Selasa, 14 Januari 2020

Tempat Makan Malam Terbaik Sempena Tahun Baru Cina Sekitar Bandaraya China

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pastinya malam Tahun Baru Cina merupakan tarikh yang amat penting bagi keluarga dan rakan-rakan yang meraikannya untuk meluangkan masa bersama-sama menikmati hidangan makan malam.

Luangkan masa bersama keluarga dan rakan baik korang dengan tempat makan pilihan yang berada di bandaraya terbaik untuk menikmati perayaan Tahun Baru Cina 2020 ini.


1) Authentic Chinese Flavours dengan Modern Twist di Shanghai

Saat korang tersesat di celah-celah lorong antara muzium dan galeri di Shanghai, apa kata untuk merasai pengalaman di The Middle House, salah sebuah hotel yang paling berprestij di Shanghai. Cuba untuk nikmati Sui Tang Li - a shining star on the Shanghai food map dan rasai keselesaan tempatnya serta pengalaman kulinari Cina yang asli dengan sentuhan kontemporari. Restoran ini juga menawarkan kepada tetamu dengan 8 atau 10 menu untuk keluarga dan orang tersayang. Antara menunya adalah Dao Ting Noodle and Shrimp Roll in Hairy Crab Sauce, the decadent Preserved Crab cooked in 10Y Rice Wine, and served with Preserved Tomato, Plum Smoothie and Pan-Fried Hokkaido Scallop, as well as the tender and flavourful Steamed Baby Chicken with Abalone, Dried Scallop and Mushroom.

Boiled Almond Cream Soup, Steamed Chinese Glutinous Rice

Braised Crab Meat Soup, Fresh Tomato & Potato, Deep-Fried Shrimps Spring 

Dao Ting Noodle and Shrimp Roll, Hairy Crab Sauce

Jelly Fish, Italian Black Vinegar 

Preserved Crab, 10Y Rice Wine, Preserved Tomato, Plum Smoothie, Pan-Fried Hokkaido Scallops, Caviar

Sautéed Black Tiger Prawn, Chili Sauce, Steamed Cigar Bun

Steamed Baby Chicken, Abalone, Dried Scallop, Mushroom

Steamed Langoustine & Egg, Cuttlefish Sausage

Steamed Marble Goby Fish, Japanese Tofu Pudding, Green Pepper Sauce

2. Healthy and Guilt-free Vegan Hotpot di Chengdu

Bandaraya Gastronomi pertama Unesco, Chengdu juga menjadi pilihan kepada pelancong yang menggemari hiburan malam yang meriah dan persembahan opera tradisional. Dengan menikmati suasana nyaman dan mendamaikan, MIXUN Teahouse yang terletak di The Temple House menawarkan pengalaman Hotpot Vegan yang disempurnakan sebagai sebuah ode budaya hotpot di Chengdu. Para pengunjung boleh merasai pengalaman dengan berjemur di dalam suasana yang penuh keharmonian dan kekayaan di Chengdu sambil menikmati MIXUN Vegetarian Hot Pot Set for Two yang mana ia termasuk sembilan bahan, dua sos dan sup pilihan. Para pengunjung juga boleh mengambil bahagian dengan merasai Mixun Spicy Hot Pot yang menampilkan pemakanan sihat dan lazat di dalam periuk panas Sichuan. Selain itu, korang juga boleh menikmati teh Truffle dan Sup Pu'er Teh yang diadun bersama Teh, sweet Lily, Pumpkin dan Rice.

  
5 Sauces & MI XUN Spicy Hot Pot

 
Black Truffle and Pu'er Tea Pot & Lily, Pumpkin and Rice Pot

Lily, Pumpkin and Rice Pot

3. Colourful Cultural Traditions & Decadent Dishes di Hong Kong

Dikenali sebagai 'City of Life', Hong Kong mempunyai budaya dan sejarahnya tersendiri. Bersempena Tahun Baru Cina ini, apa kata korang rasai suasana malam yang hangat di kafe besar Upper House - Café Grey Deluxe. Mulakan dengan menikmati hidangan Kumquat Marinated Kingfish with Cucumber and Rice Crackers diikuti dengan hidangan utama Wagyu Beef Cheek with Dong Gwai Bouillon, Lotus Seeds and Wolfberries yang sangat juicy isinya dengan menggabungkan bahan-bahan asas dari Cina.

Kumquat Marinated Kingfish

Sepanjang Tahun Baru Cina ini, Cafe Gray Bar menyajikan Firecracker and Fortune - dua koktel asli dalam warna merah dan keemasan melambangkan perayaan Tahun Baru Cina. Sweet and tangy, Firecracker memberi rasa kejutan saat korang menyisip masuk ke mulut dengan dihiasi gula-gula Pop. Diperbuat dengan sirap bir buatan sendiri, koktel dengan floral dan malty notes.

Cocktail 2020 - Fortune and Firecracker

Crab Bisque

White Chocolate Chantilly

Pada hari keempat Tahun Baru Cina, The Upper House akan menjadi tuan rumah untuk Tarian Singa bagi meraikan Tahun Tikus yang pertama dari 12 zodiak yang membawa kemakmuran, kedamaian dan nasib baik.

The Upper House_Studio 70 Harbour View

Chinese New Year Lion Dance

Jadi, mana satu pilihan korang? Raikannya bersama keluarga dan rakan-rakan dengan penuh kemeriahan dan kedamaian. Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada yang menganutinya.

Isnin, 13 Januari 2020

Kemas Bilik Tidur Mengimbas Memori Dengan Koleksi Barangan Antik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sesetengah orang mungkin beranggapan mengumpul barang lama atau antik tidak membawa sebarang keuntungan. Namun, ternyata ia berbeza kepada pencinta barangan antik. Duk sibuk mengemas bilik tidur tempoh hari, LeYa menemukan dengan sesuatu yang lama, vintage atau klasik ketika sewaktu dulu. 


1) Duit Kertas dan Syiling Lama Dari Pelbagai Negara

Ini merupakan koleksi yang masih dikumpul bersama suami LeYa iaitu Mr. Otomen Taro. Minat yang sama terhadap duit-duit lama ni menghasilkan beberapa album duit sebagai simpanan. Ramai juga Money Collector yang berurusan untuk menjual-beli duit-duit lama kami ni. Tetapi tidak terlintas lagi untuk menjualkannya kerana ini lah satu-satunya yang rare dan disayangi. Hehehe...


2) Telefon Bimbit Dari Pelbagai Generasi

Ikutkan sebenarnya ada je lagi koleksi telefon ni. Namun, tidak tahu atau tidak ingat di mana LeYa letak, jadi inilah yang dapat diselamatkan. Hahaha... Telefon pertama LeYa masa tu ialah Nokia 3310 sewaktu mendapat panggilan PLKN Siri 2/2005. Ibu dan Ayah membelikan Nokia 3310 sebagai kemudahan untuk menghubungi mereka. Bagaimanapun, Nokia 3310 pertama LeYa tidak tahu di mana letak duduknya. Adeh! Sedih pulak bila yang pertama dah tiada.


3) Kamera

Ini lagi satu! Seawal usia muda lagi dah menunjukkan betapa LeYa amat meminati bidang fotografi dan suka mengambil gambar. Sebagai anak tunggal perempuan, Ayah dan Ibu menghadiahi LeYa set kamera sebagai minat kepada fotografi. Alhamdulillah... syukur kerana dikurniakan Ibu dan Ayah penyayang.


4) Koleksi Buku Edisi Pertama

Bagi pencinta buku, korang pasti menyukai koleksi-koleksi buku edisi pertama yang LeYa ada ni. Kira-kira, sebelum adanya Blog LeYa ni, memang dah minat membaca sejak dulu lagi.

Novel klasik edisi pertama ni dikatakan sangat bernilai sehingga boleh mencecah ribuan ringgit!


5) Keychain dan Fridgemagnet

Selain membaca dan mengambil gambar, kategori mengumpul keychain dan fridgemagnet adalah yang selalu dijadikan koleksi ketika melancong ke tempat orang. Dan, menurut Mr. Otomen Taro, koleksi keychain dan fridgemagnet LeYa dah mencecah 1,000 koleksi. Hehehe...


6) Kad Jemputan Kahwin Kawan

Pada mulanya ia dikumpulkan sebagai menyimpan alamat rumah kawan-kawan. Lama kelamaan tidak disangka sama sekali menjadi banyak dan rare apabila kawan-kawan sendiri meminta semula gambar kenangan kad masing-masing. Untuk aksi ini, LeYa dah stop setelah melangsungkan perkahwinan bersama Mr. Otomen Taro 6 tahun yang lalu. 


Dalam banyak-banyak koleksi, LeYa paling suka duit-duit lama. Namun, tetap juga yang lain itu istimewa dan antik bagi LeYa. Bak kata orang "Tiada yang lama, tiadalah yang baru." 

So, macam mana? Ada tak barang-barang yang LeYa sebutkan tu ada dalam koleksi simpanan korang jugak? Kalau ada, sama-samalah kita menyimpannya dengan baik dan berkongsi pengetahuan sesama rakan yang mempunyai minat sama.

Isnin, 6 Januari 2020

Raikan Makan Malam Dengan Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Aha! Menarik sempena Tahun Baru kali ini, korang berpeluang menikmati makan malam dengan Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED) pada 8 Januari 2020.

Raikan Makan Malam Dengan Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED) 

Kenny Rogers ROASTERS Eating Day (RED) ini memberikan inspirasi kepada orang ramai yang ingin memulakan gaya hidup yang sihat sepanjang kehidupan hari-hari mereka melalui pemakanan yang sihat.

Jadi, korang boleh dapatkan set hidangan ini dengan pergi ke mana-mana restoran KRR & KRR Express di seluruh negara pada hari istimewa ini dengan memakai pakaian, kasut atau aksesori berwarna MERAH untuk meraikan RED 2020. 

Korang juga boleh menikmati tawaran BELI SATU PERCUMA SATU Kenny's Chicken Meal yang turut dihidangkan dengan pilihan seperti ¼ Rotusserie-Roasted Chicken, 2 keping Ayam Goreng atau Garlic Butter Chicken yang juga disajikan dengan 3 hidangan sampingan dan 1 keping Golden Vanilla Muffin.


Selain itu, korang turut berpeluang mendapatkan Angpow Edisi Terhad KRR dengan baucer RM10 selepas pembelian makanan RED 2020.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang di bawah:

Website

Facebook

Ahad, 5 Januari 2020

Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga Karya Hasanuddin Yusof

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga Karya Hasanuddin Yusof | Bahang dekad baru iaitu Tahun 2020 masih terasa lagi. Di kesempatan yang ada ini, LeYa mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020 dan semoga segala azam dan impian yang korang impikan tercapai tahun ni. InsyaAllah. Okay... Dah lama juga rasanya LeYa tak kongsikan novel-novel atau bahan bacaan yang menarik di sini. Kali ini LeYa akan cuba berkongsi dan akan lebih bersemangat untuk berkongsi apa yang LeYa dapat untuk korang semua dengan banyak lagi. So, jom baca selanjutnya di bawah.


Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga (Jilid 1 & Jilid 2)

Buku ini merupakan tentang riwayat hidup sepuluh orang sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW. Sepuluh sahabat Rasulullah SAW ini sememangnya layak untuk mendapat jaminan masuk syurga ketika mereka masih hidup lagi. Mereka merupakan golongan terawal (awwalin) memeluk Islam. Mereka juga banyak membantu Rasulullah SAW dalam setiap perjuangan Baginda SAW. Kisah hidup mereka mewarnai sirah Rasulullah SAW. Malah berperanan besar menyebarkan dakwah Islam ke pelbagai pelusuk dunia selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga mempunyai dua jilid. Buku ini berkisarkan tentang setiap sahabat yang dijamin masuk syurga dengan terperinci bermula daripada kelahiran sehingga kewafatan mereka. Selain itu, buku ini turut memaparkan fakta-fakta yang menarik seperti perjalanan hijrah para sahabat, infrastruktur yang dibina di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. dan pembaharuan yang dilakukan di zaman pemerintahan Saidina Uthman bin Affan r.a.

Buku ini dilengkapi dengan ayat al-Quran, hadith, gambar, atlas dan ilustrasi berwarna bagi menarik lebih ramai lagi membaca.


Biodata Penulis Buku 10 Sahabat Dijamin Syurga

Buku ini ditulis oleh Hasanuddin Yusof atau Mohd Hasanuddin bin Mohd Yusof yang merupakan anak kelahiran Langkap, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Langkap dan Sek. Men. Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB), Ijazah Sarjana Muda Syariah (LLB_S) dan Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) dari Universiti Islam Antarabangsa. Memulakan kerjayanya sebagai  peguambela dan peguamcara di Azra & Associates, Petaling Jaya. Kemudian, beliau menyertai perkhidmatan awam dengan berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Perusahaan (Undang-undang) di Kementerian Sumber Manusia dan seterusnya berkhidmat sebagai Pegawai Syariah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia serta menyandang jawatan Pegawai Penyelidik bagi Ketua Hakim Syarie Negeri Melaka. 

Kini, beliau sedang menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau amat meminati bidang sejarah terutama sejarah Islam sejak dari bangku sekolah lagi sehingga pernah dianugerahkan pelajar terbaik SPM bagi subjek sejarah. Dengan minat yang mendalam itu juga telah membawa beliau mengembara ke beberapa buah tempat bersejarah di Malaysia, Indonesia, Thailand, China dan Arab Saudi. Karya beliau yang telah diterbitkan ialah Sultan-sultan Soleh di Nusantara dan Syariah Di Hati King Roger II. 


InsyaAllah tahun 2020 ni, LeYa nak memperbanyakkan lagi bahan bacaan ilmiah. Buku ini pun Ayah dan Ibu LeYa yang dah lama beli. Duk ralit kemas meja terjumpa buku ni dan terus mula membaca. Memang sangat menarik! Ayat yang digunakan juga mudah difahami dan tak rasa bosan sebab berwarna setiap gambar sejarah yang dimasukkan. Sekurang-kurangnya, tahun ni dengan membaca lebih banyak buku-buku ilmiah seperti ni dapatlah juga memberi kefahaman dan ilmu pengetahuan kepada kita untuk masuk syurga. Tak gitu!


Semoga dengan sedikit perkongsian LeYa kali ini mampu membantu korang juga untuk melakukan perkara-perkara baik. Membaca kan jambatan ilmu. Jadi, jom sama-sama menambah ilmu pengetahuan dengan membaca. 

Harga Senaskhah "10 Sahabat Dijamin Syurga" : RM299.00 SM / RM329.00 SS

Selasa, 31 Disember 2019

Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies - Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh Barat, tetapi sebagai suatu peringatan tentang bertambahnya tanggungjawab seisi keluarga terhadap segala urusan duniawi dan ukhrawi. Di samping ucapan selamat dan doa, setiap dari keluarga mahupun rakan-rakan pasti mengambil kesempatan yang ada untuk berkumpul bersama meraikan aktiviti yang dirancang itu bagi mendekatkan lagi silaturrahim. 

Begitu juga yang LeYa hadiri bersempena ulang tahun kelahiran Madam Ell, pengasas Olathee Luslimlabeb yang disambut penuh gembira oleh rakan-rakan dan keluarganya di The Glass Suite BoraOmbak, Putrajaya. Lokasi yang cukup strategik dan cantik berhadapan dengan Tasik Putrajaya telah menemukan LeYa dengan beberapa rakan dalam majlis itu. Di samping itu, turut diadakan juga pelancaran Olathee LUSLIMLABEB Herbal Tea for Mommies untuk membantu golongan ibu menyusu kurus dengan cantik dan sihat.


Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies

Dalam kemeriahan majlis itu, Madam Ell dan suami ada menyatakan yang LUSLIMLABEB For Mommies merupakan kesinambungan daripada LUSLIMLABEB Morning Boost & Evening Doze off. Namun, kedua-dua tea itu mempunyai kandungan dan jenis herba yang tidak sesuai untuk ibu menyusu. Oleh itu, permintaan yang tinggi dari ibu-ibu menyusu telah menghasilkan LUSLIMLABEB For Mommies. 




LUSLIMLABEB For Mommies dibuat khusus untuk membantu ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan selamat. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari 7 jenis herba asli yang mempunyai fungsi untuk menurunkan berat badan tetapi masih selamat untuk digunakan pada ibu yang menyusu. Setiap herba yang digunakan adalah mesra 'BF mom'.


Dalam majlis itu juga, para tetamu dihiburkan dengan persembahan silap mata oleh Ameerul Hazeeq, The Magician yang sedang meningkat naik namanya hari ini. Siapa yang tidak kenal kan? Kemudian, turut diserikan lagi dengan nyanyian yang cukup merdu dari suami Madam Ell sendiri sebagai kejutan sempena hari lahirnya. Memang sangat meriah dan romantik sangat rasa melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.




Detik yang ditunggu pun tiba. Acara memotong kek dari Madam Ell ditemani suaminya cukup menghangatkan lagi majlis pada petang itu. Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah kepada 3 tetamu bertuah melalui pertandingan di Instagram.




Untuk maklumat lanjut mengenai produk Olathee LUSLIMLABEB, boleh layari seperti yang tertera

Website

Facebook

Instagram


LeYa sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Madam Ell dan TAHNIAH buat OLATHEE LUSLIMLABEB kerana berjaya memberi yang terbaik kepada semua wanita untuk kekal cantik dan kurus seperti yang diimpikan.