Sunday 18 June 2023

Belajar Al-Quran Lebih Mudah Dengan Aplikasi Think Quran

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah, LeYa diberi kesempatan atas jemputan ke Majlis Perasmian Aplikasi Think Quran di Think Quran Festival 2023, The Curve, Mutiara Damansara. Aplikasi pendidikan 'Think Quran' ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pengguna seluruh Malaysia dan juga negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. 

Tentang Aplikasi Think Quran

Aplikasi ini dapat membantu orang ramai untuk lebih memahami al-Quran dengan bahasa yang mudah. Aplikasi ini boleh diakses di mana-mana dan boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Senang kata ia memfokuskan kepada pembelajaran dalam skop kecil, pengulangan kalimah dan latihan secara mudah alih yang mampu memberikan penyelesaian kepada kebuntuan masyarakat di luar yang kian sibuk dengan tugas harian.

Sebagai orang Islam, kita seharusnya menerima perubahan untuk memajukan diri dan falsafah keilmuan. Jadi, Think Quran adalah contoh terbaik untuk mengolah idea kreatif keperluan muslim hari ini.

 

Aplikasi Think Quran juga merupakan teknologi pendidikan yang memudahkan pengguna memahami bahasa al-Quran walaupun tidak mempunyai asas bahasa Arab. Terdapat lebih empat juta kalimah sudah dipelajari pengguna.

Think Quran adalah kaedah kepada kita untuk mendekati al-Quran dan menambah minat yang lebih mendalam untuk mengenali al-Quran. Malah bukan itu sahaja, pengguna juga dapat memahami dan terus belajar mentafsir kitab suci dengan lebih baik.


Festival Think Quran di The Curve, Mutiara Damansara

Festival Think Quran berlangsung Jumaat, 16 Jun sehingga Ahad, 18 Jun 2023 dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan artifak Rasulullah S.A.W. yang dipamerkan kepada orang awam. Turut dipertontonkan ialah kain Kiswah Kaabah serta pengunjung yang datang bersama anak-anak dan keluarga boleh melakukan banyak aktiviti seperti: 

✅ Pameran Artifak Rasulullah S.A.W.
✅ Pameran Think Quran
✅ Aktiviti Mewarna
✅ Pameran Cryptokhat
✅ Pertandingan Teka Perkataan
✅ Dan banyak lagi




Untuk maklumat lanjut berkenaan Aplikasi Think Quran, boleh layari laman web di bawah

6 comments:

  1. Bagusnya ada apps macam ni. Tak lah kita sekadar baca, boleh faham juga apa yang dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu... Lebih mudah untuk memahami bahasa al-Quran

      Delete
  2. Antara manfaat dari perkembangan teknologi. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... Semoga kita mendapat manfaat nya bersama²

      Delete
  3. haritu pon ada orang promot apps ni...
    Nampak bagus

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com