Selasa, 8 Oktober 2013

Dapat CPUV awal Oktober


Assalamuaalaikum dan Salam Sejahtera...

Iklan Nuffnang
CPUV aku untuk Oktober ini...

Alhamadulillah awal Oktober ni, Mr. Nuff yang disayangi menghantar lagi iklan ke blog LeYa ni...  Kali ni iklan ni datang dari SONY NEX 5-T. 
LeYa mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mr. Nuffnang yang mempercayai blog LeYa ini dengan memberi banyak pengiklanan sebagai menghargai LeYa seorang blogger. 

Hafiz putus cinta lagi


Sumber: Berita Harian

Hafiz putus cinta lagi

Selepas diasak berkali-kali baru penyanyi, Hafiz Suip, 23, berani membuka mulut mengakui percintaannya dengan teman lama kecundang di pertengahan jalan selepas Aidilfitri lalu. 

Tidak berniat berkongsi hal peribadi, pengalaman melalui hubungan terdahulu lalu selain enggan pihak di sebelah sana menganggap dirinya cuba memalit arang ke muka menyebabkan dia lebih selesa berdiam. 


Malah anak muda berbakat besar ini mengambil jalan selamat dengan memaklumkan keterujaannya menanti kehadiran single baru, pencalonan dalam anugerah antarabangsa, Anugerah Muzik Eropah MTV (MTV EMA), selain Anugerah Planet Muzik (APM). 



“Saya anggap semua ini berbalik kepada takdir. Siapa kami untuk menolak ketentuan-Nya? Memang antara saya dan dia sudah tiada apa-apa, tetapi saya amat menghormati diri dan keluarganya. 

“Jadi, kurang elok andai saya bercerita lebih lanjut mengenai kami. Cukuplah kalau saya katakan, hubungan kami sudah berakhir atas sebab peribadi,” katanya ketika ditemui pada kempen World Hunger Relief (WHR) di Putrajaya, Sabtu. 

Bersaing pada MTV EMA 

Berbeza ketika bercinta dengan rakan seperjuangan, Adira, bekas pelajar Akademi Fantasia musim ketujuh itu agak kurang menonjolkan teman istimewanya yang dikatakan pelajar sebuah universiti di Selangor berasal dari bumi kenyalang. 

Mereka didakwa sudah berkawan lama, sejak bersekolah di Sarawak, namun hanya selepas Januari lalu hubungan itu semakin intim apabila kedua-dua keluarga memberi restu. 

Enggan menoleh, tumpuan pemegang gelaran Vokal Terbaik, Anugerah Juara Lagu tiga kali berturut-turut itu kini hanya terhadap keluarga dan kerjaya seni, tambahan pula namanya kini berada dalam senarai calon untuk merebut trofi Artis Asia Tenggara Terbaik pada MTV EMA 2013 di Amsterdam, Belanda, pada 10 November ini. 

“Sudah tentu saya terharu berada dalam senarai pencalonan untuk anugerah sebesar ini. Apa yang saya tahu, edisi terdahulu meletakkan Yuna sebagai wakil dari Malaysia dalam kategori sama. 

“Difahamkan, saya akan bersaing dengan peserta dari lima lagi negara iaitu Noah dari Indonesia, Olivia Ong (Singapura), Sarah Geronimo (Filipina), Slot Machine (Thailand) dan My Tam (Vietnam),” ulasnya. 

Calon pilihan APM 

Walaupun berdebar cabaran sengit apatah lagi kaedah pemilihan pemenang berdasarkan undian, Hafiz berharap peminat serta seluruh masyarakat Malaysia memberikan sokongan. 

“Orang ramai boleh melihat senarai calon di laman web rasmi MTV EMA 2013, asia.mtvema.com, manakala untuk undian hanya cari nama Hafiz Suip dan tekan butang undian,” pesannya. 

Bukan itu saja, debaran penyanyi itu semakin berganda menjelang tarikh 18 Oktober ini dengan penganjuran APM 2013 yang menyenaraikan namanya untuk merebut tujuh trofi daripada 18 kategori dipertandingkan. 

Sekali gus, Hafiz menjadi penyanyi paling banyak mendominasi pencalonan menerusi kategori Artis Lelaki Terbaik, Artis Serantau Paling Popular, Lagu Terbaik dan Ikon Media Sosial manakala tiga kategori lain dikongsi bersama Datuk Siti Nurhaliza, Duo/Kumpulan, Lagu Terbaik serta Lagu Serantau Paling Popular.

Isnin, 7 Oktober 2013

Ketika itu....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Tiga hari LeYa tidak mengemaskini blog ni.. Dah bersawang sikit dah blog ni... Belum sebulan kan.... Kalau sebulan, confirm LeYa diserang asthma semula... Hehehe... LeYa sebenarnya pagi tadi ke Cyberjaya menghadiri satu temuduga jawatan Penolong Pegawai Eksekutif (Teknologi Maklumat) Gred 31 di LHDNM. Jadi, untuk memfokus kan diri supaya mendapat kerjaya yang sudah lama LeYa menggangur, LeYa off semua komputer dan laptop... LeYa study betul2 untuk preparation interview hari ni. Alhamdulillah, selesai juga sesi temuduga jam 11.00pagi tadi. 

Pengalaman LeYa kali ni tak lah banyak beza pun dengan menghadiri temuduga pada yang lepas2 tuh... Cuma kali ni LeYa memang betul2 struggle sebab masa LeYa datang tadi, semua calon adalah staff LHDN itu sendiri... Ada yang dah tetap untuk meng'upgrade' kan diri dengan menghadiri temuduga ini, ada yang sambilan dan kontrak pun ade. Jawatan ni LeYa mohon semasa LeYa bekerja sebagai Pembantu Tadbir (Penaksiran) Sambilan BR1M 2.0 dahulu. Kemudian, kerana ketiadaan rezeki untuk meneruskan kerjaya di situ, LeYa pun jadilah penganggur terhormat... Hahahaha... Dan sekarang, selepas 5 bulan la jugak, baru diri ini dipanggil untuk menghadiri temuduga tersebut. 

Harapan LeYa dari kawan-kawan sekalian, doakan LeYa semoga dapat kerja ni ye. Sudah lama LeYa menunggu dan menginginkan kerjaya seperti abang LeYa yang kini sudah senang bersama isteri sayang. LeYa juga ingin merasai membalas segala budi ibu dan ayah LeYa yang sehingga kini masih menjaga LeYa. LeYa juga ingin buktikan pada semua masyarakat yang selama ini mengeji LeYa dengan tidak punya kerjaya, sudahpun memilikinya. Emm...banyak kan hati LeYa pendam selama ini. Kesepian hati ini LeYa isikan dengan membaca ayat suci Al-Quran dan menulis kisah2 di blog kesayangan ini.. 

Akhir kata dari LeYa, mohon maaf sekiranya anda tertunggu-tunggu entri dari blog buruk ini..

Jumaat, 4 Oktober 2013

Erti Sebuah Persahabatan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Persahabatan??? Sungguh luas makna dan erti P.E.R.S.A.H.A.B.A.T.A.N. ini. Kenapa LeYa mempersoalkan erti persahabatan ini? 

Kawan tu bukan macam main FUTSAL... Dah dapat SEPAK.
Kawan tu bukan macam main SKATE... Mula-mula GOSOK... Lepas tu PIJAK.
Kawan tu bukan macam main RAGBI... Mula-mula TANGKAP... Dah dapat TENDANG..
Kawan tu bukan macam PAMPERS... Dah pakai BUANG.
Kawan tu bukannya macam BARANG KEMAS... Waktu baru beli pakai.. Dah sengkek GADAI.
Kawan tu bukan macam PELANGI... Hari cerah HILANG. Hujan gerimis baru MUNCUL.
Kawan tu bukan macam KERETA... Rosak sikit jual. BELI baru.
Kawan tu bukan macam CHIPSMORE... Kejap Ade Kejap Takde.
Kawan tu bukan macam BANK... Bila dah takde duit baru nak CARI.

Persahabatan...

Pujangga pernah berkata persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun untuk melewatinya seperti menuju ke jurang kehancuran. Mencari sahabat sejati bukanlah mudah... ramai yang sanggup bersama berkongsi suka... namun kurang dan kadang-kadang tidak ada yang menemani kita meniti waktu duka.

Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia diibarat seperti berlian yang terbenam di dasar lumpur. Walaupun ia berbalut kekotoran, namun sentiasa terselah gemerlap sinarnya. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggungjawab terhadap sahabatnya. Sentiasa bersama di waktu kegembiraan dan keseronokan serta membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan. 

sahabat sejati tidak perlu sentiasa berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin masih utuh di dalam jiwa. Biarpun jauh, ia tetap kukuh dan nilai sebuah persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan.

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Barangsiapa yang menutup cela saudaranya, maka Allah ta’ala akan menutupi celanya di dunia dan akhirat” Riwayat Ibnu Majah. Dalam riwayat lain ada menyebutkan:
Sabda Rasulullah: “dua orang yang duduk bercakap2 itu harus disertai dengan amanat. Tidak halal salah seorang di antara keduanya itu menyiarkan mengenai saudaranya itu akan sesuatu yang tidak disenangi  olehnya.
"H.R Hakim"
Sebaliknya pula jika ada perkara baik atau pujian sampaikanlah berita2 gembira pada sahabat itu. Rasulullah pernah bersabda: "Mohonlah perlindungan Allah daripada tetangga yang jahat, apabila melihat kebaikan orang lain ia selalu menutupinya dan apabila ia nampak keburukan, ia selalu menampak-nampakkannya" "H.R Bukhari"
Dengan berkata-kata pula, ialah saling nasihat menasihati, mengenali dengan lebih mendalam lagi sahabat2 dengan cara berkomunikasi. Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila seseorang dari kamu semua mencintai saudaranya, hendaklah memberitahukan hal itu kepadanya” H.R Abu Dawud,Tirmidzi dan Hakim. maknanya di sini..kita bagitaulah kepada sahabat kita yang kita menyukainya agar selepas itu sahabat akan lebih sayang kepada kita.
Selain itu, salah satu cara menunaikan hak sahabat ialah memanggilnya dengan gelaran yang paling disukai oleh sahabat itu. Ini akan lebih menggembirakannya.
Umar r.a pernah berkata: “Ada 3 perkara yang dapat menjernihkan kamu mengenai kecintaanmu kepada saudara2mu..iaitu, engkau mendahului mengucapkan salam sewaktu bertemu dengannya,hendaknya engkau memberikan ruang tempat duduk untuknya di dalam majlis dan hendaklah kau panggil ia dengan nama yang paling disukainya”
Begitu besarnya pengetian sahabat menurut islam.Semua umat islam adalah bersaudara.Sudah sewajarnya kita saling sayang menyayangi,hormat menghormati dan bantu membantu..dan dalam erti kata lain, memenuhi hak2 sebagai seorang sahabat . Pilihlah sahabat yang dapat membawa kita kepada kebaikan.Tidak dinafikan pengaruh sahabat besar dalam hidup kita.Sekiranya kita dapat menasihati kawan yang tergelincir sedikit, itu sebaik-baiknya.

Khamis, 3 Oktober 2013

Blogwalking Program by LeYa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Wahhhh.... bersyukur kehadrat Ilahi kerana blog LeYa ni dah semakin bertambah bilangan pengunjungnya. Oleh itu, LeYa perhatikan "chat box" LeYa sentiasa akan ada pengunjung menjejakkan diri supaya LeYa boleh terjah nanti. Jadi, untuk blogwalking pada semua pengunjung, LeYa telah merancang dan membuat satu sistem blogwalking untuk LeYa pantau berapa bilangan blog yang LeYa telah pergi dalam satu hari. 

Opppsss... LeYa blogwalking semua blog korang semua secara manual k... Jangan salah faham.. LeYa taknak la main auto blogwalking ni... Tak berkat kata nya... Hehehehe... LeYa sanggup menerima pendapatan sedikit, janji LeYa usaha dengan cara yang halal iaitu pergi ke satu2 blog dan membaca entry terkini. Kemudian, meninggalkan jejak diri di shoutbox masing-masing. LeYa juga akan klik semua iklan nuffnang para blogger LeYa. Jika LeYa mahukan pendapatan, sudah pasti anda juga memerlukannya. 

Alhamdulillah kini dengan kejujuran LeYa (agak perasan kau di situ ye...), LeYa mampu memperolehi pendapatan hampir setiap hari dan hanya menunggu masa mengeluarkannya. LeYa ingin simpan untuk majlis perkahwinan LeYa yang akan berlangsung pada tahun depan iaitu kira-kira 7bulan dari sekarang... Pheewww...cepatnye masa berlalu kan...

Di bawah ni LeYa sertakan antaramuka sistem blogwalking LeYa. Ia akan di upgrade dari masa ke semasa untuk lebih tampak elegan dan menyerupai sistem-sistem yang ada sekarang. Blogwalking Program ini adalah cubaan pertama LeYa untuk mengetahui berapa banyak blog yang telah LeYa lawati pada hari itu.

Blogwalking Software
Antaramuka depan LeYa Blogwalking Sistem yang baru diubahsuai...
Blogwalking Software
Antaramuka blogwalking menu mengikut tahun
Blogwalking Software
Contoh bilangan blog yang LeYa kunjungi untuk bulan Oktober mengikut hari.

Rabu, 2 Oktober 2013

Incik Tunang Artis Youtube

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Incik Tunang jadi retis??? Hahahaha... Takde makne nye Incik Tunang retis... Ni LeYa sekadar bosan jer dan ter'upload' la lagu yang dinyanyikan oleh Incik Tunang sewaktu ketika dahulu di bilik Karaoke di Melaka (kalau tak silap laa...hehe..) 

Nak tengok Incik Tunang LeYa nyanyi lagu dan dirakam senyap2 oleh LeYa... serta di edit juga oleh LeYa. Jom kita saksikan retis youtube oktober 2013 ini... 

Jom3x.... Apa tunggu lagi...