi sebagai menu tambahan kepada menu utama di atas. Tak lengkap kiranya sesebuah tempat Buffet Ramadhan itu tanpa Kambing Bakar. Kat sini korang boleh juga rasai daging kambingnya yang lembut dan sedap.


Mana nak dapat jika korang nak nikmati makanan Tosai kalau bukan di sini. Ternyata tosai dan kuahnya tu memang sedap. Roti canai juga korang boleh cuba dengan kuah dal dan kari yang pekat sekali.


Perut dah mula rasa kekenyangan. Tapi terlupa untuk merasai satu lagi part yang wajib dicuba. Menu pencuci mulut yang pelbagai dan warna-warni memang kelihatan sungguh menyelerakan. Antaranya ialah kuih-muih tradisional, aneka kek, cream puff, aneka buah-buahan, aneka jeruk, stesyen ais krim & ABC dan lain-lain. 


Tidak dilupakan juga aneka ulam-ulaman dan sambal belacan sebagai pemikat selera ketika menikmati hidangan nasi. Pilihan minuman juga ada banyak yang boleh dirasai.


Untuk tempahan dan pertanyan, boleh hubungi:

Harga
RM58.00 (Dewasa)
RM29.00 (Kanak-kanak 4-12 tahun)

Telefon
07 - 884 2800 Samb.: 1966 / 1882

Alamat
Teratai Cafe
Lotus Desaru Beach Resort & Spa
Lot. 1854, Jalan Desaru, Bandar Penawar
81930 Kota Tinggi, Johor Bahru

Rabu, 15 Mei 2019

JOHNSON'S Memperkenalkan JOHNSON'S CottonTouch Yang Baharu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

JOHNSON'S yang merupakan pilihan no. 1 ibu-ibu di Malaysia telah memperkenalkan JOHNSON'S baharu dengan menambahbaik lagi ciri kelembutan dalam rangkaian produknya dengan formulasi Ultra Gentle yang mengandungi 0% paraben, ftalet, sulfat dan pewarna yang dihasilkan tanpa sebarang kerengsaan terhadap kulit bayi dan kanak-kanak kecil yang sedang berkembang.

  
Baru-baru ini LeYa telah menghadiri pelancaran rangkaian produk baharu JOHNSON'S bersama Watsons, salah satu peruncit utama Malaysia sebagai rakan kerjasama mereka. Menurut Encik Prashant Mahalingam, Country Director, Consumer at Johnson & Johnson Malaysia, JOHNSON'S yang baharu bukan sekadar proses formulasi semula, tetapi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi JOHNSON'S secara keseluruhan dari perspektif pengguna atau ibu bapa. Proses ini dhasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan yang mendalam  selama 125 tahun berkaitan kulit bayi dan sains pengeluaran.

JOHNSON'S "CottonTouch Top-to-Toe" Bath dan Face & Body Lotion

JOHNSON'S "CottonTouch Top-to-Toe" Bath dan Face & Body Lotion yang baharu merupakan rangkaian baharu kepada bayi baru lahir.  Ini kerana dalam penyelidikan, kulit bayi baru lahir berbeza berbanding kulit dewasa. Kulit bayi baru lahir kehilangan kelembapan dua kali lebih cepat berbanding kulit dewasa. Kulit bayi mudah kering dan boleh mnyebabkan kegatalan dan memberi bakteria dan alergen menembusi kulit bayi dengan mudah. Jadi, bayi baru lahir memerlukan pembersih dan pelembap yang paling lembut untuk melindungi lapisan kulit.


Selain itu, Johnson's CottonTouch yang baharu adalah hipoalergenik yang mana ia merupakan formulasi ringan yang diadun dengan kapas semulajadi untuk menjadikannya sangat lembut pada kulit dan selamat mulai kehidupan hari pertama bayi bagi menggalakkan lebih banyak sentuhan dan interaksi antara ibu bapa dengan bayi. Pembersih dan losyen ini mudah dibilas dan ringan tanpa sisa yang melekit untuk memudahkan ibu bapa memegang bayi dengan sentuhan yang kemas dan yakin.

JOHNSON'S Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion untuk Anak-anak Kecil

Satu lagi rangkaian JOHNSON'S yang sesuai digunakan kepada anak-anak kecil yang sedang membesar adalah JOHNSON'S Milk + Rice dan Milk + Oats. Ketika bayi membesar dan memasuki peringkat anak kecil, mereka mula memiliki kemahiran motor yang membantu untuk meneroka dunia sekeliling. Jadi, kulit mereka akan haus dan lusuh sewaktu merangkak, belajar duduk, berdiri sebelum melangkah untuk berjalan buat kali pertama. Bagi menyokong penerokaan dan pembesaran, rangkaian JOHNSON'S ini mampu mengekalkan lapisan kulit kekal sihat dan terpelihara. Basuhan dan losyen ini sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif dengan kulit mereka yang sedang menjalani kahausan dan kelusuhan setiap hari.



JOHNSON'S Active Kids Shampoo

Rangkaian ketiga ini dirumus khas untuk kanak-kanak berusia 3 tahun dan ke atas. Walaupun kulit kanak-kanak tidak sehalus kulit bayi baru lahir atau bayi satu tahun ke bawah, tetapi tetap kulit mereka masih belum sempurna sepenuhnya. Oleh yang demikian, syampu dewasa tidak sesuai kerana kemungkinan ia kasar atau terlalu kaya untuk kulit kanak-kanak kecil yang masih lembut.


JOHNSON'S Active Kids Shampoo untuk anak-anak kecil dan kanak-kanak dirumuskan supaya lembut berbanding syampu orang dewasa. Rumusan ini memiliki pH yang simban dan disokong oleh pediatrik. Syampu boleh didapati dalam 3 pilihan:

  • Shiny Drops - mengandungi minyak Argan dan protein sutera untuk rambut yang lembut dan bersinar
  • Clean & Fresh - dirumuskan dengan teknologi Active Fresh untuk kesegaran yang berpanjangan
  • Soft & Smooth - mengandungi madu dan pati gandum untuk rambut yang berkilat dan licin.



Menurut Robert Kwon, Associate Director, Scientific Engagement of Johnson & Johnson Asia Pacific, berkata sewaktu pelancaran JOHNSON'S yang baharu, kulit bayi sangat berbeza dengan kulit dewasa. Ia memerlukan pembersihan dan penjagaan yang rapi dan lembut bagi mengelakkan kulit kering, jangkitan bateria dan alergen yang boleh mendatangkan kegatalan.


JOHNSON'S sangat komited dalam memberikan produk terbaik kepada bayi seluruh dunia yang penuh dengan cabaran dan tetap bersemangat membantu para ibu bapa untuk CHOOSE gentle iaitu memberikan produk penjagaan bayi yang paling lembut untuk si manja mereka.



Rangkaian produk penjagaan bayi JOHNSON'S yang baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama, termasuklah Watsons mulai Jun 2019.


 Untuk maklumat lanjut mengenai JOHNSON'S yang baharu, boleh layari laman sesawang di bawah

Website

Facebook

Khamis, 9 Mei 2019

Nak Cantik & Sihat Di Hari Raya? Singgah dan Rawat Diri Di The Beauty Expert Academy Spa, Cheras

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sejak kebelakangan ni LeYa sangat sibuk dengan kerja-kerja yang dijadualkan oleh aktiviti-aktiviti blogging yang dilakukan. Ke sana sini pergi tidak kira attend events, travel dan tidur lewat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Jadi, bila dah penat bekerja tu, haruslah ambil masa satu hari untuk manjakan diri dengan rawatan spa. Kali ini, LeYa nak bawa korang semua dengan satu spa yang sangat terbaik perkhidmatannya dan harganya juga berbaloi-baloi jika korang mendapatkan khidmat di sini. Ok, Jom!


Bila cakap pasal urut-mengurut ni, kalau dahulu LeYa sangatlah malu dan takut jika badan ni nak diurut orang. Tapi, bila dah terjebak ni, memang feeling segar sangat badan lepas dimanja-manjakan dengan urutan. Habis segala angin dalam badan dikeluarkan. Oh! Tenangnya dunia saat itu. Hehehe...


Jom, LeYa kongsikan sedikit pengalaman ketika berurut di salah sebuah pusat urut terkemuka, The Beauty Expert Academy Spa, Alam Damai, Cheras yang boleh dikatakan bertemakan konsep Bali. Tujuan LeYa berkongsi ni adalah memberi peringatan kepada golongan wanita di luar sana untuk memberi penjagaan tubuh badan kita agar sihat dan segar sepanjang masa. Maklumlah, lebih-lebih lagi wanita bekerjaya macam LeYa ni kan. Isnin hingga Jumaat bekerja. Balik kerja dah nak siapkan urusan suami dan rumahtangga. Setiap malam sebelum tidur, pasti diminta suami untuk mengurut badan. Jadi, memang tersangatlah penat seharian kita tak rehat kan. Rutin harian yang memenatkan inilah membawa LeYa untuk merehatkan badan di rawatan spa ini.

Korang kalau nak cari lokasi spa ni, tak perlu risau pun. Sebab dengan teknologi yang semakin canggih sekarang, korang guna je aplikasi Google Maps atau Waze, sampailah nanti korang ke sini. Awal pagi juga LeYa sampai untuk temujanji dengan Therapist yang akan melayani LeYa sepanjang hari ni. Jom, LeYa bawa masuk ke dalam spa!


Melangkah sahaja kaki menaiki anak tangga menuju ke spa ini, dan masuk sahaja ke dalam, korang akan didendangkan dengan alunan lagu-lagu yang menenangkan seperti berada di Spa Bali. So, LeYa dijemput duduk dan diberi minuman herba sebelum memulakan rawatan. 


Tengok sahaja laluan nak ke bilik-bilik rawatan yang disediakan. Pemandangannya memang cantik kan. Pengalaman berurut sambil menikmati alunan lagu yang menenangkan memang benar-benar rasa berehat seperti di kawasan pantai di Bali. 

Oh Ya! Untuk pakej urutan di sini, ada banyak juga pilihan untuk korang cuba. Tapi hari tu LeYa memilih untuk rawatan Full Body Massage. Dah dikatakan tadi badan dah mula lenguh-lenguh dan sakit, jadi sebab itulah memilih rawatan ini berbanding lain. Di sini, terdapat 2 tukang urut yang sangat pakar mengurut semua pelanggan yang datang. Korang memang akan puas hati.

The Beauty Expert Academy Spa ni adalah spa muslimah. Jadi, selalunya kalau suami nak buat rawatan perlulah ada peneman isteri untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham nanti. Tapi, bagi LeYa sebaiknyalah kaum lelaki, carilah tukang urut lelaki juga. Lebih selesa bukan?



Selesai minum minuman herba, LeYa dibawa ke dalam sebuah bilik yang dilengkapi steam bath, katil spa dan di sebelah kiri terdapat ruang tangas. Untuk kali ini, LeYa tak memilih untuk pakej mandian tersebut. Jadi, yang LeYa akan gunakan hanyalah di bahagian katil dan ruang tangas. Sebelum tu, LeYa diminta menukar pakaian dan baring di atas katil yang disediakan. Lampu akan dipadamkan dan yang LeYa hanya dengar adalah alunan muzik yang begitu mendamaikan. Memanglah rasa macam berada di Bali lagaknya. Hehe...
Pengalaman urutan ini mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit juga. Bermula dengan urutan di bahagian kaki sehingga membawa ke seluruh anggota badan. Memang terasa jugalah sakit ketika diurut tuh tapi badan yang lenguh-lenguh tadi rasa ringan dan segar sangat. Berjalan kaki selepas urutan pun rasa sedap jer.

Ketika sessi tangas, memang LeYa dapat rasakan satu kelainan di sini. Setelah didudukkan di kerusi dengan mengangkangkan sedikit peha, Therapist itu akan meletakkan periuk herba yang panas di bahagian bawah kangkang kita. Saat tu LeYa dah rasa bahang di bawah dah. Ada lagi menarik tau! LeYa ditutup dengan kelambu untuk merasakan lebih hangat lagi ketika menjalani rawatan. 

Fuuuhhhhh... Segala kekotoran keluar dan badan mula berpeluh-peluh seperti berada dalam larian 30 minit. Dah rasa badan semakin ringan dah time tu. Hilang segala lelemak di badan pulak rasanya. Hehehe... Badan rasa sangat segar dan selesa sekali. Tapi yang paling tak boleh dilupakan masa tu, LeYa ada terasa nak pitam juga bila peluh keluar dengan sangat banyak macam buat rawatan sauna. Sangatlah best bila kali ini sesi tangas berjaya membuatkan LeYa segar dan sihat walaupun terpaksa berhenti awal kerana sedikit masalah pada diri LeYa yang rasanya ia terjadi disebabkan badan terlalu penat. Apa-apa pun LeYa rasakan ia adalah spa paling best di Cheras.


Selesai rawatan yang LeYa cuba hari tu, LeYa mempersiapkan diri dengan memakai semula pakaian LeYa tadi. Dan, LeYa dibawa ke ruang hadapan semula untuk merehatkan badan dengan minuman herba untuk kali kedua. Dek insiden pitam tadi, LeYa diberi makanan roti oleh Owner. Kenyang perut, LeYa berbual lah seketika dengan beliau. 
Sementara menunggu Owner bersiap untuk sessi bergambar dengan LeYa yang kaki Instagrammable sangat ni, LeYa usha-usha lah jugak apa yang ada kat situ. Wah! Korang boleh dapatkan juga produk kecantikan wajah dari spa ini sendiri dan koleksi tudung dan makeup yang dijual di sini. Memang best sangat!



Di The Beauty Expert Academy Spa, Cheras ni, korang boleh juga dapatkan rawatan lain. Antara yang tengah trend sekarang adalah rawatan Sulam Bedak. Selain itu, ada juga rawatan lain yang korang boleh cuba seperti:
  • Facial Resdung
  • Facial Oxygen
  • Facial Lifting
  • Facial LED
  • Facial Diamond
  • Facial Sulam Bedak
  • Full Body Massage
  • Combo Massage
  • Rawatan Selepas Bersalin (Posnatal Package)
  • Body Treatment
  • Bridal Spa Package
Dan banyak lagi rawatan yang dingini oleh wanita-wanita di luar sana dalam penjagaan badan yang lebih sihat dan segar.



Alasan LeYa dalam memilih rawatan di The Beauty Expert Academy Spa ini rasanya korang sendiri tahu kan. Sudah tentulah dengan kemudahan yang lengkap dan selesa ditambah lagi dengan therapist yang pakar dan terlatih. Lepas tu lagi, spa muslimah yang membuatkan LeYa menjaga batas-batas aurat dan lebih selesa tidak ada lelaki luar. Eh! Semuanya ok sangatlah. Korang patut cuba. Dari segi harga pun berbaloi dengan servis yang disediakan. So... Korang tunggu apa lagi? Nak raya ni mesti korang nak cantik-cantik kan? Jom sihatkan dan cantikkan diri korang dengan rawatan spa terbaik di Cheras ini. Yang paling korang kena cuba rawatan hot masa kini, rawatan sulam bedak yang ada di spa ini. Jom!



Untuk keterangan lanjut dan harga setiap pakej rawatan yang disediakan, boleh kunjungi laman sesawang yang diberikan:

Instagram

Facebook

Alamat
No 14B, Jalan Suadamai 1/2,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Cheras, Selangor

Waktu Rawatan
Isnin - Jumaat : 10.30 am - 7.30 pm
Sabtu & Ahad : 10.00 am - 6.00 pm

Untuk sebarang pertanyaan whatsapp, boleh sahaja ke

Selasa, 7 Mei 2019

Pelancaran Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru-baru ini LeYa berkesempatan menghadiri Majlis Pelancaran Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan di Royal Chulan Damansara, Petaling Jaya. Dalam pelancaran ini, ia bertujuan memperkenalkan seterusnya melancarkan Produk Kad Prabayar Edisi Eksklusif Rozita Che Wan kepada peminat di samping mencari usahawan yang berminat untuk menceburkan diri menjadi pengedar kepada kad sim ini.


Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan merupakan kad prabayar yang ditawarkan khusus buat peminatnya di seluruh negara menggunakan jenama MyPrepaid. Kad Prabayar ini juga merupakan hasil kerjasama Rozita Che Wan sebagai Brand Partner kepada My International Mobile Sdn Bhd.

Kad ini hanya bernilai RM10 dan tersedia kredit percuma bernilai RM5 untuk panggilan, SMS dan Data serta mempunyai liputan seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Kad Prabayar ini dikeluarkan kerana menghargai jasa peminatnya dengan menawarkan pelan caj panggilan yang super jimat, menawarkan peluang kepada peminat untuk menjadi usahawan dan membina hubungan baik dengan semua peminat.


Kelebihan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Kalau korang nak tahu lagi, dengan memiliki kad prabayar ini, korang diberi beberapa kelebihan yang pasti menyeronokkan. Antaranya ialah:
  1. Pelan Harga super jimat yang memberikan 3x ganda lebih masa berbual berbanding dengan kad lain di pasaran.
    • Caj panggilan adalah 12.5 sen dengan blok 30 saat, 10 sen untuk SMS dan 10 sen/MB untuk data Pay As You Use.
    • Setiap tambahnilai akan menerima KREDIT PERCUMA secara berganda.
    • Setiap RM10 tambahnilai akan digandakan secara percuma oleh syarikat. Ini menjadikan jumlah kredit keseluruhan yang mereka terima adalah sebanyak RM20. Nilai maksima tambah nilai adalah RM50. Sebagai contoh seperti berikut:
      • Tambahnilai RM10, Terima tambahan kredit RM10 menjadikan keseluruhan kredit RM20
      • Tambahnilai RM20, Terima tambahan kredit RM20 menjadikan keseluruhan kredit RM40
      • Tambahnilai RM30, Terima tambahan kredit RM30 menjadikan keseluruhan kredit RM60
      • Tambahnilai RM40, Terima tambahan kredit RM40 menjadikan keseluruhan kredit RM80
      • Tambahnilai RM50, Terima tambahan kredit RM50 menjadikan keseluruhan kredit RM100
  2. Pelan Data Internet TANPA HAD AKSES dan HAD KELAJUAN.
  3. Perlindungan Takaful kemalangan peribadi percuma kepada setiap pengguna.
  4. Menerima mataganjaran bagi setiap tambahnilai yang dibuat dan boleh ditebus untuk pelbagai baucer barangan di seluruh negara.
 

Program Usahawan Kad SIM Glamor Edisi Eksklusif Rozita Che Wan

Ini yang lagi menarik! Korang yang memang berminat nak berniaga tu bolehlah ambil peluang ni dengan sekadar segera. Sebab ia sangatlah terhad. Hanya terbuka kepada 500 pendaftar terawal sahaja dan pendaftaran mula dibuka pada 29 April 2019 sehingga 11 Mei 2019.

Bagi korang yang berminat nak menjadi agen, perlulah bayar sebanyak RM3,888 dan perlu membuat bayaran penuh pada 11 Mei 2019 dalam satu majlis dan seterusnya akan ditempatkan dalam program pembangunan usahawan pada hari yang sama. Agen yang mendaftar akan diberi tools pemasaran.


Apa yang Usahawan terima dengan nilai RM3,888
  • 30 unit Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan
  • Akses VIP kepada sistem Vendor MyPrepaid bernilai RM4,890 yang membolehkan usahawan melakukan perkara seperti mengaktifkan SIM, menjual tambahnilai MyPrepaid, menjual tambahnilai jenama lain prabayar di Malaysia, menjual tambahnilai jenama lain prabayar di 130 negara di dunia dan mendaftarkan agen lain.
  • Layak menerima Perlindungan Takaful Kemalangan Peribadi Percuma bernilai RM20,000 dan tambahan skim pengurusan jenazah bernilai RM2,000.
  • Tools pemasaran seperti buku, Brochure, Bunting dan buku Menu bernilai RM400.
  • Wallet Tambahnilai berbilai RM100
  • 1x Baucer diskaun 20% bagi jenama barangan byRCW
  • 1x Tiket majlis berbuka puasa bersama Rozita Che Wan bernilai RM250 pada 19 May 2019.
  • 1x Tiket cabutan bertuah yang menawarkan hadiah bernilai hampir RM100,000.

Cara Mendaftar Menjadi Usahawan

Ok... tibalah masa yang korang nanti-nantikan. Cara bagaimana untuk menjadi usahawan Kad SIM Glamor MyPrepaid Edisi Eksklusif Rozita Che Wan? Mudah sahaja! Korang yang berminat boleh layari laman web www.myprepaid.com.my bermula dari 29 April 2019 sehingga 10 Mei 2019.

Selain itu, korang juga boleh hubungi di talian:

My International Mobile Sdn Bhd
Aras 1, B1-1-1 Gaya Commercial Center
Jalan Taman Pusat Bandar Melawati
53300 Kuala Lumpur.

Telefon | +603 - 4101 2648
WhatsApp | +6011 3890 2561