Ahad, 31 Julai 2022

Terokai Pengalaman Menarik Era Jurassic Di Jurassic Dinosaur Adventure Park, Pavilion Bukit Jalil

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Kali ni LeYa nak kongsi Day Trip LeYa ke Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur bersama saudara mara LeYa ke Jurassic Dinosaur Adventure Park. Kalau korang nak tahu ia adalah yang pertama di Malaysia dan dibuka khusus untuk kanak-kanak merasai pengalaman dan alami sendiri permainan interaktif tertutup bersama pelbagai spesis dinosaur dari zaman prasejarah. Jom, ikuti selanjutnya!

Kita tahu dinosaur amat popular di kalangan kanak-kanak kerana ia merupakan makhluk yang mempesonakan dan hanya boleh dijumpai di dalam buku dan filem. Jadi, KKday, sebuah peneraju platform pengalaman pelacongan Asia membawakan khas Jurassic Dinosaur Adventure Park ke Malaysia untuk memberi pengalaman kepada para pengunjung di era Jurassic.

Taman tema ini menampilkan pelbagai jenis dinosaur animatronik dengan saiz sebenar dan menggambarkan kehidupan di habitat mereka serta mampu bergerak dan menghasilkan bunyi yang menggerunkan. Korang yang datang boleh bergambar sakan bersama dinosaur-dinosaur ni.



Jurassic Dinosaur Adventure Park dibuka sehingga 31 Ogos 2022 bertempat di Pavilion Bukit Jalil. Korang bolehlah datang dan bawa anak-anak untuk alami keriangan di taman tema ini dan terdapat pelbagai aktiviti dan sukan menarik yang menyeronokkan turut disediakan. Jom kita tengok apa aktiviti yang ada!


Hutan Pra-Sejarah

Melangkah sahaja masuk, korang akan terpegun melihat pelbagai jenis dinosaur yang seakan-akan hidup dan menyambut kedatangan korang dengan ngauman mereka! Korang dibenarkan untuk berswafoto tetapi awas, jangan sampai digigit ye!




Menunggang Dinosaur Favourite Korang

Kat sinilah korang jangan lepaskan peluang tau! Korang kena alami pengalaman menunggang dinosaur pilihan korang dan pegang erat-erat agar tidak jatuh.



Keretapi Express Dino

Jom semua! Naik keretapi! Choo Choo! Ini bukan keretapi biasa-biasa tau korang. Dengan Dino Express, korang pasti alami pengalaman di luar jangkaan.



Gelongsor Gunung Berapi

Keadaan hangat di gunung berapi! Jom bergelongsor di gelongsor 3 meter untuk lari-lari dari lahar yang panas mendidih! Ayuh! Masa tidak menunggu kita!


 

Jangan Biarkan Kaki Korang Tersentuh Lava Trampoline!

Lahar memenuhi lantai! Permainan imaginasi zaman kanak-kanak menjadi realiti dengan ruang trampolin gunung berapi. Ayuh! Kita tengok setinggi mana anak-anak korang melompat untuk mengelak lantai lahar.


Ruang Permainan Menggali Tulang Dinosaur

Baiklah! Kepada pengembara-pengembara kecil. Tiba masanya untuk korang ambil penyodok dan gali untuk mencari tulang dinosaur. Adakah anak-anak korang mampu mencari kesemuanya? Jom saksikan gelagat dan telatah mereka!


Permainan Menembak Dino Hunting

Sedia, tembak! Uji penggunaaan senapang atau pistol korang dengan permainan menembak di taman tema kembara ini.

Istana Belon Udara Dino Jungle

Kita menjelajah pula taman lantun Dino Jungle dan alami keriangan! Istana belon udara ni menyerupai muka bumi zaman pra sejarah tau.


Ball Pit Interaktif

Korang pasti teruja dengan ball pit yang menarik ni. Keistimewaan ball pit ni, ianya didatangkan bersama skrin interaktif yang menggalakkan korang melontar bola ke arah gol di skrin.

 

Gaung Teka-Teki Binaan

Interactive Fun Slide (Gelongsor Interaktif Keriangan)

Gelongsor keriangan ini akan membuatkan anak korang tidak berhenti bermain. It's a fun!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom cepat-cepat booking tarikh yang korang nak dan datang untuk rasai pengalaman bersama Dino!

Harga tiket seperti berikut:

Tiket

Harga

Harga Hari Biasa

RM 55

Harga Hari Minggu

(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)

RM 60

*Harga untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sama. Disarankan untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas
**Tiket Hari Biasa adalah untuk sesi sehari, manakala Hari Minggu terhad kepada slot masa tersedia

Jimat sehingga RM28 dengan pakej pembelian 4 tiket

Tiket

Harga

Harga Hari Biasa

RM 196

Harga Hari Minggu

(termasuk cuti am, malam cuti am dan cuti sekolah)

RM 212


  • Tiket Hari Biasa dan Hujung Minggu boleh didapati dengan  diskaun 50% pada 8 dan 9 Ogos 2022 dengan menggunakan kod promosi DINO8. 
  • Korang juga boleh nikmati diskaun 50% untuk Pas 1-Hari pada Hari Biasa dengan pembelian minimum sebanyak 4 tiket menggunakan kod promosi DINO50. 
  • Sah dari hari ini sehingga 31 Ogos 2022. 
  • Tiket boleh digunakan serta merta atau pada tarikh yang berlainan, sila pastikan anda manfaatkan promosi ini dengan menempah tiket anda dengan awal supaya dapat menikmati pengalaman jurassic yang luar biasa.
  • Tiket sah sehingga 31 Ogos 2022

Untuk pembelian, sila klik pautan 


Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari

Website

Facebook

9 ulasan:

  1. Balasan
    1. Memang best! Jangan lupa tag LeYa kalau pergi ye.. Hehe...

      Padam
  2. seronok sungguh la kalau budak2 dapat ke sini kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... (upinipin kata) Sampai ada yang taknak balik duk punya syok main tu

      Padam
  3. Baru tahu ada urassic Dinosaur Adventure Park kat Pavi ni. Budak budak lah paling seronok kalau pergi tempat macam ni. Bagus jugak tu banyak aktiviti selain tengok Dino saja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul3x... Memang budak² tak ingat nak balik bila dah datang sini

      Padam
  4. Wahh best nyaaaa seronok budak2 kalau masok kat sini. Memang duk dalam 1 hari suntuk lah baru berbaloi hehe

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com