Selasa, 27 Disember 2022

Ais Kepal Bingsu by Kak Zai Yang Penuh Buah-Buahan Segar di Baling, Kedah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Benda sedap dan viral macam ni tak elok simpan lama-lama dan sorang-sorang kan. Mesti kena bagitahu satu dunia. Benda takde lah baru pun tapi cara olahan dan penampilannya membuatkan LeYa rasa terpanggil nak kongsi. Hehe... Bukan LeYa je ye tapi all the Malaysian memang suka hunting makanan sedap dan viral. Jadi, jom lah kita tengok apa yang best tu.


LeYa dapat tahu Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni dari rakan-rakan yang stay kat sana. Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni terletak di Pekan Kupang, Baling, Kedah bersebelahan dengan Maahad Tahfiz Akademi Baitussalam. Kisahnya Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni tercetusnya idea sewaktu pemilik iaitu Pn Zai Azna kehilangan kerja kerana wabak pandemik Covid-19. Dengan kepayahan dan kesabaran yang dilalui, hari ini Ais Kepal Bingsu by Kak Zai menjadi trending di Baling, Kedah.


Ais Kepal Bingsu by Kak Zai semakin mendapat tempat dalam kalangan peminatnya kerana limpahan buah-buahan yang mereka sediakan amatlah banyak dan semestinya fresh. Malah bukan setakat Ais Kepal Bingsu je, Kak Zai sendiri bijak menambah menu tambahan iaitu aneka pilihan bakso untuk dinikmati sewaktu petang-petang santai bersama keluarga mahupun rakan-rakan.


Tiada sebab untuk korang tidak mencuba Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni. Ini kerana ia adalah pencuci mulut ais kisar manis yang sangat enak. Ais dikisar sangat halus sehingga teksturnya macam gula-gula kapas. 

Dengan memiliki tekstur yang licin, gebu dan sejuk, LeYa pasti korang akan rasa seerti memegang segumpal salji tetapi ada banyak topping manis. Ya! Sudah pasti ia menyelerakan! 


Dalam pada masa yang sama, korang boleh juga rasa-rasa keenakan aneka bakso seperti Bakso Beranak, Bakso Mercun, Bakso Mangkuk, Bakso Special dan Bakso Biasa. Memang confirm terangkat dan padu lah layan bersama Ais Kepal Bingsu by Kak Zai


Lupa lak nak bagitahu kan. Apa yang LeYa sempat order dari Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni. LeYa memilih perisa Buah Campur, Anggur, Milo Strawberry dan juga Mango Cheese Leleh. Portion dia memang sangat banyak dan puas hati makan.


Tengok lah tu! Wajah-wajah pelanggan yang makan kat situ pun happy je sebab dapat tunaikan hajat masing-masing nak menikmati keenakan Ais Kepal Bingsu by Kak Zai

Alhamdulillah... Perut pun dah kenyang dan kesejukan. LeYa pun dah kongsi dengan korang serba sedikit tentang Ais Kepal Bingsu by Kak Zai ni. Jadi, jangan tak singgah tau! Memang rugi nanti. #Jangancakaphakaktakpayung ye...


Alamat
Pekan Kupang, 09200 Kupang, Baling, Kedah
(Bersebelahan dengan Maahad Tahfiz Akademi Baitussalam)

Waktu Operasi
Setiap hari dari jam 11.30 pagi - 6.00 petang

Selamat Menikmati Ais Kepal Bingsu by Kak Zai

2 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com