Rabu, 13 September 2023

TEBUS Angkat Prinsip dan Harga Diri Manusia. Review Filem Tebus di Prime Video

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Teringat satu cerita sewaktu Hari Merdeka hari tu, so LeYa terasa nak menulis lah serba sedikit tentang review filem ni. Filem berjudul Tebus mula ditayangkan pada 31 Ogos 2023 lalu di Prime Video.

Nak dijadikan cerita dan sebab nak support filem tempatan yang menjadi filem pertama ditayangkan di Amazon Prime, so LeYa pun decide dan ajak la kawan-kawan ke panggung wayang The Starling Mall, Damansara untuk tayangan perdana sehari awal sebelum Merdeka.

Kalau korang nak tahu lagi, filem Tebus merupakan terbitan syarikat produksi Vian Media Sdn Bhd dan diarahkan oleh Jason Chong merangkap pencetus idea untuk naskhah ini serta nukilan skrip karya hasil tulisan Sky Khor.

Tebus ditunjangi oleh bintang hebat tanah air seperti Aedy Ashraf, Azhan Rani, Jay Iswazir dan Marisa Yasmin. Bersama mereka, pelakon baharu yang semakin meningkat naik, Ahirine Ahirudin dan Idan Aedan turut memberi kelainan dan sesuatu yang segar dalam filem ini.

Sinopsis Filem Tebus

Duit memberi definisi yang pelbagai oleh setiap manusia. Ada yang hidup mewah kerana duit malah tidak kurang juga yang masih bermati-matian bekerja mencari duit untuk digunakan sehari-harian.

Meski 'si kaya' mahupun 'si miskin', selagi namanya sebuah kehidupan, memiliki duit adalah satu keperluan untuk kelangsungan hidup.

Namun, adakah setiap manusia menggunakan 'jalan' yang 'lurus' dan betul untuk mendapatkan duit?

Filem Tebus mengangkat kisah tentang seorang pengawal keselamatan, Johan yang telah menculik pewaris barangan kemas, Ana untuk mendapatkan jantung di pasaran gelap bagi membantu adiknya, Jalil. Dek kerana terdesak, Johan melakukan perbuatan jahat tersebut namun perancangannya tidak berjalan lancar apabila Bakar (bapa tiri Ana) tidak mahu membayar walau satu sen pun hasil penculikan tersebut. Malah, dia pula menawarkan wang ringgit yang tinggi sekiranya Johan membunuh Ana.

Tetapi itu bukanlah sifat yang ada pada diri Johan. Dari kisah penculikan, akhirnya menjadi misi penyelamat iaitu jauhkan Ana daripada Bakar. Disebabkan itu, Johan terpaksa melupakan hasrat untuk membantu Jalil.

Adakah pada akhirnya Johan mendapat penderma jantung untuk adiknya? Atau Johan mengambil keputusan membunuh Ana untuk dapatkan wang dari Bakar demi menyelamatkan adiknya yang sedang nazak?

Review Filem Tebus

Berdasarkan situasi tersebut, Tebus yang berdurasi 114 minit ini membawa penonton masuk ke dalam dunianya yang penuh dengan aksi, kasih sayang, kemanusiaan, empati dan berkenalan dengan 'dunia gelap' yang sentiasa menanti untuk menjerumuskan seseorang ke dalam kemusnahan.

Dari awal, LeYa dah expect filem ni pasti gempak sebab ye lah kan nak dibawa ke pasaran luar tu di Amazon. But, LeYa is sedikit kecewa kerana selepas tontonan filem ni biasa-biasa sahaja. Terlalu Straight to the point dan tidak perlu bertanya-tanya apa yang akan berlaku seterusnya. Ianya diibaratkan seperti kita dah boleh jangka apa akan berlaku.

Tapi tak lah LeYa kata tak best kan. Filem Tebus ni best dan santai. Jadi, penat-penat balik kerja, santai depan TV ke Laptop, bolehlah tonton seisi keluarga. 

Di akhir cerita, kita boleh lihat ada dimasukkan plot twist, namun seperti yang LeYa bagitahu, ianya sudah boleh dibaca. Jadi, kita boleh tahu apa akan berlaku. Tapi plot twist part paling akhir tu memang diluar jangkaan juga lah. Ingatkan dah setel, tapi rupanya belum. So, that is why la LeYa cakap cerita tu ok dan best je untuk ditonton hingga akhir.

Filem ni bagi LeYa bermula dengan baik. Then, mula agak sedikit perlahan dan santai. Jadi, aksi-aksi yang kita tonton di awal penceritaan tu, hampir hilang tiba-tiba. Part romantik dan kasih sayang pula muncul. Kemudian, di hujung-jujung eh! ada suspen pula! Wow!

Seperti kita tahu, Aedy Ashraf adalah seorang aktor yang baik dan mampu memainkan apapun peranan yang diberikan kepadanya. Walaupun dia perlu berlakon dengan pelakon baharu dalam industri, namun chemistry mereka cukup baik. 

Kesimpulan

Hasil dari penelitian menonton filem ni, LeYa rasa Malaysia perlu lebih berfikir di luar kotak lebih lagi dalam pembikinan filem. Nak setanding filem Hollywood, kena banyak lagi improvement. Tapi, sebab ia ditayangkan di Prime Video, jadinya LeYa rasa boleh la layan. Pemilihan pengarah untuk tidak dimasukkan ke panggung wayang adalah terbaik sebab jalan cerita simple walaupun aksi ada dan nampak baik. Rasanya pelakon pun boleh improve diri lagi.

Ramai yang dah tonton pun, watak Jalil adik Johan tu memang sangat sesuai dan berjaya menghidupkan watak tersebut. Watak Jalil berjaya menceriakan suasana dalam filem tu. 

So, korang yang belum menyaksikan lagi filem Tebus edaran MyContent Distribution ni, boleh la buat langganan Prime Video dan tonton kerana naskhah dari filem ini akan menemukan korang sebuah erti kehidupan dengan keputusan yang paling tepat agar menjadi sebuah kembara yang amat bermakna.

Jumaat, 25 Ogos 2023

Ragam Si Cilik Dalam Kelas Kuih Malaysia

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

"Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Baru-baru ini, LeYa berkesempatan menghadiri Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9, yang mana penonton cilik telah menyediakan aneka kuih-muih yang mewakili kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia.

Program ini diadakan bagi menyemai semangat kekitaan dalam kalangan penonton cilik, seterusnya menyemarakkan kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Media Prima Berhad yang bertemakan Manis Pahit Bersama. Seramai 10 orang penonton cilik bertuah berusia antara 6 hingga 12 tahun terpilih untuk menyertai Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 yang telah berlangsung di Sarang Cookery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut Puan Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9, "Bersempena dengan bulan kebangsaan yang bakal tiba, Jaguh Kartun TV9 ingin membawa adik-adik belajar membuat kuih-muih tradisi Malaysia. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baharu tentang aneka juadah dari pelbagai kaum Malaysia yang menjadi satu identiti dan keunikan yang tidak terdapat di negara lain."

"Dengan perubahan arus kemodenan yang pantas, pengaruh makanan tradisi ini semakin kurang dek pendedahan makanan barat yang lebih terjurus kepada "viral" atau "trendy" yang perlahan-lahan mengikis keaslian makanan tradisi di negara kita. Justeru, keunikan makanan tradisi ini perlu diberi pendedahan yang optimum bagi memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara, serta tidak lupa tentang keaslian makanan tradisi kita."
  
  
  

Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 yang berlangsung selama lima jam ini menyaksikan pelbagai kerenah adik-adik cilik yang amat teruja untuk belajar membuat kuih! Walaupun dipantau oleh cef berpengalaman yang sabar melayan kerenah adik-adik, mereka tidak gagal menunjukkan ragam mereka yang sangat menghiburkan.

Menerusi bimbingan cef yang berpengalaman, adik-adik ini telah mengasah kemahiran kulinari mereka dalam membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu kuih ketayap, kuih angku dan putu mayam. Tiga menu kuih-muih ini melambangkan kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia.

Kuih Ketayap yang mewakili masyarakat Melayu

Kuih Angku yang mewakili masyarakat Cina

Putu Mayam yang mewakili masyarakat India

Keterujaan adik-adik ini dalam belajar dan mengenali kuih-muih tradisi Malaysia bukan saja dapat memupuk minat mereka dalam bidang kulinari, malah ia juga boleh mengukuhkan jati diri kenegaraan dalam membina masyarakat madani.

 
 
 
 

Pemilihan peserta Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 telah diadakan menerusi penghantaran rakaman video tidak melebihi 30 saat yang bermula dengan, "Saya ingin belajar buat kuih tradisi Malaysia sempena Hari Kebangsaan ini kerana...". TV9 telah menerima lebih daripada 40 penyertaan dalam tempoh peraduan yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 12 Ogos 2023. Hanya 10 penonton cilik dalam lingkungan umur 6 hingga 12 tahun ini telah dipilih berdasarkan jawapan mereka yang memberangsangkan!

Jumaat, 18 Ogos 2023

KONAMI Lancar eFootball 2024 - Permainan Bola Sepak Masa Depan!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

KONAMI telah menganjurkan majlis pelancaran untuk eFootball 2024 dan turut berbesar hati berkongsi kejayaan luar biasa di sesi pratonton media eksklusif.

Acara ini telah memberikan peluang kepada ahli-ahli media terkemuka untuk menyelami masa depan bola sepak maya, menonton Perlawanan Super Selebriti, mendapatkan cerapan daripada pasukan pembangunan dan peluang bermain permainan yang belum dilancarkan.

Perlawanan Super Selebriti: Aksi Selebriti Terunggul

Kemuncak acara ini adalah Perlawanan Super Selebriti yang mengangumkan, di mana wakil media dan selebriti terkenal bergabung dalam medan eFootball. Tenaga dan keghairahan dirasai ketika peserta terlibat dalam perlawanan sengit dan penuh persaingan, memaparkan realisme dan keterujaan luar biasa yang eFootball bawa ke dunia permainan bola sepak.

Cerapan daripada Pasukan Pembangunan KONAMI

Para hadirin yang berpeluang turut mendengar secara langsung daripada Pasukan Pembangunan KONAMI, yang merupakan minda cemerlang yang bertanggungjawab membawa eFootball 2024 menjadi kenyataan. Pasukan KONAMI berkongsi pandangan yang mendalam mengenai ciri-ciri inovatif, grafik yang menakjubkan dan mekanik permainan revolusioner yang membezakan eFootball 2024 daripada persaingan. Pembentangan tersebut menonjolkan dedikasi dan semangat disebalik penciptaan permainan ini, meninggalkan para hadirin dengan penghargaan yang mendalam terhadap perhatian terperinci yang mentakrif kerja.

Pengalaman Pertama dengan Permainan yang Belum Dilancarkan

Hadirin media diberikan peluang eksklusif untuk merasai permainan eFootball 2024 dalam bentuk konsol, memberikan pandangan awal kepada permainan yang belum dilancarkan. Maklum balas positif daripada para hadirin amat menggalakkan, dengan pujian terhadap visual yang realistik, perincian yang rumit, dan permainan strategik yang menjanjikan perubahan kepada permainan bola sepak.

Aktiviti Berimmersif

Sepanjang acara, para hadirin menikmati pelbagai aktiviti yang direka untuk menyelami mereka dalam dunia eFootball 2024. Dari demonstrasi interaktif hingga pandangan di sebalik tabir pembangunan permainan, setiap aspek acara telah disusun dengan teliti untuk memberikan pengalaman komprehensif dan menarik kepada semua peminat bola sepak.


Sertai Revolusi

Dengan pelancaran eFootball 2024 di acara media eksklusif ini, KONAMI menjemput peminat dan pemain dari Malaysia untuk menyertai revolusi ini. Nantikan butiran lanjut, termasuk tarikh pelancaran, ciri-ciri tambahan, dan banyak lagi. Ikuti eFootball di media sosial dan layari laman web rasmi untuk maklumat terkini dan kandungan eksklusif.

Rabu, 16 Ogos 2023

Imbau Nostalgia Dengan Jamu Selera Kopi SUPER Classic Bersama Duta SUPER Coffee, Shuib

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Especially kepada pencinta kopi, LeYa pasti korang sedang menikmati kopi jenama yang sudah menjadi kegemaran ramai sejak sekian lama. Sejak dulu hingga kini, kopi memang menjadi minuman tenaga seawal pagi agar kekal bertenaga dan segar. LeYa juga boleh dikatakan peminat kopi dan menjadi satu kemestian untuk menghirup minuman ini sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Dan, LeYa pasti korang akan suka dan teruja dengan berita yang LeYa ingin sampaikan ini.

Mengimbau Nostalgia Dengan Kopi SUPER Classic

Semestinya ramai sudah mengenali dengan jenama SUPER yang memberikan rangkaian minuman kopi, teh dan minuman bijirin berkualiti yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia. Kini, ia menampilkan lagi dengan SUPER Classic, kopi hitam segera yang diperbuat daripada 100% biji Robusta bagi memberikan rasa keenakan dalam setiap secawan kopi dengan lengkap dan penuh bergaya serta mempunyai rasa yang sangat lembut.

SUPER Classic juga merupakan rangkaian terbaharu yang meluas dari SUPER untuk memenuhi permintaan dan berkembang dengan cepat kepada peminat kopi hari ini menerusi teh susu dan minuman bijirin.


Menurut Pengurus Besar Jacobs Douwe Egberts Malaysia, Fiona Tan, "Kami rakyat Malaysia amat menyukai kopi yang kaw dengan rasa tambahan susu pekat atau susu sejat. Kita juga seringkali tercari-cari kopi segera yang penuh dengan rasa dan aromatik yang sangat kaw agar rasa kopi yang lebih mantap dan rasanya yang penuh lemak berkrim."

Dalam majlis pelancaran SUPER Classic baru-baru ini, SUPER terus menyemarakkan rakyat Malaysia secara berterusan setiap hari dengan minuman yang mudah dan menyegarkan. "Kopi segera di Malaysia bukan sekadar fungsi kemudahan dan masa, malah dengan waktu kerja yang agak padat dan panjang, kita amat memerlukan kopi yang benar-benar kaw dan berperisa untuk menyedarkan deria kita dalam memulakan aktiviti harian pagi. Kita juga memerlukan sebuah cawan yang menarik untuk menyemarakkan lagi perbualan kita dengan penuh keyakinan dan sentiasa memastikan kita segar sepanjang hari."

SUPER juga turut melantik Shuib sebagai duta jenama untuk SUPER Coffee. Ini kerana beliau amat berpengaruh dan boleh menjadi contoh dalam perjalanan dan pengalaman rakyat Malaysia setiap hari menerusi pelbagai peranan sebagai seorang suami, bapa kepada empat anak kecil, deejay radio serta usahawan yang berjaya.

Mengimbau Nostalgia Dengan Kopi SUPER Classic

Korang masih ingat tak sewaktu kecil dulu ketika bermainan permainan tradisional seperti Congkak, Batu Seremban, Gasing, 'Teng Teng' dan banyak lagi. Bagi mengimbau nostalgia sewaktu kecil dulu, diikuti menjelangnya Hari Kemerdekaan Malaysia ke-66, apa kata korang raikan kembali permainan tradisi tersebut bersama secawan kopi SUPER Classic. LeYa pasti korang akan rindu momen indah ini.

 
 

Selain itu, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia, SUPER dengan sukacitanya turut mengumumkan satu peraduan 'Semarakkan Hari Malaysia' yang bermula pada 16 Ogos - 30 September 2023. Peraduan ini menawarkan peluang kepada para peserta untuk memenangi hadiah menarik seperti Modenas Dominar D250, Sesi Makan secara Eksklusif bersama Shuib dan Baucer Membeli-belah bernilai RM21,000. Bagi menyertai peraduan ini, korang hanya perlu membuat pembelian mana-mana produk SUPER (tertakluk kepada terma dan syarat). 

SUPER Classic yang baharu boleh didapati di setiap kedai runcit utama di seluruh Malaysia. 

Maklumat lanjut mengenai SUPER Coffee dan produknya serta promosi terkini, boleh layari

Facebook

Instagram