Thursday, 14 May 2020

Zamani dan KRU Music Lancar Lagu Raya Berjudul "Syawal Ini"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Setelah berkali-kali menunda tarikh rakaman dan penerbitan bahan-bahan promosi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak bulan Mac lalu, akhirnya KRU Music mengumumkan pengeluaran single terbaru Zamani berjudul "Syawal Ini" yang sudahpun dicipta pada Februari 2020.


Bilamana PKP ditukar ke PKPB oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei, Zamani dan tenaga kerja penerbitan KRU Music berjaya menyelesaikan kerja-kerja rakaman yang bermula pada 4hb Mei dan menyiapkan bahan-bahan pemasaran dalam tempoh seminggu. 

Lagu ciptaan Neo dan terbitan Bajai ini mengisahkan tentang keinsafan dan kesyukuran seorang insan kerana masih dapat meraikan Syawal walaupun mengharungi pelbagai cabaran. Ianya turut mengenangkan ibubapa yang kini telah pulang ke rahmatullah serta doa seorang anak yang amat merindui mereka.
Saya bersyukur kerana mendapat kerjasama baik dari keluarga KRU Music yang bertungkus-lumus menghasilkan lagu Aidilfitri saya ini. Sesungguhnya lagu ini menyentuh perasaan saya sendiri kerana lirik lagu ini mencerminkan kisah kehidupan saya apatah lagi mengenang arwah ibu dan bapa saya yang telah pergi.” ujar Zamani.
Menurut Dato’ Norman Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif KRU MusicPihak kami amat berbesar hati diatas kesudian Zamani menjalinkan kerjasama dengan pihak kami sekali lagi. Walaupun KRU sendiri pernah menulis 2 buah lagu untuk kumpulan Slam pada tahun 90an, keakraban saya dan Zamani mula lebih erat sejak penganjuran konsert solo Zamani di KL Jamm pada tahun lalu. Saya melihat sokongan peminat setia Zamani begitu menyerlah ketika konsert tersebut dan dalam menyusunkan strategi kami mempelbagaikan genre muzik KRU, terhasillah lagu “Syawal Ini”. Semoga lagu ini turut menjadi lagu Raya klasik untuk generasi kini dan yang akan datang”.

"Syawal Ini" kini sudahpun mula dijual di iTunes dan akan diedarkan ke semua platform digital lain mulai 19hb Mei 2020.

Maklumat lanjut boleh layari

Website

Facebook

atau ikuti perkembangan aktiviti pemasaran Zamani melalui Instagram dan Facebook “iamzamani.offical”

KRU Music
Reaksi kOrang:

2 comments:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com