Isnin, 3 Ogos 2015

HOMESTAY MELAKA - BARAKAH HOMESTAY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Siapa tidak pernah ke Melaka? Setahu LeYa ramai di kalangan kita sudah pun ke Melaka Bandaraya Bersejarah ini. Bandar warisan negara Malaysia. Melawat negeri Melaka sama seperti melawat Malaysia. Percutian kali ini memberikan satu peluang penginapan yang murah dan selesa yang terdapat di negeri Melaka. 

Homestay Barakah yang terletak di Durian Daun, Melaka


ALAMAT

HOMESTAY BARAKAH DURIAN DAUN DALAM

No. 15 A, Lorong Hj Nekmat Durian Daun Dalam, 75400 Melaka.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:-
  • Bilangan Rumah: 5 buah (4 buah rumah mempunyai 3 bilik & Sebuah rumah mempunyai 2 bilik).
  • Parking Lot Berbumbung.
  • 1 bilik ‘standard’ katil queen dengan penghawa dingin (aircond) dan kipas angin serta bilik air.
  • 1 bilik ‘standard’ katil queen dengan penghawa dingin (aircond) dan kipas angin.
  • 1 bilik ‘standard’ katil queen dua tingkat katil single dengan kipas angin.
  • ruang tamu yang besar dengan kelengkapan sofa dan TV
  • Meja makan 6 tempat duduk
  • Sterika dan alas sterika
  • kemudahan ruang dapur untuk memasak
  • Ruang laman yang luas, sesuai untuk BBQ

LOKASI

– Bertempat di Durian Daun Dalam, sangat mudah dikunjungi
– Berhampiran dengan Restoran Makan Malam dan Tengah Hari
– 5 km ke pusat bandar Melaka
– 15 minit dari Melaka Sentral
– 20 minit ke Jonker Street dan ‘Core Zone’ tapak – warisan dunia
– 20 minit ke Mahkota Parade, Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari
– 10 Minit ke Taman Peranginan di Ayer Keroh

KADAR HARGA

– Hari Biasa (Isnin hingga Ahad) = RM 250.00
– Promosi Bulan Kemerdekaan = RM220/malam 
   sarapan pagi disediakan untuk percutian keluarga sahaja (5/6 orang ahli keluarga sahaja)


HUBUNGI
HP: 016-3963740 (Fikry)




Bilik Utama, Katil Queen


Bilik Tidur 2, Katil Queen


Bilik Tidur 3, Katil Queen Dua Tingkat


Ruang parkir kereta berbumbung

Jumaat, 10 Julai 2015

Kad Raya Dari Emas Putih dan Sheda Ucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam Ramadhan juga buat semua umat Islam. Sekejap sahaja Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita. Pantas sahaja waktu berlalu sekarang ni..

Alhamdulillah... minggu ni LeYa pulang ke rumah ibu ayah LeYa di PD. Lama betul rasanya tak balik rumah sendiri ni.. hehe... Almaklumlah sekarang kena dibahagi dengan tiga rumah. Rumah ibu ayah di PD, rumah mertua di Melaka dan rumah sewa sendiri di Cyberjaya. Kadang-kadang suami akan bali ke sana. Jadi, sebab itu LeYa tak balik ke PD mahupun Melaka.

Kad Raya

Sesampai sahaja LeYa di PD, LeYa menuju ke ruang kamar kesayangan LeYa dan perhatikan ada dua pucuk surat di atas meja komputer. LeYa membukanya dan mendapati Kad Raya dari dua orang blogger terkenal iaitu Emas Putih a.k.a. Uzu dan Sheda Ucu. Sangat teruja dapat menerima kad raya dari mereka. LeYa pasti korang dah pun kenal dengan mereka berdua ini.

 Emas Putih a.k.a. Uzu
Header blog Uzu. Nak tahu lebih details boleh klik pada gambar untuk ke laman blog beliau. 

Sheda Ucu
Ini pula kisah Sheda Ucu. Beliau ni sangat kreatif. Beliau menjalankan perniagaan merekabentuk laman blog, t-shirt dan banyak lagi. Boleh layari blog beliau untuk kenali lebih rapat.


Kenapa LeYa suka dan teruja dengan kad raya? 

LeYa rasa lebih meriah raya ni kalau kita terima kad raya dari SMS/Whatsapp yang hanya di copypaste dan di hantar semula oleh semua kenalan. Melalui kad raya, kita sendiri yang akan tulis di ruangan pada kad itu. Dan kita juga boleh simpan seberapa lama kad-kad raya dari kawan-kawan kita. Tidak seperti message2 pada telefon kita. Apabila kita rasakan memory sudah berat, dengan automatiknya kita akan clear kan semua data termasuklah message raya yang baru sahaja kita dapat sebentar tadi. Dan ketika itu baru tersedar yang kita langsung tiada kenangan manis atau memori indah bersama coretan raya dari rakan-rakan. 

Khamis, 9 Julai 2015

Seminggu Lagi Nak Raya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Seminggu lagi kita umat Islam akan menyambut Aidilfitri yang akan kunjung tiba. Sudah pasti kaum ibu sibuk menyediakan persiapan raya, bertungkus lumus mengemas rumah, membuat pelbagai aneka kuih raya dan membeli pakaian baru untuk anak-anak yang akan dipakai di pagi raya nanti. Wahhh....seronoknya dengar kan. Meriah je rasa bila Aidilfitri menjelang kan. Memang seronok bila bercerita mengenai persiapan raya ni. Pasti panjang berjela kalau dikisahkan di sini.

Salam Aidilfitri

Alhamdulillah, tahun kedua LeYa beraya bersama suami tersayang dan pada tahun ini LeYa akan beraya di kediaman ibu dan ayah LeYa di Port Dickson. Hoooyyeeaahhh... balik kampung sendiri...

Berbaki 7 hari lagi Ramadan ini, jom kita sama-sama tambahkan Iman di dada, perbanyakkan amalan kebaikan, hindari segala perilaku buruk, mohon ampun maaf sekali lagi jika ada melakukan kesilapan terhadap semua orang. Dan jangan lupa tunaikan kewajipan kita bagi yang mampu untuk berzakat. Raya dah nak dekat ni....

Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri dari LeYa. 

******************************************

Nota Kaki:-
"Mengisi ruang kamar yang sepi tika malam ini, LeYa mendengar perlahan lagu-lagu yang berkumandang di Suria.fm. Tatkala lagu sedih dimainkan hati sayu bila mengenangkan diri jauh di perantauan. (Macam lah jauh sangat...hehehe...)"

Jumaat, 3 Julai 2015

Duit Raya RM50 Dari Cik EN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Wahhhh.... sana sini sibuk mengadakan giveaway sempena Hari Raya ni. Tahniah LeYa ucapkan kepada blogger yang menganjurkan giveaway untuk blogger-blogger baru dan juga yang lama kerana masih belum berjaya mencari nama di dunia blogging ini. Di kesempatan dan di awal pagi sahur ini, LeYa teruja untuk mengikuti sama perkembangan dalam arena GiveAway yang sedang rancak dlakukan oleh para blogger dengan memberi pelbagai hadiah-hadiah yang lumayan kepada para peserta. 

Jom semua kita support blogger. Kita join giveaway ini ye. 


Giveaway dari Cik EN yang sedang hangat berlangsung dan akan tamat pada hari ini juga jam 12.00 tengah hari... Hehe... masih sempat lagi LeYa join di awal pagi Jumaat ni kan.. Pemenang bertuah akan memenangi duit raya dari Cik EN bernilai RM50 dan juga hadiah sampingan buat peserta lain yang telah mendapat tempat di hati Cik EN sebagai para pemenang seterusnya.

HADIAH

Hadiah Utama : Duit Raya rm50
10 Hadiah saguhati : Kad Raya 2015 Cik EN
yang lelain akan dimasukkan bloglist dan sesiapa yang bertuah akan cik en review dan diberi keutamaan pada blog yang follower bawah 1000.

SYARAT
  • Terbuka blogger di MALAYSIA 
  • Follow blog ini dan page cik en kat SINI
  • Buat Entry Bertajuk "Duit Raya RM50 Dari Cik EN" dan Copy Kad Raya Cik EN kat atas itu dan linkkan ke entry ini
  • Pastu pastekan link entry yang dah dibuat di komen entry ini.
  • Untuk peserta di syaratkan mempunyai akaun MAYBANK, CIMB atau AMBANK sahaja (untuk transfer duit raya.. yeppii)
  • Tarikh Tutup 3 Julai 2015 ( jam 12.00 tengah hari)

INFO TAMBAHAN
  • Duit Raya akan di beri selewat-lewatnya 9 Julai 2015
  • Kad Raya akan di pos selewat-lewatnya 9 Julai 2015 
  • Bloglist pula akan dibuat pada 9 Julai 2015 
  • Review pula akan dibuat juga pada entry bertarikh 9 Julai 2015
  • Kesemua (kecuali review) akan dibuat melalui random di random.org

Selasa, 30 Jun 2015

Hilangkan Parut Dengan Mudah!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Parut!!! Oh Tidakkk!!! LeYa benci dengan kesan parut di kaki mahupun di mana sahaja di anggota badan. Kerana parut setitik, rosak mood LeYa sehari.. hehehe... (peribahasa baru dari LeYa). 

Parut adalah kesan atau bekas luka di anggota badan kita tidak kira terkena melalui kesan jahitan selepas kemalangan, parut jerawat dan juga terjatuh basikal. Pendek kata, parut merupakan kesan luka yang nampak di anggota badan kita yang mungkin membuatkan kita berasa rendah diri untuk berhadapan dengan masyarakat luar. Kesan parut ini amat mendalam. Bertahun-tahun lamanya telah terpalit di anggota tubuh badan kita. Bertahun lamanya ia telah serasi bersama. Tidak tahu cara atau kaedah penyelesaian untuk menghilangkan kesan parut yang tertinggal itu.


Kini, tidak lagi. Dengan terciptanya formula-formula ubatan yang mampu menghilangkan kesan parut, kita akan lebih senantiasa ceria dan tidak lagi merasa rendah diri untuk berhadapan dengan semua orang. 


1) AZANIS SCAR SERUM



Azanis Scar Serum | Satu produk yang kini mendapat nama di mata masyarakat untuk menghilangkan parut di tubuh badan kita. Parut bertahan lama akan hilang dalam masa sebulan. Antara produk-produk parut yang ada masa kini, Azanis Scar Serum adalah paling terbaik buat masa ini. Produk Azanis ini terlalu berkesan dan dapat menghilangkan kesan parut seawal 3 hari sehinggakan ramai pembeli 'repeat order' untuk mendapatkannya semula. Sangat-sangat berbaloi dan harga yang murah serta berpatutan untuk dimiliki. 

  • ✔ ΚΕЅΑΝNYA ЅΕΑWΑL 3 ΗΑRΙ !
  • ✔ Βеrkеѕаn ѕаngаt untuk раrut JERAWAT.
  • ✔ ЅΤRΕΤСΗ ΜΑRΚЅ di Pеrut, Pеhа, Dаdа DLL.
  • ✔ ΚΚΜ Νо. (ΝΟΤ150301588Κ) dаn Dіуаkіnі Ηаlаl.
  • ✔ Βоlеh раkаі ѕоlаt.
  • ✔ Βuаtаn Μаlауѕіа, kіnі mеndараt реrmіntааn tіnggі dі luаr nеgаrа.
Caranya sangat mudah untuk digunakan. Hanya dengan sapukan Azanis Scar Serum secara membulat pada kesan parut kita, dan lihat sendiri akan hasilnya. Cream Azanis Scar Serum ini digunakan sebanyak 2 kali sehari untuk menghilangkan kesan yang optimum dan menyingkirkan parut yang lama pada kulit muka dan badan. 


Formula yang dicipta khas ini memang bersesuaian dengan jenis kulit seperti berikut:-

• Kulit berminyak
• Kulit berjerawat bengkak dan bernanah.
• Kulit Kemerahan (Hypersensitive Skin)
• Mereka yang pernah pakai produk yang mengandungi Hydroquinon & Merkuri kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis (Kulitnya sudah nipis)


Antara Kandungan yang terdapat dalam Azanis Scar Serum adalah:-

OIL BASE
Paraffinum liquidum
Bisabolol
Triisononanoin
Cetearyl ethylhexanoate
Isopropyl myristate
Glycine soja oil
BHT
Helianthus annuus seed oil

BOTANICALS
Calendula oil
Rosemary oil
Lavender oil
Chamomile oil

VITAMIN
Vitamin E

Testimoni Pelanggan atau Pembeli terhadap Cream Azanis Scar Serum


Testimoni Pembeli
Customer yang sambung belajar di Sydney membeli tambahan produk Azanis untuk dibawa ke sana.

Harga
1 Kotak RM65 SM
1 Kotak RM70 SS



2) MEDERMA






Mederma | Terbukti secara klinikal dapat menghilangkan parut yang ketara di tubuh kita. Ia merupakan rawatan parut yang terkemuka di dunia selama lebih 10 tahun. Bagi mendapat kesan yang baik, sebaiknya disyorkan menggunakan ketika parut luka tertutup atau jahitannya sudah tertanggal. 

Harga 
20 g = RM39.50
50 g = RM74.50


3) BIO OIL 



Apa Itu Bio Oil? Apa pula kegunaannya? 
Bio Oil juga ubat untuk rawatan kulit yang membantu memperbaiki semula kulit agar kelihatan lebih licin dan lembut. Jadi, tidak ada lagi masalah kepercayaan diri yang rendah. Bio Oil merupakan "dry oil"  yang dengan cepat dapat menyerap dan membuat kulit kita tidak berminyak.

Keistimewaan bio oil
1. Hasil yang terbukti secara klinikal2. Vitamin A dan E3. Minyak Kalendula, Lavender, Rosemary dan Kamomil4. Tidak berminyak dan penyerapan yang cepat5. Sesuai untuk kulit yang sensitive6. Tiada pengawet7. Halal

Harga
Sebotol = RM35.00


Kesimpulannya, LeYa mencadangkan produk Azanis Scar Serum adalah produk yang patut korang miliki. Dari pembacaan LeYa dan testimoni pelanggan, sangat terbukti cream Azanis Scar Serum mampu menghilangkan kesan parut dengan cepat dan mengembalikan kulit kelihatan licin dan lembut dalam masa yang singkat. Untuk keterangan lanjut mengenai produk Azanis Scar Serum ini, LeYa mengalukan kedatangan korang semua untuk melayari laman web http://www.azanis.my/.




Ahad, 28 Jun 2015

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2015, EFG buat julung kalinya akan menambah 'havoc' suasana raya anda dengan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100.

Istimewanya, GIVEAWAY EFG MEGA RAYA ini turut menyediakan hadiah lumayan buat pemenang SEO yang berjaya menempatkan halaman web peserta di kedudukan teratas dalam senarai engine carian Google Malaysia (Google.com.my) menggunakan kata carian "Giveaway EFG Mega Raya".

Melalui giveaway ini, para peserta berpeluang untuk saling kenal-mengenali, seterusnya mengeratkan silaturrahim sesama blogger dalam meraikan hari raya pada tahun ini.

giveaway efg mega raya 2015

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :

SEO


RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang


RM100 x 1 pemenang


RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015



Syarat-syarat wajib :


1. Tulis entry yang bertajuk GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

2. Follow blog sponsor

4. Follow Instagram

5. Add facebook
6. Follow G+
7. Like facebook page
Helenz Signature Official

K.Rogers Butter Cookies by Zida dan Arif
Exchangefeedgroup
irrayyan.com Official FB

Arzmoha
Nik Ainaa
Amy Si Gadis Weird
Rahim Aim Channel

AIN Dramatic Uniq Blog

ShamieraOsment.com
CikGu NoraZimah
YanieYusuf
syirasophie.blogspot.com
Chenta Hati Saya
Diari Jejaka Hangat
Kumahuitu.blogspot.com
Official Pages "Qaseh Ku"
Shahira's blog
Akif Imtiyaz Official Blog
Isolabellaz
Eny Abdullah Cooking & Photography
PowergolD.BiZ
Papaglamz
MMD One Stop Centre
P.C.L
Blog BingkisanHati
Cikk mimin mera
Shaklee House Pantai TIMUR
Zulls Grill N Spices
Nota Purba
Nukilan Reena
Mia Zain
Kanvaskehidupanku
Mommy Yoorin
Sayidahnapisahdotcom
safuraonlinediary
Anajingga
Bicara Mummy
Aku Penghibur [dot] com
SIpanjangkata Likers



GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 RM3100

di sponsor oleh


Madeena Skincare by Helenz Signature Sponsor Giveaway EFG Exchange Feed Group Mega Raya 2015
Madeena Skincare by Helenz Signature
dan






EFG MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN ALMUBARAK