Rabu, 5 Januari 2022

Rasa Kopi Premium Di Kopilah Kopi Cafe, Port Dickson

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...

Kopi bukan sahaja memiliki rasa yang unik malah mempunyai banyak khasiat. Bercakap tentang kopi, antara jenama terkenal yang menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia adalah Starbucks, Coffee Bean dan banyak lagi.

Tapi... Tapi... Jom kali ni LeYa nak kongsi dengan korang semua untuk menyokong perniagaan anak tempatan pula. Korang tetap tidak akan terlepas untuk mendapatkan kopi premium seperti di kafe terkemuka tersebut, malah akan rasa seronok dan teruja menghirup kopi yang di brew itu.

Kopilah Kopi Cafe yang terletak di Port Dickson merupakan cawangan kedua kopi hipster yang menjadi trend hari ini. Kopilah Kopi Cafe ni memang sangat menarik dan unik. Terletak betul-betul di tepian pantai Port Dickson, pasti menggamit sanubari pengunjung yang datang untuk menikmati kopi sambil ditemani panorama yang indah.


Macam LeYa bagitahu kat atas tu, ini adalah lokasi kedua untuk Kopilah Kopi ni. Lokasi pertama Kopilah Kopi Cafe ni terletak di Kuala Pilah. Al-malangnya LeYa pun tak sampai lagi kat sana. Hahaha... It's ok la sebab dah ada kat PD ni kan. Kita santai-santai dan minum kopi yang kat PD ni je lah.

Bukan sahaja kedai kopinya yang unik, tetapi kopinya turut digemari oleh ramai orang yang telah mencuba. Power sangat ke kopi ni? Mana tidaknya, kopi ini terkandung cukup rasa cocoa powder, fresh milk dan espresso nya. Dan, LeYa pun tanpa berbasa-basi meredah belantara jalanraya untuk singgah ke Kopilah Kopi Cafe


Sampai di Kopilah Kopi Cafe, LeYa mula membuat pesanan minuman yang ingin diminum LeYa pada petang itu. Suasana di cafe pun tak lah ramai orang. Ada la dalam 5 dan 6 orang. Jadi, tak perlulah nak beratur panjang kan.


Yang bestnya kan, baru saje LeYa nak duduk, tiba-tiba staff kedai dah panggil. Eh, serious lah. Kejap betul! Tak perlu tunggu lama-lama pun. Kopi yang kita pesan cepat dibuat dan tiadalah pelanggan lain nak menunggu order begitu lama. Jadi sementara menunggu waktu yang ada tu, LeYa berehat dan santai minum kopi di situ. 


Ikut citarasa dan tekak LeYa petang tu, LeYa telah membuat pesanan Frappe Vanilla. Memang sedap sebab tak manis sangat dan rasa espresso nya pun lebih. 

 

Buat korang yang datang ke Port Dickson untuk bercuti dan berehat, Kopilah Kopi ni terletak berdekatan Pantai Batu 1, belakang bangunan Pejabat Daerah PD. Memang tempat yang strategik untuk singgah kerana lokasinya yang berada di tepi pantai dan banyak tempat letak kereta serta ada juga disediakan aktiviti sewa basikal untuk bermain di kawasan itu.


Nampaknya kopi hipster hari ini semakin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia dan penduduk setempat pun menyukainya. Tunggu apa lagi? Jomlah cuba!

Kopilah Kopi Cafe

Waktu Operasi : 10.00 pagi - 10.00 malam (Buka setiap hari kecuali waktu kecemasan)
Lokasi : Batu 1, Belakang Pejabat Daerah PD

4 ulasan:

  1. Amboi nikmatnya dia minum kopi tu hehehe kita minum juga tapi tak adalah kopi lover huhuhuhu nampak sedap tu...

    BalasPadam
  2. suka minum kopi utk sarapan. segar mata n memudahkan kerja buat di sek nanti...

    P.S. Link Leya dah ada d blog list abam kie ye...tq...

    BalasPadam
  3. wah nampak caramel dia tuu sedapnya

    BalasPadam
  4. Sedap kan Kopi Kopilah ni. Saya pun pertama kali cuba beli kat sini. Balik Pilah, cuba Kopilah sana pulak. Order, tahu tahu dah siap je :)

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com