Khamis, 17 November 2016

GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAZA STUDIOS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

GiveAway Miniature Photography by Waza Studios

Wahhhh.... menarik kan giveaway pada banner kat atas ni. LeYa teruja sangat nak join. Jadinya, tanpa melengahkan masa lagi, LeYa membuat la serba sedikit entry "GIVEAWAY MINIATURE PHOTOGRAPHY BY WAZA STUDIOS" yang diminta penganjur ni.

Waza Studios adalah sebuah perniagaan berasaskan seni fotografi yang mana Cik Miza berkolaborasi dengan rakan sejawatnya menubuhkan syarikat Waza Studios ni di arena dunia fotografi di Malaysia. Gambar-gambar di instagramnya dah pun LeYa review dan LeYa sangat suka akan editing gambarnya yang sangat menarik. LeYa yang memang minat seni fotografi ni sungguh terpesona dengan setiap gambarnya.

Nak tahu lebih lanjut, jom terjah IG Waza Studios dan jangan lupa join giveaway ni juga ya...

Syarat-syarat untuk join GiveAway ni, boleh terus ke page Cik Miza kita yang comel jelita tu dengan klik link DI SINI.

#jomsapotwazastudios!

Rabu, 16 November 2016

Wordless Wednesday: 20 Tempat Tercantik di Dunia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


1) Aogashima, Japan

2) Bagan or Pagan, Myanmar


3) Detian Waterfall,Guangxi China

4) Galapagos Islands, Ecuador

5) Halong Bay, Vietnam

6) Havasu Falls di Arizona

7) Inga Falls, Congo River, Africa

8) Kelimutu volcano in central Flores, Indonesia

9) Lakes National Park,Lika, Kroasia

10) Lencois Sand Dunes, Brazil

11) Longji rice terraces in China

12) Lu Mountain, China

13) Mount Roraima, venezuela

14) Niagara Waterfall,North America

15) Raja Ampat,Papua,Indonesian

16) Salt lake of uyuni Bolivia

17) Vacation in Bora Bora Island, Tahiti

18) Velassaru Island, Maldives

19) hitehaven Beach, Australia

20) YingXi Corridor of Stone Peaks, China
 

Jumaat, 11 November 2016

11 November: Lazada Online Revolution 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini 11 November 2016 bermula lah acara jualan "Lazada Online Revolution" selama sebulan sehingga 12 Disember 2016. Lazada Online Revolution ini adalah acara tahunan online store yang dilakukan di Asia Tenggara yang mana menghimpunkan pelbagai jenama dan peniaga dari seluruh tempat dari dalam negara mahupun luar negara. Lazada Online Revolution pada tahun ini merupakan tahun kelima semenjak Tahun 2012 lagi telah diadakan.

Lazada Online Revolution

Pada kali ini, tema jualan yang ditentukan adalah Brands for All (Jenama untuk Semua). Ia sangat bersesuaian dengan latar belakang rakyat Malaysia yang sukakan jenama.  Antara jenama yang akan turut serta memeriahkan dalam jualan online ini adalah Samsung, Tesco, ProDiet, Nestle, Drypers, Maybelline, ZTE, Bosch, Sports Direct, Fisher Price, Microsoft dan banyak lagi. Tempoh sebulan ini memberi ruang kepada anda untuk melihat dan membeli belah mengikut kategori jualan yang disediakan seperti gambar di bawah.

Lazada Online Revolution

Apa yang best dan menarik ber'shopping' di Lazada Online Revolution:-
  1. Baucer Diskaun/Rebate menonton wayang di MBO atau TGV Cinema
  2. Berpeluang memenangi 111,111 Airasia BIG point dan Voucher dengan Wheel Of Joy
  3. Memenagi Secret Voucher dengan menyertai Event di Facebook dengan menjemput rakan-rakan lain
  4. Diskaun istimewa 5% hingga 10%  untuk pembelian menggunakan Kad Kredit Maybank, HSBC, Citibank, UOB, RHB, dan CIMB.
  5. Diskaun sehingga 93% untuk sesetengah barangan terpilih.
Jadi, untuk mendapatkan lebih diskaun, apa kata anda mencuba bermain permainan "Spin the Wheels" untuk memenangi vouchers yang hanya ditawarkan pada HARI INI sahaja. 

Spin the Wheels

Bagaimana nak bermainan permainan Spin the Wheels tu?

Jom semua cepat-cepat klik SINI atau pada banner di atas untuk turut serta memenangi vouchers pembelian barangan di Lazada Online Revolution. Kalau menang tu, jangan lupa LeYa tau... hehehe..

Lazada Online Revolution

Okay, tengok banner kat atas ni. Pada tarikh tu, bermula pada 11/11/2016 hingga 12/12/2016. Jadi, Lazada Online Revolution ni hanya berlangsung selama sebulan. Mana-mana yang rasa gila dan suka sangat nak bershopping cepat-cepat lah singgah ke Laman Web Lazada Online Revolution sekarang. Kalau dah tamat nanti, menyesal tak sudah kan. Ni LeYa dah bagitahu ni. Jangan tunggu lama lagi. Cepat serbu LAZADA sekarang...

Lazada Online Revolution

Sekali lagi, LeYa nak cakap JOM SHOPPING SECARA JIMAT DI LAZADA ONLINE REVOLUTION. Klik SINI untuk mengetahui maklumat lanjut.

Rabu, 9 November 2016

Pencarian Protege November 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hai korang.... Terima kasih ye sebab sudi follow blog LeYa..

Mahu ubah EKONOMI anda??
Mahu jana pendapatan tambahan??
Tercari-cari bisnes online yang sesuai??

Apa kata... Anda sertai LeYa sekarang...
Terbuka kepada semua. Tak kira anda surirumah atau student. Yang bekerja pun boleh sertai jugak.

Syarat-Syarat nya sangatlah MUDAH:-
1) MODAL RM50.00
2) Ada Akaun FB
3) Ada SmartPhone/Laptop/Komputer

...Dan Ada Kemahuan untuk BELAJAR & BERJAYA.

Kemudian, Anda juga akan DAPAT:-
1) ILMU
2) SISTEM
3) MENTOR 

Best kan... Mana nak dapat semua tuh kan...

Jadi... Tunggu Apa Lagi...??

Sertai LeYa Sekarang!!!


Jom berniaga bermula dengan modal RM50 je!
Buat bisnes online secara berjemaah.
Kita KAYA & BERJAYA bersama-sama.

PM/WA LeYa 017-6321680

Selasa, 8 November 2016

SEGMEN: JOM BLOGWALKING BERSAMA AYUINSYIRAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

http://www.ayuinsyirah.my/2016/11/segmen-jom-blogwalking-bersama.html
 
Setelah sekian lama LeYa tak join Segmen atau GiveAway, hari ini LeYa merajinkan diri kembali men'join'kan diri dalam aktiviti blogging ini.
 
Jom semua kawan-kawan... Kita rapatkan kembali ukhuwah kita.
Jom Pakat join ... Klik Banner
 
Tamat pada 24/11/2016 jam 10.00 malam.

Ahad, 6 November 2016

Tu Dia... Char Kuew Teow Pak Long Sedap


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kepada mereka yang meminati Char Kuew Teow dari Utara dengan harga yang murah, inilah masanya untuk anda terjah Dengkil, Selangor yang menawarkan Char Kuew Teow dengan harga yang berbaloi-baloi. LeYa telah berkesempatan merasai Char Kuew Teow tersebut yang memang sedap dan puas hati kalau makan. Best kan?



Char Kuew Teow Pak Long terletak di Taman Warisan Bestari, Dengkil, berhampiran dengan taman permainan kanak-kanak di tepi jalan sahaja. Di sini ia menyediakan hidangan Char Kuew Teow yang anda memang ternanti-nanti untuk menikmatinya. Bersebelahannya juga, terdapat Gerai Burger dan Ice Blended untuk menambah selera rasa ketika sedang menikmati hidangan Char Kuew Teow.


Char Kuew Teow yang akan disajikan kepada anda yang pasti menepati selera pelanggan bermula jam 5.00 petang sehingga jam 11.00 malam.  Untuk pengetahuan anda juga, mereka juga ada membuat penghantaran ke rumah-rumah berdekatan bagi yang ingin merasainya dari rumah. Rasa makanan dia? Jangan risau dan khuatir. Memang sangat sedap dan sangat berbaloi


Alhamdulillah... LeYa dapat juga merasa Char Kuew Teow Special yang dipesan oleh Otomen. Perut sudah kenyang. Azan Maghrib pun sudah berkumandang. LeYa dan Otomen terus mencari masjid berhampiran untuk menunaikan kewajipan kami sebagai muslim.

Credit Gambar dari Kakipersegi.com

Ini yang anda sedang ternanti-nanti kan? Char Kuew Teow Pak Long menyediakan hidangan Char Kuew Teow yang memang berbaloi dengan harga. 

Untuk tempahan dan maklumat lanjut:
Tel: 012-5617193 (Pak Long)
Lokasi: Taman Warisan Bestari, Dengkil, Selangor