Isnin, 29 Mei 2023

Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-9

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Pada 27 Mei 2023 yang lepas, berlangsungnya Sidang Media dan Pelancaran Undian Atas Talian Anugerah Telenovela Ke-9 di Ballroom Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah Telenovela (ATN) merupakan sub-kategori kepada Anugerah Buku Negara yang mula diperkenalkan pada tahun 2005 dan pada tahun 2015, Anugerah Telenovela telah dianjurkan secara berasingan. Kini, Anugerah Telenovela telah menjadi acara tahunan yang berprestij bagi mengiktiraf dan meraikan kejayaan warga industri seni kreatif tempatan yang sentiasa menerbitkan karya berkualiti tinggi dan berpotensi untuk menembusi pasaran di peringkat global. 

Ia sejajar dengan pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Ibu Kota Buku Dunia oleh UNESCO - Kuala Lumpur World Book Capital 2020. Anugerah Telenovela kali ke-9 (ATN9) adalah anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) bersama Intact Media Sdn Bhd.


Anugerah Telenovela Ke-9 (ATN9) menghimpunkan sebanyak 46 calon karya adaptasi novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem bagi tayangan dari Januari hingga Disember 2022 yang akan berentap bagi merebut lebih 40 Anugerah dalam 2 Kategori iaitu:

  • Kategori Popular (100% Undian Online)
  • Kategori Terbaik (100% Penjurian oleh Juri Profesional)
Kesemua karya adaptasi yang tercalon mestilah ditayangkan di televisyen, stesen satelit atau stesen umum (Free To Air, FTA) dan juga pawagam. Buat masa ini, pencalonan bagi tayangan melalui laman sosial tidak akan diterima.


Penganjuran ini dianggap sebagai usaha berterusan dan konsisten bagi merancakkan industri penerbitan dan seni kreatif tempatan. Bagi Kategori Popular, undian 100% dibuat oleh kumpulan peminat melalui laman web rasmi, https://www.telenovela.my manakala Kategori Terbaik pula penilaiannya dibuat oleh kumpulan juri profesional.

Selain itu, ATN juga memperkasa usaha dalam memacu industri kreatif tempatan untuk menembusi pasaran global seiring hasrat Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Pemenang Kategori Telenovela Terbaik Anugerah Telenovela Ke-9 berpotensi dipertandingkan di Anugerah Telenovela Antarabangsa (International Telenovela Award) yang akan berlangsung pada penghujung tahun ini. Langkah ini sejajar mengangkat karya kreatif tempatan ke peringkat global dan seterusnya memperkenalkan produk Malaysia di pentas dunia.

Sementara ini, menurut Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Dr. Ahmad Ibrahim atau Mat London, 46 karya yang dipertandingkan ini banyak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan. Penilaian paling utama adalah asas naratif atau penceritaan berpaksikan konsep yang berlandaskan kekayaan budaya, kesopanan dan amalan bangsa. Seterusnya juga aspek bahasa yang berhikmah dan sopan santun.


Kategori Anugerah Telenovela Ke-9

a) Kategori Popular (100% Undian Online)
  1. Novel Popular
  2. Telenovela Popular
  3. Pelakon Lelaki Telenovela Popular
  4. Pelakon Wanita Telenovela Popular
  5. Pasangan Serasi Popular
b) Kategori Terbaik (100% Penjurian dari Juri Profesional)
  1. Novel
    • Novel Terbaik
    • Novelis Terbaik
    • Penerbit Novel Terbaik
  2. Telenovela (Drama Bersiri)
    • Telenovela Terbaik
    • Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik
    • Pelakon Wanita Telenovela Terbaik
    • Pengarah Telenovela Terbaik
    • Penulis Skrip Telenovela Terbaik
    • Sinematografi Telenovela Terbaik
    • Penyunting Telenovela Terbaik
  3. Telefilem
    • Telefilem Terbaik
    • Pengarah Telefilem Terbaik
    • Penulis Skrip Telefilem Terbaik
    • Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik
    • Pelakon Wanita Telefilem Terbaik
    • Pelakon Pembantu Telefilem Terbaik
  4. Filem
    • Filem Terbaik
    • Pengarah Filem Terbaik
    • Penulis Skrip Filem Terbaik
    • Pelakon Lelaki Filem Terbaik
    • Pelakon Wanita Filem Terbaik
    • Pelakon Pembantu Filem Terbaik
  5. Lagu Tema Terbaik
c) Anugerah Khas
  1. Primadona Telenovela
  2. Pelakon Kanak-Kanak Pilihan
  3. Stesen Penyiar Telenovela Popular
  4. Stesen Penyiar Telenovela Terbanyak
  5. Budaya, Nilai Kemasyarakatan, Seni dan Estetika
  6. Pelakon Harapan Telenovela
  7. Teknikal Produksi Terbaik
d) Anugerah Kemuncak
  1. Bintang Telenovela
  2. Ratu Telenovela
ATN9 kali ini membawa kelainan dengan turut memperkenalkan beberapa konsep baru dalam pengudian "online" dengan motto "Mengundi Sambil Menderma", hadiah untuk peminat bertuah dan Shop@Telenovela untuk karyawan, artis dan penggiat seni dan kreatif tempatan dalam memasarkan produk mereka.

Bagi peminat yang mengundi di dalam kategori popular, anda berpeluang untuk memenangi HADIAH BULANAN, BONANZA dan HADIAH KHAS.


Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang berlangsung di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) sehingga 4 Jun 2023, pengundi-pengundi bertuah yang membuat pengundian di WTCKL berpeluang mendapat hadiah-hadiah harian menarik yang disediakan sepanjang Pesta Buku ini.

Selain dari hadiah Bonanza, acara kali ini turut dimeriahkan lagi dengan memperkenalkan shop@Telenovela sebagai platform e-dagang Telenovela bagi memperluaskan usaha pemasaran produk-produk kreatif penggiat seni tempatan ke mata dunia.

Pengundian Atas Talian (Online) bagi Fasa 1 dibuka kepada peminat menerusi laman portal https://www.telenovela.my bermula 27 Mei 2023 bagi memberi peluang kepada peminat tegar untuk mengundi karya-karya adapatasi "Book2Screen", iaitu dari novel ke telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem. Berikut merupakan tarikh undian atas talian mengikut fasa:

Fasa

Tarikh Dilancarkan

Pertama (Pencalonan Penuh 46 telenovela (drama bersiri), telefilem dan filem)

27 Mei 2023

Kedua (Top 20)

Julai 2023

Ketiga (Top 10)

Ogos 2023

Keempat (Top 5)

September 2023

Grand Finale

Oktober 2023

 
 

Senarai penuh pencalonan Anugerah Telenovela Ke-9

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com