Ahad, 29 Mac 2026

Lebaran Raya 2026

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan-rakan blogger!

Tahun ni mesti ramai confuse sebelum pengumuman raya kan. Alhamdulillah... bila dah diumumkan meriah suasana jalan raya dengan semuanya balik kampung. Tak terkecuali juga LeYa. Tahun ni, LeYa beraya di Terengganu. Dengan keadaan cuaca yang panas, memang berpeluh juga lah LeYa ketika pusing-pusing berjalan raya rumah sanak-saudara.

But, raya is raya. LeYa gagahkan diri juga kesana kesini sebab nak jumpa sanak-saudara pun setahun sekali je. 

Dua Hari Menjelang Aidilfitri

LeYa dan keluarga bertolak dari Kuala Lumpur petang lepas waktu kerja hari Rabu. Alhamdulillah, jam hanya di Genting Sempah menghala ke tol Bentong. Kemudian, traffic mulai laju terus sampai ke Terengganu. 

Disebabkan rumah kampung dah tiada siapa yang mampu nak menjaganya, jadi adik-beradik suami decide untuk disewakan. Dan LeYa serta suami dan anak bila balik ke sana duduk di hotel mahupun homestay berdekatan. Lebih mudah dan tak perlu pening-pening nak fikir stay kat mana. Hehe...

Keesokan harinya, sempatlah LeYa dan Encik Suami ziarah kubur Emak dan Abah.

Cerita di Petang dan Malam Raya

Cerita raya bermula di petang dan malam raya. Di mana sementara menunggu waktu berbuka petang tu, LeYa dan suami mencari lemang untuk dinikmati. Dan, pada sebelah malamnya pula, setelah bising dan meriah main bunga api dan mercun, En Suami dan rakan-rakan sekampungnya membuat aktiviti bakar ayam.



Hari Raya Pertama

Pagi 1 Syawal. Bersiaplah LeYa dan keluarga untuk meraikannya. Seawal pagi kami dah mandi dan bersolat sunat Hari Raya di masjid berdekatan. Usai itu, bersalam dan bermaaf-maafan serta bergambar di pagi raya sebelum bergerak ke rumah sanak-saudara.

 
 

Next, kami bergerak menuju ke Dungun untuk beraya di rumah kakak no-2 En Suami. Alhamdulillah... raya di pantai timur, juadah pagi raya kebanyakannya semua Nasi Minyak. Memang lari kejap diet dan perut memang kenyang gilerrr...



Okay... Malas LeYa nak tulis panjang-panjang. Seterusnya LeYa ke Marang, Terengganu untuk singgah rumah Abg Ju, Kak Long dan Kak Teh. LeYa letak gambar-gambar je sebagai kenangan lah ya.




Seharian kami beraya di hari 1 Syawal tu. Memang sampai malam. Bersambung terus sampai di kawasan Batu Burok. Memang penat tapi sangat seronok dapat berkumpul ramai-ramai. 

Hari Raya Kedua


2 Syawal, sebelum berangkat balik dan beraya di side LeYa pula di Port Dickson, kami singgah dan ziarah dulu rumah Mak Saudara di Dungun. Kalau tak singgah memang tak kenal kan. Jadi kami beramah mesra untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim. Macam biasa selesai makan, kami berbual seketika dan apa lagi gambar jangan dilupa. 


Selesai di Dungun, kami ke Bandar Cukai. Encik Suami bertemu dengan kawannya pula. Beramah mesra seketika, dan kami pun bergerak luncur menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan.



Hari Raya Ketiga

Hari raya ketiga, kami beraya ke rumah sebelah LeYa di Rantau, Siliau dan Linggi, Negeri Sembilan.




 

Hari Raya Keempat

LeYa bergambar dengan keluarga, Ibu dan Ayah.


 
 

Alhamdulillah, dapat berkumpul dengan adik-beradik, pakcik-makcik, sepupu sepapat. Tahun ni dan seperti tahun-tahun sebelumnya LeYa memang akan mengambil gambar bila beraya rumah saudara-mara. Almaklumlah untuk menghargai setiap momen dengan setiap ahli keluarga. 

Anyway, doakan LeYa kembali menulis semula di blog ni dengan konsisten. Hehehe...

Have a nice day and Eid Mubarak everyone! Jaga diri, minum banyak air suam dalam cuaca yang panas ni ya. Assalamualaikum dan bertemu lagi!

16 ulasan:

  1. Balik terengganu memang banyak homestay best-best pilih je mana yan berkenan kan. Bila dah raya kat pantai timur memang semua menu sedap.... syok berhari raya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak... Kenyang sungguh perut semua rumah hidang nasi.

      Padam
  2. Selamat Hari Raya..
    Meriah cerita raya Leya..
    Cantiklah baju warna ungu lembut tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam dan selamat hari raya juga.
      Yeah... Warna favourite LeYa purple kan.

      Padam
  3. Selamat Hari Raya Leya dan keluarga..wah..speechless ni..Leya dah ada keluarga di Terengganu...alhamdulillah kak SA tumpang happy ye...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Kak SA... Lama dah kak... Hehehe... Sbb lama tak menulis kat blog. Tu ramai tak tahu tu...

      Padam
  4. Selamat Hari raya!
    Moga raya kalini lebih bermaknaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya. Alhamdulillah... Semuanya ok

      Padam
  5. Alhamdulillah meriah sungguh hari raya Leya sekeluarga. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah. Selamat Hari Raya juga buat kak

      Padam
  6. Selamat hari raya dear...Nice photo ya =)

    BalasPadam
  7. meriahnya berjalan2 raya ke rumah keluarga n sedara-mara. salam aidil fitri ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Aidilfitri Abam Kie. Ziarah keluarga Abam Kie

      Padam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com