Rabu, 30 Mac 2022

66 Usahawan Terima Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Penyampaian Cenderahati kepada YANG BERHORMAT TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal

Anugerah Pilihan Pengguna (CCA) 2021-2022 baru saja melabuhkan tirainya di Hotel Le Meridian Putrajaya yang mana telah dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Selangor. Turut hadir ke acara penganugerahan itu adalah Tetamu Kehormat Y.B. Tuan Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Selangor.

Seperti CCA sebelum ini, para pemenang anugerah telah melalui penelitian tiga peringkat oleh MTPN Selangor bagi memastikan yang mereka betul-betul layak. Daripada 213 calon, hanya 66 yang menerima pengiktirafan ini dengan membawa pulang trofi CCA sebagai bukti pencapaian cemerlang mereka dalam industri yang diceburi. YDP MTPN Selangor, Dato' Dr. Gavin Voon, percaya bahawa dengan mengiktiraf syarikat-syarikat ini, ianya mampu meningkatkan daya saing di samping mengembangkan pertumbuhan ekonomi tempatan, terutama sekali di dalam menangani kesan pandemik COVID-19. Selain daripada peneraju-peneraju industri, MTPN Selangor turut memberi pengiktirafan kepada beberapa organisasi yang telah berbakti kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti CSR sepanjang tahun sambil mengambil iktibar bahawa negara telah banyak menghadapi halangan dan cabaran di tahun-tahun sebelumnya.

Majlis Perasmian CCA - YBRS. TUAN EDDY SOO CHERN HOONG – Setiausaha, Ketua Biro Penerangan Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor; YBHG. DATO’ DR. GAVIN VOON SHIH CHIN –Yang Di-Pertua Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Negeri Selangor; YANG BERHORMAT TUAN MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna Dan Industri Halal;  EN. TUAN NORAFFENDY BIN ABD KHALID – Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Sumber Manusia Agensi Penguatkuasaan Maritim; YBHG. DATO’ PADUKA DR. KEVY KV. YEO – Presiden Kebangsaan Majlis Tindakan Pengguna Negara

Hubungan positif di antara peniaga dan pengguna merupakan tunjang kepada MTPN. Ini merupakan sebab utamaMTPN menasihati orang awam untuk mengutamakan kejujuran dan integriti semasa memberi perkhidmatan kepada pengguna. Para penerima anugerah CCA ditekankan untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan sah kepada para pengguna yang khuatir tentang kredibiliti sesebuah perkhidmatan. Justeru, inisiatif oleh MTPN Selangor ini bertujuan untuk menggalakkan para peniaga beroperasi menggunakan sistem perniagaan yang sah melalui program "Identific" yang diperkenalkan oleh MTPN. Program ini bertujuan untuk mengutamakan kredibiliti, kepercayaan dan pengiktirafan bagi peniaga dan pengguna.

MAJLIS PELANCARAN DAN PENGANUGERAHAN ANUGERAH PILIHAN PENGGUNA (CONSUMER’S CHOICE AWARD) TAHUN 2021-2022, MAJLIS TINDAKAN PENGGUNA NEGARA NEGERI SELANGOR

Menurut Dato' Gavin, "Ia bertujuan untuk mengiktiraf integriti, kejujuran dan profesionalisma di dalam memberikan perkhidmatan kepada pengguna. MTPN Selangor telah menganjurkan CCA bagi mencapai matlamat ini. Pengiktirafan ini diberikan kepada syarikat-syarikat yang membuktikan usaha cemerlang mereka di dalam hal ehwal pengguna dan perniagaan".

Y.B. Tuan Mohd Zawawi menjelaskan pandangan beliau dengan berkata, "Perkara yang menarik perhatian saya adalah visi MTPN yang selari dengan misi Kerajaan Selangor yakni 'Melestarikan Pembangunan dan Kemakmuran Simetri, Pintar dan Peduli Rakyat'. Dengan ini, saya ingin melibatkan diri dengan memberi sokongan kepada MTPN Selangor dengan harapan perniagaan-perniagaan di Selangor akan terus maju".

0 beri komen di sini:

Catat Ulasan

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com