Thursday 20 October 2022

Cara Menyimpan Yang Mudah Dengan Savings Calculator

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Hai korang... Kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua satu tips untuk berjimat dalam perbelanjaan dan cara menyimpan dengan mudah menggunakan Savings Calculator. Actually, LeYa malu dan tak layak lah juga untuk bagi tips perbelanjaan ni sebab LeYa sendiri baru kembali mencari peluang dan menjana pendapatan. Namun, ini merupakan perkongsian buat kita semua terutama ekonomi kita yang masih belum stabil dan tidak menentu. Jadi, ada baiknya kita mendapatkan ilmu dan tips untuk berjimat dan menyimpan di masa akan datang. Jom!

Masih ramai dalam kalangan kita yang mengalami masalah menguruskan pendapatan atau duit gaji yang diperolehi dengan bijak. Ada sesetengah yang belum masuk setengah bulan, duit dah tinggal sikit sehingga terpaksa meminjam rakan-rakan dan ikat perut. 

Dengan kos sara hidup yang agak tinggi terutama di kawasan bandar, amalan berjimat cermat sangat dititikberatkan untuk meneruskan kehidupan seharian. Sebagai seorang yang baru memulakan kerjaya setelah 3 tahun tidak bekerjaya, LeYa mengalami sedikit perubahan untuk kembali menguruskan perbelanjaan secara berhemah. Ada kala perit, ada kala cukup-cukup makan. Semua itu ditelan LeYa sendiri demi mencari kejayaan yang telah jatuh ini. 

Semua ini dapat diatasi dengan mempunyai perancangan dan menggunakan formula yang betul dengan mengetahui jumlah sebenar duit masuk dan duit keluar. 

Jom LeYa kongsikan cara simpan duit gaji walaupun gaji korang bawah RM2,000.

1. Pendapatan Bersih

Ok, nak kira pendapatan bersih sebulan, korang kena tahu formulanya

Kerja biasa: Gaji - bayar cukai - bayar EPF = Pendapatan bersih

Kerja sendiri: Pendapatan kasar - belanja bisnes (pengangkutan, minyak, tol) - cukai pendapatan = Pendapatan bersih

2. Guna Aplikasi Savings Calculator

Aha! Korang nak lagi mudah, korang guna je aplikasi Savings Calculator ni. Ia lebih mudah dan cepat serta gerenti korang tak culas dalam menyimpan wang dalam tempoh pelaburan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, LeYa nak menyimpan duit sebanyak RM10,000. Kemudian, untuk sebulan LeYa boleh menyimpan RM200 sahaja Jadi, dalam kalkulator ni, dia dah tunjukkan cara pengiraan berapa lama korang kena menyimpan duit yang korang nak tu. 


Jadi, tak susah kan kalau kita benar-benar tekad untuk buat simpanan duit kita demi masa depan. Usah risau usah gundah jika kita tak konsisten dengan sistem simpanan sendiri, ikut je step yang ada dalam Savings Calculator ni. Confirm duit simpanan korang bertambah-tambah. (Bolehlah nanti belanja LeYa. Hehehe....)

Cuma sekarang ni  LeYa pun dah mula rasa kena kurangkan sikit pembelian. Beli untuk keperluan aja. Bukan beli ikut nafsu dan kemahuan. Sebab, dalam keadaan sekarang yang ekonomi LeYa pun tak berapa stabil ni, rasanya tidak perlu membazir dan menyemakkan rumah dengah entah apa-apa yang dibeli. Hahaha....


Bagi memastikan untuk kita ikut formula dalam Savings Calculator ni, apa kata cuba buat jadual perbelanjaan bulanan kita. Hal ini dapat membantu untuk kita semak semula perbelanjaan kita. Selain itu, korang juga boleh membuat simpanan di Tabung Haji atau ASB. Mana-mana pun boleh janji korang tahu cara nak kembangkan duit korang untuk dapatkan pulangan dividen atau bonus tahunan.

Akhir kata, simpanlah sedikit duit gaji untuk simpanan dan kecemasan supaya bila berlaku perkara tidak diingini, kita dah tak perlu mengharapkan orang lagi. Tiada siapa yang dapat membantu kita selain diri kita sendiri bila kita berada dalam kesusahan. Kawan di masa senang ramai, tetapi di masa susah tu lah tidak nampak. Jadi, beringatlah sebelum terkena. 


Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang diluar sana dalam mengawal perbelanjaan harian dan bulanan korang. Semoga bertemu lagi dalam artikel yang akan datang.

0 beri komen di sini:

Post a Comment

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com