Friday, 20 November 2020

Review Filem Mulut Masin Di Pawagam Rumah Astro First

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kita tahu sekarang ni tengah naik mendadak kes pandemik Covid-19 di negara kita dan kerajaan mengambil kata sepakat untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi hampir kesemua negeri di Malaysia. Jadi, jika tiada urusan penting ni, eloklah kita duduk diam di rumah dan lakukanlah aktiviti menarik bersama keluarga seperti yang LeYa buat hari ini iaitu menonton Filem Mulut Masin yang baru sahaja ditayangkan semalam (19/11/2020) di saluran 480 Astro First.

Apa yang menarik filem ni? Jom ikuti sedikit spoiler dari LeYa. Hahahaha...

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Mulut Masin merupakan sebuah filem komedi seram 2020 terbitan Astro Shaw dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Ia bukan sahaja mempamerkan kredibiliti beliau sebagai seorang pengarah berbakat besar, malah turut menguji kreativitinya apabila diberi peluang buat kali pertama untuk mengarah filem yang melibatkan pelakon-pelakon cilik sebagai teraju utama dan juga cabaran ketika menjalani sesi penggambaran dalam tempoh PKP.

Ia mula ditayangkan di saluran pawagam rumah, Astro First pada 19 November 2020 dan dijayakan oleh pelakon kanak-kanak cilik sebagai penggerak utama seperti Jay Nazif, As'ad Motawh, Danish Hazriq, Muzzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman. Turut dibantu barisan pelakon terkenal seperti Faradhiya, Maria Farida, Lan Pet Pet, Khatijah Tan, Aloy Paradoks, Dee Al-Hadi, Azman Hassan, Bohari Ibrahim dan Amir Ameezan.

Sinopsis Filem Mulut Masin

Lima orang sepupu merasakan diri mereka telah disumpah dengan sumpahan mulut masin arwah nenek kerana telah menghilangkan surat wasiat nenek. Mereka berusaha untuk membatalkan sumpahan tersebut dengan mencari semula wasiat yang telah hilang sebelum sumpahan itu memecah-belahkan keluarga mereka. Pelbagai insiden telah berlaku kepada mereka berlima dan tanpa sedar gerak geri mereka diperhatikan.

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Review Filem Mulut Masin

Naskhah Ringan yang diangkat hasil sentuhan Razaisyam Rashid, sebuah filem yang menyentuh hati penonton tentang pengorbanan seorang kanak-kanak berusia lingkungan 10 tahun untuk menyatupadukan tali persaudaraan keluarganya setelah kematian neneknya. Terlalu banyak maksud tersirat yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup kita seharian.

"Sepupu Sedarah, Sehidup Semati!"

Jalan cerita yang mudah difahami. Ajib (Jay Nazif) yang merupakan anak yatim piatu kerana telah kehilangan Ibu dan Ayahnya, kini telah hilang pula tempatnya bergantung iaitu nenek. Segala nasihat nenek didengari dan dipahatkan di dalam hati. Ajib bersama empat sepupunya berusaha mencari semula wasiat yang telah hilang itu sebelum Pak Long dan Mak Ngahnya memarahi mereka.

Mereka berlima iaitu Ajib, Azan (Danish Hazriq), Boyot (Muzzayyin Mahyuddin), Roy (As'ad Motawh) dan Ayu (Cassia Iman) berusaha keras mencari wasiat tersebut. Sebagai seorang kanak-kanak, pasti pelbagai perasaan bercampur baur apabila mengetahui sumpahan itu benar-benar terjadi. 

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Adakala, takdir Allah melebihi dari apa yang kita fikirkan. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Segala wasiat yang dicari itu sebenarnya adalah ikatan silaturrahim sesama keluarga yang semakin renggang hari ini. Ibu Bapa sibuk dengan kerja-kerja. Anak-anak terbiar. 

Pengembaraan Ajib dan sepupunya mencari wasiat nenek terjawab olehnya sendiri ketika keluarganya hampir berpecah-belah. Ajib kembali bangkit dan berbaik semula.
"Nenek tak ada... Ajib ada! Boyot dan Azan ada. Kita semua ada!"
Itulah yang dicari sebenarnya. Sebuah kekeluargaan yang mempunyai ikatan cukup erat adalah harta yang paling bernilai. Jadi, kenapa tidak di waktu kita duduk di rumah ini, kita eratkan kembali hubungan silaturrahim antara keluarga. InsyaAllah, keluarga bahagia, kehidupan harmoni.

Kredit Photo : Instagram Astro Gempak

Jangan lupa untuk saksikan filem Mulut Masin yang penuh ceria dan banyak pengajaran di pawagam rumah anda, Astro First. Untuk melanggan, sila ke saluran 480 dan ikuti langkah yang tertera. Anda juga boleh strim Mulut Masin di Astro Go dan Astro On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang dan boleh bergelak-tawa melihat telatah kanak-kanak cilik ini bersama ahli keluarga. 


~ SELAMAT MENONTON ~
Reaksi kOrang:

15 comments:

  1. mcm best cerita ni. semoga menjadi box-office nanti mengatasi Mael Totey The Movie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Siapa lagi kalau tak kita memartabatkan filem tempatan.. Hee..

      Delete
  2. Cerita macam ni selalunya best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yezza.. Sementara boleh ulang2x tengok ni, LeYa memang tengok berulang-ulang..

      Delete
  3. Budak2 mesti suka ni. Nak langgan jugak la. Bagi anak tengok. Bosan dah diaorang asyik mengadap buku je. Dah la tak boleh keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... Betul3x.. Ada juga aktiviti menarik lain yg mereka boleh buat.

      Delete
  4. semoga covid-19 segera hilang dari muka bumi

    ReplyDelete
  5. allbesttools is a site where you can find tools reviews. It's the best place to choose best tools.

    ReplyDelete
  6. Alltopbios is a site where you can find the true knowledge. It's the best place to get good information.

    ReplyDelete
  7. Bestopedia is a site where you can find the true knowledge. It's the best place to get good information.

    ReplyDelete
  8. Reviewsset is a site where you can find the true review. It's the best place to get tips and best reviews.

    ReplyDelete
  9. Bila dh baca sinopsis jalan cerita ni . Macam menarik pulak filem ni . Tak sabar la nak tengok

    ReplyDelete
  10. Boleh tgk sama2 dengan Syafi ni. Banyak pengajaran boleh diambil kan.

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com