Selasa, 13 Ogos 2013

Hari Raya Ke-6

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sudah 6 hari kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Semestinya kanak-kanak riang mengumpul duit raya dari rumah ke rumah. Tidak lupa juga pada yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan. Semuanya sibuk untuk persiapan terakhir sebelum menjelang hari yang bersejarah itu. Aku??? Bila aku nak langsungkan majlis kahwin aku?? Keluarga Mr. F dan keluarga aku dah pun memberi kata putus di mana kami akan dilangsungkan pada bulan Jun 2014. Pada tahun depan, tidak terlalu ramai kenalan dan sanak-saudara yang melaksanakan majlis perkahwinan. Jadi, kami memilih untuk mengadakan majlis tersebut pada tahun hadapan. Dan ia memberi peluang kepada Mr. F untuk lebih menyimpan wang demi majlis perkahwinan kami nanti... Hehe..

Ok lah cukup lah aku bercerita tentang majlis perkahwinan kan... Sekarang ni mood Raya masih ade lagi.. Emmm...masih banyak lagi rumah kawan2 yang belum dilawati. Nanti akan ku buat perancangan bersama rakan2 yang lain untuk beraya rumah mereka.

Hari ini, 13 Ogos 2013 bersamaan 06 Syawal 1434H, aku dan keluargaku telah pergi menziarahi keluarga tunangku iaitu Mr. F di Merlimau, Melaka. Perjalanan kami dari Port Dickson mengambil masa lebih kurang 2 jam. Aku?? Semestinya aku lah prang pertama gembira kerana sudah lama tidak bertemu dengan si dia. Tapi sebelum tuh, Mr. F dah pun raya di rumahku pada raya ketiga lepas bersama sepupunya yang pulang berhari raya dari Singapura. Emm....terubat lagi rindu ku pada si dia. Hati ini happy je..Hanya Allah yang tahu bile kite dapat bertemu dengan kekasih kati.

Pulang berhari raya dari rumah Mr. F, aku dan ibuku menyiapkan juadah makanan untuk para tetamu yang akan datang pada malamnya... Kami sekeluarga hanya menunggu kedatangan para tetamu tersebut. Dalam penantian itu, sempat aku mengemaskini blog kesayangan milikku ini. 

Gambar semasa Raya Pertama & Raya Kedua ku...
Bila budak2 kampus beraya di kampung...
Mr. F sedang merenung masa depan..Hehe...
Kenangan Bersamamu tidak dapat kulupakan...






Selasa, 6 Ogos 2013

Menjelang Aidilfitri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...



Satu hari saja lagi untuk kita sama2 menunaikan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Terasa cepat masa berlalu.. Dan malam ini adalah solat terawih yang akhir untuk bulan Ramadan Tahun 1434H ini. 

Bunyi mercun di luar bertalu-talu menambahkan lagi kemeriahan menyambut Aidilfitri yang bakal kunjung tiba. Dalam kesibukan aku membantu ibu di dapur dan mengemas rumah, sempat lagi aku mencuri waktu terluang untuk mengupdate entri blog kesayangan aku ini. Bukannye ape...aku mahu juga tengok ramai tak rakan blogger aku yang masih membaca entri2 terkini setiap blog yang dilawatnye.. Hehehe... Dan nak tahu juga persiapan raya mereka macam mane kan... 

Jadi, di kesempatan ini juga aku ingin memohon seribu kemaafan buat rakan2 di sana sama ada pembaca blog dan rakan2 di luar atas segala kesilapan yang pernah aku lakukan sebelum ini. Ketahuilah bahawa setiap manusia pasti melakukan kesilapan. Tidak dilupakan juga buat ahli keluargaku yang banyak melayan kerenah ku terutama ibu dan ayah, anakmu ini memohon ampun dan maaf serta berusaha untuk mendapatkan jawatan tetap selepas Aidilfitri ini. Doa dan restu kalian amatlah anakmu ini sanjungi. 
Buat Mr. F aku yang kusayangi, aku teramat merinduimu dalam tempoh pertunangan ini. Ms. Manje mu juga memohon seribu kemaafan di atas kedegilan sikap selama ini. Setiap hari ku bermunajat ke atas Allah S.W.T. agar dilimpahi rezeki yang halal ke atas dirimu untuk menjagaku kelak... 

Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR & BATIN buat seluruh umat Islam yang akan menyambut perayaan ini pada 01 Syawal 1434H di mana hari tersebut adalah hari kemenangan kita setelah sebulan menahan segala godaan nafsu. Dan diingatkan juga, jangan hentikan segala amal ibadat kita di bulan-bulan lain kerana sesungguhnya Iman kita terletak pada apa yang kita lakukan bersama Allah. Hanya Dia yang tahu apa yang kita lakukan. 

Sekian, Wassalam.


Ahad, 4 Ogos 2013

Bukan senang nak cari pelajar yang benar2 minat untuk belajar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Terdetik di hati untuk menulis satu kisah di mana LeYa diberi pengalaman baru dalam satu kerjaya yang LeYa baru sahaja ceburi. Kerjaya tersebut adalah sebagai "Telemarketing" di mana setiap staff perlu membuat panggilan telefon untuk mencari pelajar supaya dimasukkan ke kolej untuk menyambung pelajaran. 

Setelah kerja-kerja panggilan telefon dan confirmation bersama pelajar / ibubapa mereka selesai, kami akan mengadakan satu sesi taklimat buat mereka untuk lebih memahami tentang bidang yang akan mereka ceburi. Pada 22 June 2013 yang lalu, LeYa berkesempatan menghadiri sesi "Taklimat dan Temuduga Terbuka untuk program Diploma" di Timotel Hotel, Mersing. 

Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 4jam lebih. LeYa pergi bersama rakan-rakan yang lain yang turut serta menjayakan sesi taklimat itu.

Selesai sesi taklimat dan para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dengan bidang yang diceburi perlu hadir untuk sesi pendaftaran pada tarikh yang telah ditetapkan. LeYa sekali pergi untuk sama-sama membantu pelajar LeYa dalam menguruskan pendaftarannya. Emmmm....tercuit rasa hati bila melihat gelagat pelajar-pelajar kampus. Sebelum ini LeYa juga pernah mengalami situasi yang sama di mana LeYa menjadi mahasiswi di sebuah Institusi Pengajian di negara ini. 

Usai dari Majlis Taklimat itu, kami pergi berjalan di pantai berdekatan dan pergi ke Taman Negeri Endau Rompin menikmati cuti rehat kami yang baru sahaja penat bekerja. 


Timotel Hotel, Mersing

Susunan meja sebelum majlis dimulakan

Rakan-rakan yang sama berjuang


Taman Negeri Endau Rompin

Suasana di hutan

Melihat keindahan pantai


Barbecue...yummy3x..

Jumaat, 19 Julai 2013

Alamak! Peperiksaan Lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Terlebih dahulu LeYa ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada rakan2 blogger dan seluruh umat Islam. Sudah 10 hari kita berpuasa dan alhamdulillah LeYa diberi kesihatan yang baik sempena bulan Ramadan yang mulia ini. 

No. Kad Pengenalan:870708******
Nama Penuh:ILLYA FARHANA BINTI RAZALY
Jawatan:PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41
Angka Giliran:090****

TarikhPeperiksaanSeksyenDariHingga
27/7/2013PENGETAHUAN AMA08:30 PG09:10 PG
DAYA MENYELESAIKAN MASALAHB09:45 PG10:30 PG
ESEI BAHASA INGGERISC11:00 PG12:00 TGH
PENAKSIRAN PERSONALITI-12:30 TGH01:00 PTG

Tempat Peperiksaan:WISMA NEGERI
DEWAN SERBAGUNA,TINGKAT '0'

70503 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN

Teruja tak bila dapat surat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Mesti terasa macam dah dapat kerja je! :p Sedangkan cuma panggilan peperiksaan." Oh! Peperiksaan. Terus runsing nak study apa, soalan-soalan apa akan ditanya dan lain-lain. Semua bertubi-tubi nak terjah kepala. Tiba-tiba terasa macam kembali ke zaman student pulak sebab kena study untuk exam. Rindu! Cuma bezanya dulu exam untuk score pointer tinggi dan sekarang ni exam untuk dapatkan pekerjaan. Hah! Nampak tak perbezaannya tu. Hehe...

Untuk bersedia dengan peperiksaan yang just around the corner ni, saya pun berlari-lari anak di sekitar blog jiran-jiran untuk cari tips. Ha, jumpa! Tapi tentang masalah kenapa gagal exam SPA. Ada 3 sebab utama; tak tahu format, tak cukup masa untuk study, tak tahu apa nak study.


Kesimpulannya, BERSEDIA sebelum terlambat. Jangan hanya tahu merungut tanpa berbuat apa-apa. Walau harapan cuma "Setinggi gunung pasir di kaki bukit" sahaja. Ya, calon peperiksaan sangat ramai beratus-ratus, sedangkan jawatan dibuka cuma sedikit.

Akhir kata, doakan LeYa ye dalam menjawab peperiksaan itu nanti... Wassalam...

Jumaat, 7 Jun 2013

Aku Mencari Rezeki...

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...


Yeay!! Setelah sekian lama LeYa tak mengemaskini blog kesayangan ni... Dah bersawang dah LeYa tengok... Huhuhu... Ape kisah ye LeYa dah tak update blog ni?? Ermm....jawapannye mudah je... kadang2 LeYa bosan la hari2 nak update... bile skali-skala macam ni update banyak sikit cerita menarik... hehe...

Just want to inform you all that LeYa sekarang dah habis kerja di LHDNM. Dan sekarang mengganggur serta mencari kerja baru untuk hidup... Sementara menunggu jawapan, LeYa menjalankan semula perniagaan LeYa Production dan mengajar tusyen untuk pelajar UPSR.. Alhamdulillah adelah rezeki sikit. 

Hari-hari yang dilalui selama sebulan LeYa mengganggur ni, boleh dikatakan seperti Datin plak.. sebab pagi  dalam dua minggu sekali, LeYa akan ke spa untuk buat facial, treatment bagai... Haha... seronok bunyinye ye... Tapi kene fikir duit jugak... Sebab LeYa bukan ade income bulanan. Duit simpanan pun dah semakin menipis ni.. Kena ikhtiar cara lain ni... Jadi, LeYa ingin sekali lagi mempromosi LeYa Production kepada anda semua.. Jangan ketingglan untuk dapatkan promosi terhebat dari LeYa...

Businesscard LeYa

Khamis, 7 Mac 2013

LeYa Production kian bertambah pengunjung

LeYa Production


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Mengimbas kembali detik-detik LeYa menguruskan perniagaan "LeYa Production" yang kian bertambah dari sehari ke hari. LeYa rasa bersyukur dengan limpah kurniaNya atas nikmat yang diberi. 

Hari ini, LeYa terlintas untuk sekali mempromosi laman web "LeYa Production" kepada rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang belum mengetahuinya. LeYa mengucapkan Selamat Datang ke Laman Web tersebut serta mengalu-alukan kedatangan kalian untuk meriahkan lagi suasana. Jangan malu untuk bertanya dan beramah mesra dengan LeYa. 

Sekian sahaja dari LeYa untuk kali ini.