Ahad, 3 Mei 2020

7 Tempat Makan Sarapan Pagi Yang Menarik Di Sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Hari ini dengan kesibukan kerja yang kita lalui, hampir ramai yang lupa dan buat-buat lupa untuk bersarapan pagi. Tapi sebenarnya, tahukah anda yang sarapan pagi amat penting dalam kehidupan kita? Sarapan pagi yang membekalkan tenaga kepada kita seawal memulakan kerja untuk lebih kekal aktif dan efisyen. Dengan kehidupan di bandar mentropolitan Kuala Lumpur yang pesat ini, sudah tentu terdapat banyak tempat makan menarik yang anda boleh dapati.

Pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan, Western, Korean, Thai, Japanese dan banyak lagi boleh didapati di sini. Boleh dikatakan restoran-restoran di Kuala Lumpur tumbuh bak cendawan yang menjadi tumpuan ramai di sini. So, kat mana tempat sarapan pagi yang menarik di Kuala Lumpur?


Nasi Lemak memang sinonim dengan budaya rakyat Malaysia terutama orang Melayu. Sebut sahaja nasi lemak, sudah terbau aromanya yang memukau dengan disajikan bersama sambalnya yang pedas, kacang tanah dan ikan bilis goreng rangup, timun yang segar dan telur rebus serta nasinya yang berlemak. Ditambah lagi dengan teh tarik sebagai minumannya sudah tentu menambah selera sesiapa yang menikmatinya.

Walaupun begitu, jika anda mungkin tidak berminat atau sudah bosan dengan nasi lemak, anda juga boleh cuba menikmati sarapan pagi di restoran makanan segera yang tidak kurang hebatnya. 


Yang menariknya, anda tak perlu risau kerana anda boleh menggunakan khidmat fast food delivery Malaysia. Ianya mampu membantu hari-hari anda dengan sarapan pagi yang sangat enak. 

Jom lihat 7 tempat makan sarapan pagi di sekitar Kuala Lumpur yang best untuk anda .

#1 Restoran McDonald's

Ada orang wajib ada menu telur dalam hidangan sarapan mereka. McDonald’s turut mendapat ilham daripada menu kegemaran rakyat Malaysia. Kini penggemar telur boleh nikmati Scrambled Egg Sandwich dan Sausage & Scrambled Egg Sandwich. 

Dua menu ini boleh didapati dimana-mana cawangan McDonald’s sekitar Kuala Lumpur dan harganya bermual dari RM8.50 untuk set sarapan pagi yang dihidangkan bersama hashbrown dan McCafe Premium Roast Coffee. 


#2 Restoran My Makan

My Makan yang terletak di Bukit Antarabangsa juga adalah tempat sarapan pilihan warga kota. Boleh dikatakan semua jenis juadah boleh anda dapati di sini termasuklah hidangan western. Hidangan berasaskan udang galah di sini cukup special. Ia termasuk mee udang dan udang galah ala Barat, nasi udang galah berlado. Portionnya banyak dan saiz udangnya memang besar.
 
#3  Restoran Subway

Di Subway mengamalkan konsep ‘Makan Yang Segar’ di pagi hari cukup mudah untuk hari anda, di mana anda boleh mendapatkan sandwich telur di atas tortila yang penuh dengan sayur-sayuran. 

Jika anda mengamalkan sandwich setiap pagi, ianya dapat mengelakkan daripada terkena penyakit jantung. 


#4 Restoran Patatimo

Untuk penggemar masakan dari Pantai Timur, anda boleh terjah ke Restoran Patatimo. Juadah heba seperti nasi dagang, nasi kerabu, dan kuih muih dari Pantai Timur memang menyelerakan. 

Pada waktu pagi anda boleh menikmati roti canai, roti bakar, nasi dagang, dan berlauk ikan tongkol. Restoran ini tidak tidak pernah lekang dengan kehadiran pelanggan. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati makanan asli Pantai Timur.

#5 Ikea Damansara

Sepinggan nasi lemak, ayam goreng dan otak-otak hanya RM3. Kopi yang refillable. Selain itu juga, mereka mempunyai hidangan lain seperti mee goreng, ayam goreng, bihun goreng, salad, jus, meatball yang dijual dengan harga bermula RM1. 

Macam tak percaya tapi itulah hakikatnya. Jika masih tak percaya juga boleh lihat contoh menu makanan dengan harga yang ditawarkan melalui banner di bawah. 


#6 Restoran Kentucky Fried Chicken (KFC)

Sebut sahaja KFC, semua orang pasti mengenalinya. Bagi anda yang menggemari sarapan ringkas dan pantas, anda boleh memilih pelbagai hidangan ‘Grab N Go’ seperti Egg Riser, Zinger Riser dan Twister Lite. Tidak ketinggalan juga hidangan sarapan pagi yang paling populur di KFC iaitu Bubur Zinger. 


#7 Nasi Kak Wook

Asyik nasi lemak dan roti canai sahaja, apa kata tukar selera untuk mencuba menu sarapan yang lain pula? Untuk itu, singgah sahaja di restoran Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju ini. Semestinya menu yang boleh didapati ialah Nasi Kak Wook. Ramai pelanggan mengakui yang menu tersebut rasanya persis dengan Nasi Kak Wook di Kelantan, memang best!


Best bukan 7 tempat makan sarapan pagi di sekitar Kuala Lumpur? Jadi anda tidak perlu risau lagi untuk bersarapan di setiap pagi. Malah hari minggu, anda turut boleh menggunakan khidmat untuk menghantar makanan sarapan pagi anda.

Sebagai seorang warganegara Malaysia, memang rasa happy sangat sebab ada banyak jenis makanan. Tetapi untuk nak keluar makan di restoran pilihan memang sangat sukar untuk keselamatan. 

Apapun, untuk anda yang makan itu ini tanpa perlu keluar dari rumah, bolehlah gunakan perkhidmatan fast food delivery by Foodpanda ini! Jom makan makan. 

10 ulasan:

  1. dah lama tak makan nasi kak wok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah try dengan cara delivery sekarang ni..

      Padam
  2. Nasib baik duk jauh.. Kalau duk area kl memnag dha guna servis foodpanda nak merasa semua makanan yang Leya share ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..betul3x.. Terliur rasa dekat tekak ni nak menikmatinya

      Padam
  3. Semua kita suka tapi time puasa ni tak boleh nak pergi hehehe paling best Nasi Kak Wok lah wakakakaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasi Kak Wok tu memang legend wooo... Memang tiada tandingan.. Yummy!

      Padam
  4. sedap2 belaka tapi tahun ni mmg kurang membeli lauk pauk sbbnya kat rumah ada 4 tukang masak..tapi side dish mcm kuih muih tu ada la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! Memang terbaiklah anak2 Kak.. Semuanya dah boleh diharap.. Ringan beban kerja umminya.. Hehe..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com