Isnin, 16 Julai 2018

McDonald's Malaysia Anjurkan All-You-Can-Eat D24 Durian McFlurry Di Seluruh Negara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Bagi pencinta Durian ini ada satu berita menyeronokkan! Apa kata korang bersiap sedia untuk menikmati secara free-flow D24 Durian McFlurry di seluruh restoran Mcdonald's Malaysia. Pada hari Selasa iaitu 17 Julai 2018, semua restoran McDonald di Malaysia akan memberikan satu jam untuk dua sesi kepada pencinta durian seluruh Malaysia. D24 Durian McFlurry adalah satu produk paling laris di McDonald's. Diadun dengan vanilla soft serve mixed bersama durian D24 sebenar, ia mampu memberikan satu kepuasan dan kenikmatan kepada pencinta durian.

Dua sesi setiap satu jam secara eksklusif yang tidak pernah dilakukan sebelum ini akan bermula pada jam 3-4 petang dan 5-6 petang di semua restoran McDonald's. Pendaftaran akn bermula sekitar jam 2.30 petang untuk Sesi 1 dan 4.30 petang untuk Sesi 2 dengan hanya pelanggan perlu membayar RM10 untuk setiap orang dewasa atau kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun. Kanak-kanak di bawah umur 3 tahun yang juga merupakan peminat durian akan diberikan makan secara PERCUMA! Pembayaran penuh perlu dilakukan sebelum para pelanggan menikmati keenakan D24 Durian McFlurry yang penuh berkrim.


Para pelanggan yang bertuah ketika menyertai sesi ini akan duduk di kawasan yang ditetapkan di restoran dan boleh mengisi semula D24 Durian McFlurry tanpa had selama sesi itu dijalankan. Peminat D24 Durian McFlurry perlu diberi perhatian bahawa setiap jam hanya terhad kepada 20 orang (First come first serve).

Tawaran eksklusif ini sah kepada pelanggan yang makan di restoran sahaja. Mereka yang menginginkan rasa durian D24 asli digalakkan untuk membuat perancangan datang awal pada 17 Julai ini.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web atau Facebook McDonald's di https://www.mcdonalds.com.my/

Follow juga kegilaan Durian McFlurry di media sosial dengan hashtag #DurianMcFlurry.

14 ulasan:

  1. Wajib pergi kalau dah pencinta durian tu, sedapp sangat nii

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Ok esok lepas kerja kene terus pergi McD la..hehe..

      Padam
    2. oh 20 org je per session ..sure rmi nk try tu utk yg blum try... dh bli ms awal kuar aritu time raya tp yg 2nd time mcd kuarkan ni tk seummmppphhhh ms yg 1st time dlu....yg 1st time dlu lg sodap rsnya..

      Padam
    3. Confirm ramai punya... Hehe.. Takpe...takpayah tunggu session ni pun, kalau dah minat durian tu, sekarang pun boleh pergi dapatkannya

      Padam
  2. Confirm beratur panjang. Selamat kak ana dah dah sempat rasa. Tak lh rasa kempunan nanti.hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.... Dah tak larat nak makan durian dah... Banyak sangat

      Padam
  3. 1st launch dulu kak ana rasa dah, memang sedap banyak rasa duriannya. Ada rezeki nanti bileh lah sekali lagi ke MCD :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup... Memang lah sedap kan.. Nama pun durian... Raja segala buah yang digilai ramai ni..hehe

      Padam
  4. Tak sempat nak merasa lagi...leya banje la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe...boleh3x... Nanti datang seri kembangan ye...

      Padam
  5. Balasan
    1. Dah nama durian... memang sedap tuh Cik Yaya... Hehe..

      Padam
  6. Kena try ni.....tengok pun dah terliurrrr....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah... Cepat Mat Drat... Gi makan Durian McFlurry ni ye..

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com