Jumaat, 10 Julai 2015

Kad Raya Dari Emas Putih dan Sheda Ucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam Ramadhan juga buat semua umat Islam. Sekejap sahaja Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita. Pantas sahaja waktu berlalu sekarang ni..

Alhamdulillah... minggu ni LeYa pulang ke rumah ibu ayah LeYa di PD. Lama betul rasanya tak balik rumah sendiri ni.. hehe... Almaklumlah sekarang kena dibahagi dengan tiga rumah. Rumah ibu ayah di PD, rumah mertua di Melaka dan rumah sewa sendiri di Cyberjaya. Kadang-kadang suami akan bali ke sana. Jadi, sebab itu LeYa tak balik ke PD mahupun Melaka.

Kad Raya

Sesampai sahaja LeYa di PD, LeYa menuju ke ruang kamar kesayangan LeYa dan perhatikan ada dua pucuk surat di atas meja komputer. LeYa membukanya dan mendapati Kad Raya dari dua orang blogger terkenal iaitu Emas Putih a.k.a. Uzu dan Sheda Ucu. Sangat teruja dapat menerima kad raya dari mereka. LeYa pasti korang dah pun kenal dengan mereka berdua ini.

 Emas Putih a.k.a. Uzu
Header blog Uzu. Nak tahu lebih details boleh klik pada gambar untuk ke laman blog beliau. 

Sheda Ucu
Ini pula kisah Sheda Ucu. Beliau ni sangat kreatif. Beliau menjalankan perniagaan merekabentuk laman blog, t-shirt dan banyak lagi. Boleh layari blog beliau untuk kenali lebih rapat.


Kenapa LeYa suka dan teruja dengan kad raya? 

LeYa rasa lebih meriah raya ni kalau kita terima kad raya dari SMS/Whatsapp yang hanya di copypaste dan di hantar semula oleh semua kenalan. Melalui kad raya, kita sendiri yang akan tulis di ruangan pada kad itu. Dan kita juga boleh simpan seberapa lama kad-kad raya dari kawan-kawan kita. Tidak seperti message2 pada telefon kita. Apabila kita rasakan memory sudah berat, dengan automatiknya kita akan clear kan semua data termasuklah message raya yang baru sahaja kita dapat sebentar tadi. Dan ketika itu baru tersedar yang kita langsung tiada kenangan manis atau memori indah bersama coretan raya dari rakan-rakan. 

1 ulasan:

  1. Betul Leya.. Ucapan selamat gari raya melalui kad macam ni lagi tinggi sentimental value dia berbanding ucapan secara elektronik.. 😊
    RosmizaAli.Com™

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com