Memaparkan catatan dengan label Teater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teater. Papar semua catatan

Sabtu, 10 September 2022

Santai Hujung Minggu Tonton Pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... LeYa berhujung minggu pada Sabtu lepas dengan menonton sebuah Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC. Teater Muzikal ini menampilkan maskot Upin, Ipin dan kawan-kawan dalam pengembaraan sebuah dunia penuh magik, "Pin Pin Pom!".

Penganjuran teater ini adalah disebabkan sambutan yang sangat menggalakkan pada pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin pada 10 tahun yang lalu. Teater muzikal kali ini menampilkan pengisian yang berbeza dalam lakonan dan aksi kostum Upin, Ipin serta kawan-kawan ketika mengembara di dunia penuh magik, "Pin Pin Pom!". Teater ini juga menggunakan teknologi terkini seperti teknik kesan khas, efek pencahayaan dan penggunaan LED skrin bagi memberikan impak yang luar biasa kepada pementasan untuk menarik minat penonton terutama anak-anak.


LeYa sangat teruja ya bila masuk sahaja ke dalam dewan plenary KLCC yang besar dan lengkap dengan sound system yang terbaik. Tak rasa 1 jam pun duduk di situ menonton teater muzikal Upin & Ipin ni. Rasa macam kejap je dah habis. Memang menyeronokkan dan terhibur dengan gelagat dari watak-watak Upin, Ipin dan kawan-kawan. 

Pementasan yang penuh dengan aksi mendebarkan serta mencuit hati membuatkan LeYa santai dan chill ketika menontonnya. Lagu-lagu yang didendangkan pun menghiburkan dan kedengaran anak-anak di dalam dewan turut menyanyikan bersama-sama. Memang meriah! 

Oh ya! Hampir terlupa LeYa nak memperkenalkan watak baru yang dibawa khas untuk Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! ni Selain Upin, Ipin dan kawan-kawan, watak Nenek Kebayan turut dimunculkan di pementasan teater sesuai dengan lakonannya.

Sinopsis Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!

Upin dan Ipin secara tida ksengaja telah terjumpa dan membawa pulang Batu Delima Sakti milik Nenek Kebayan. Nenek Kebayan sebenarnya sudah mempunyai niat jahat untuk menakluki dunia magik dengan menggunakan kuasa yang ada pada Batu Delima Sakti itu. Namun, dek kerana Batu Delima Sakti itu ada pada Upin dan Ipin, makanya Upin dan Ipin bertukar menjadi pahlawan magik dan menentang nenek kebayan.

Berjayakah Upin dan Ipin menghalang niat Nenek Kebayan dan melindungi dunia magik serta Kampung Durian Runtuh?

Ulasan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom!

Sebuah pementasan yang cukup menghiburkan dan tidak terlalu berat untuk difahami oleh kanak-kanak. Jalan cerita yang santai walaupun ada aksi-aksi yang mendebarkan. Latar belakang pementasan sangat menarik dan ceria, latar bunyi juga jelas dan pencahayaan yang cukup untuk LeYa katakan pada pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! kali ini. 

Permulaan babak bagaimana Upin dan Ipin berjumpa Batu Delima Sakti dan menyelesaikan masalah dengan penuh keberanian menentang Nenek Kebayan. Di sinilah kita as parent perlu mendidik anak-anak kita lebih berani, berdaya saing dan kreatif untuk mencari idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah. 

Penerapan nilai murni yang ditunjukkan seperti keberanian, kreatif, bekerjasama dengan kawan-kawan dan kerajinan patut dipupuk dari kanak-kanak lagi untuk membentuk jati diri yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang untuk keluarga, bangsa dan agama.



Overall, LeYa berpuas hati dan terhibur menyaksikan pementasan Teater Muzikal Upin & Ipin - Pin Pin Pom! ni. Terima kasih LeYa ucapkan buat Les' Copaque Production kerana telah berjaya menghasilkan satu pementasan teater yang sangat menarik.

 

Khamis, 15 Jun 2017

Tonton Teater Dendam Maharani Karya UTP di Kuala Lumpur



Menakjubkan dan Sungguh Teruja! Itulah yang LeYa boleh katakan buat pertama kalinya LeYa pergi menonton pementasan Teater di Kompleks JKKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Satu peluang yang LeYa tidak akan sia-siakan. Terima kasih diucapkan kepada Bro Framestone atas jemputan yang tidak terhingga ini. 

Pementasan teater dari bakat anak-anak muda dari Tronoh Theatre Shop Universiti Teknologi Petronas, Perak yang LeYa memang kagum dan teruja untuk menontonnya. Pementasan teater pada malam itu berjudul "Dendam Maharani".


Teater Dendam Maharani Karya Dr. Shark

Kerana ini adalah yang pertama LeYa pergi menonton pementasan mereka, jadi LeYa pun belum kenal di antara mereka semua. Seperti yang dimaklumkan kepada LeYa, Teater Dendam Maharani ini sebenarnya adalah karya dan skrip Dr. Shark. 

Sinopsis Teater Dendam Maharani

Dendam Maharani bertemakan teater bangsawan dan berlatar belakangkan suasana istana. Teater ini berkisahkan Cinta Tiga Segi yang juga diselangselikan dengan adegan politik istana serta muslihat si Maharani untuk membalas dendamnya. 

Difahamkan ia merupakan prequel daripada Teater "Istidraj Maharaja Beruk" yang mana LeYa sendiri pun tidak berkesempatan menontonnya. Menceritakan di mana seorang Maharaja telah mengahwini seorang gadis kampung, Mawar demi untuk mendapatkan zuriat kerana Maharani tidak boleh memberikan zuriat kepadanya. 

Hal itu telah mencetuskan dendam di hati Maharani. Maharani sedaya upaya membuat perancangan yang jahat untuk madunya, Mawar. Apakah yang akan terjadi kepada Mawar?

BARISAN PELAKON

Jasmin Sun – Maharani
Aizuddin Rosli – Maharaja
Awin Nisa – Mawar
Afiq Ammar – Memanda
Shahairol Fitri – Datuk Bendahara
Hidayah Kamarudin - Inang
Wanab Fairuz, Husna Rosdi, Narissa - Dayang
Nasuha Sofwani – Timah
Faiz Safwan – Omar
Nur Elmi – Mak Kiah
Adam Daniel – Nujum
Affi Syahfizal - Leman

Persembahan muzikal untuk tontonan Maharani di Istana

Persembahan jemputan dari 2 Ex Pelajar UTP + Tronoh Theatre Shop


LeYa memang kagum dengan mereka ni. Peminat teater pasti tidak akan lepaskan peluang menyaksikan setiap babak teater yang dilakonkan mereka setiap tahun. LeYa sendiri dah tersuka tanpa sengaja dengan pementasan teater mereka. Memang bertenaga sungguh mereka melakonkan setiap watak yang dibawa.

Barisan pelakon yang hebat-hebat dalam pementasan Teater Dendam Maharani

Bila blogger juga naik ke pentas untuk bergambar

Barisan pelakon golongan atasan di Istana

LeYa bersama Bro Framestone & Along Murni 
Macam mana??? Dari gambar-gambar yang LeYa tunjukkan ni, nampak best tak? Hehehe... Of course la sangat menarik lagi tertarik kan. LeYa kalau dijemput hadir lagi ke pementasan teater mereka ni, memang nak sangat pergi lagi. Hope Bro Framestone baca ni lah kan... Hahaha... Meraih simpati untuk tiket pementasan teater akan datang.

Korang boleh juga layari maklumat di bawah untuk tidak terlepas peluang teater yang akan datang:-


Official Instagram:

Official FB Page:
Official Twitter: