Saturday, 28 December 2019

The Shore Oceanarium Melaka - Destinasi Percutian Menarik Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

The Shore Oceanarium Melaka - Destinasi Percutian Menarik Bersama Keluarga | Balik kampung di Melaka dan hari ketiga dah tak tahu nak buat apa, so LeYa dan Otomen Taro mengajak ahli keluarga untuk jalan-jalan Bandaraya Melaka. Asalnya nak jalan-jalan sahaja. Namun, memandangkan tengah musim cuti sekolah dan penuh dengan rakyat jelata, terjadilah episod kaki melangkah masuk ke destinasi percutian yang tengah viral sekarang ni iaitu The Shore Oceanarium. Ada yang dah pernah masuk tak? 

Okay...LeYa first time nak masuk ni dengan family. Teruja jugak nak tengok apa yang menarik kat dalam tu kan. So...jom ikuti cerita di Blog LeYa ini.


The Shore Oceanarium Melaka - Destinasi Percutian Menarik Bersama Keluarga

The Shore Oceanarium terletak di dalam The Shore Shopping Complex. Ianya merupakan satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka dan juga hasil kerjasama antara Jabatan Perikanan Melaka. Kalau korang nak tahu, kat dalam aquarium besar ni, korang boleh lihat pelbagai spesies hidupan laut serta dapat juga mengenali nama-nama saintifik dan habitat haiwan tersebut. Memang sangat menarik dan terpesona LeYa kat dalam tu. Mana taknya tak sedar hampir 1 jam lebih jugak LeYa dan keluarga kat dalam tu.


Jadi, buat para ibu bapa yang masih tercari-cari destinasi terbaik hujung minggu ni atau tahun 2020 yang bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia, LeYa sangat syorkan untuk korang datang dan melawat ke The Shore Oceanarium Melaka ni. Sebab kat sini bukan sahaja menyeronokkan untuk anak-anak, malah dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada mereka tentang hidupan laut. Dan, yang menariknya lagi, kini The Shore Oceanarium ada dua fasa. Fasa 2 yang merupakan VRAR menempatkan permainan interaktif kanak-kanak berasaskan hidupan laut. Memang menyeronokkan!

Kawasan Interactive Touch Pool yang membolehkan kita sentuh ikan-ikan di kolam

Mula-mula korang masuk, korang akan dibawa ke Interactive Touch Pool, yang mana korang boleh sentuh ikan-ikan yang berada di sini seperti tapak sulaiman, anak ikan yu, ikan pari dan lain-lain. Kemain seronok lah tengok anak-anak buah Otomen Taro bermain dengan ikan-ikan tu. 

Anak-anak ikan berenang-renang ke tepian...Hehehe...

Selain dari Interactive Touch PoolThe Shore Oceanarium juga ada menawarkan aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti  Magic Aquarium, Jungle Quest, Ocean Journey, Ocean Theatre, Shark Quest, Sea Shells Museum, River Story, Dangerous Marine Species yang mana ia mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya, Living Fossil, Fun Freakish yang membolehkan korang memberi makan kepada ikan-ikan di dalam kolam dan Kampung Penyu

Finding Nemo...

Lagi aksi ngeri Otomen Taro dibaham Shark

Si Kecil Ikhwan hairan dengan Mak Ucunya masuk dalam air.. Hehehe...

Oh ya! Sebelum terlupa semasa pendaftaran masuk, korang akan dibekalkan dengan cermin mata 3D. Jadi, kat dalam ni korang boleh melihat tempat-tempat interaktif 3D menggunakan cermin mata tersebut. Memang nampak real sangat bila korang pakai cermin mata 3D tu tau. Rasa syok sangat tonton filem 3D dengan cermin mata 3D tu.

Beberapa jenis keluarga siput yang LeYa sendiri tak ingat nama-namanya

Cerita di sebalik ikan-ikan di River Story

Dua beradik yang tak ingat nak balik dah...

Yang ni pun nak jugak...

Kemudian, kami ke Fasa 2 di mana terdapat permainan interaktif VRAR. Kat sini LeYa, Otomen Taro dan keluarga dapat menyaksikan live seperti berada di atas kapal selam melihat sehingga ke dasar lautan menggunakan set VR atau Virtual Reality. Memang best sangat. Rasa gegaran ketika duduk di kerusi tu betul-betul macam kat dalam laut dan dilanggar ikan paus yang besar. Lagi yang menarik kat Fasa 2 ni, korang sekali lagi dapat tonton mini filem 3D dan kebanyakannya lebih tertumpu permainan untuk kanak-kanak.

Tonton VR dengan penuh seronok di sini

Bagi korang yang nak datang ke sini, boleh terus menuju ke The Shore Shopping Complex dan The Shore Oceanarium ini terletak di tingkat dua. Waktu operasi bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga 9.00 malam. Harga tiket ditawarkan seperti di bawah:


Untuk maklumat lanjut mengenai promosi The Shore Oceanarium, boleh layari seperti yang tertera

Website

Jom terbang dengan LeYa... Eh! Hehehe...

Jom Saksikan Cerita Kami Teroka The Shore Oceanarium di LF Channel

Reaksi kOrang:

16 comments:

  1. Seronoknyaa.. Maq belum sampai sini lagi.

    ReplyDelete
  2. Nice post 😊 thanks for your sharing 😊

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. ok ni masuk dalam list next year cuti sekolah la. haha :D

    ReplyDelete
  4. Nampak best je Leya ke sini. Dah lama tak datang Melaka. Kita selalu datang Melaka untuk food hunting je. Tempat2 dia macam dh terlampau biasa utk jumpa. tapi nampak banyak improvement dorg nak tarik lebih ramai pelancong ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. LeYa balik kampung kadang pun terkejut tengok perubahan Melaka yang mendadak..

      Delete
  5. alaa rindu yu pasir kat sana....haahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rindu datang la lagi nanti taw. Johor-Melaka tak jauh sangat pun kan. Hehe...

      Delete
  6. Kak ana dah masuk sini last year. Memang syok. Lagi2 si syafi tu. Kemain teruja dia dpt tgk byk hidupan laut dlm tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan3x... Best kan.. Anak-anak buah LeYa pun sampai taknak keluar.. Hehe..

      Delete
  7. Seronok budak2 kan dapat tengok real fish. Hehe. Boleh belajar banyak info terus kt sana. Anak lg paham dan teruja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... Bermain sambil belajar. Memang best dan terbaik

      Delete
  8. oo the shore.. tuari wak naik tingkat paling atas tangkap sunset jeew.. sonok khanns

    ReplyDelete

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com