Selasa, 31 Disember 2019

Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies - Sambutan hari lahir bukanlah bertujuan mengikut pengaruh Barat, tetapi sebagai suatu peringatan tentang bertambahnya tanggungjawab seisi keluarga terhadap segala urusan duniawi dan ukhrawi. Di samping ucapan selamat dan doa, setiap dari keluarga mahupun rakan-rakan pasti mengambil kesempatan yang ada untuk berkumpul bersama meraikan aktiviti yang dirancang itu bagi mendekatkan lagi silaturrahim. 

Begitu juga yang LeYa hadiri bersempena ulang tahun kelahiran Madam Ell, pengasas Olathee Luslimlabeb yang disambut penuh gembira oleh rakan-rakan dan keluarganya di The Glass Suite BoraOmbak, Putrajaya. Lokasi yang cukup strategik dan cantik berhadapan dengan Tasik Putrajaya telah menemukan LeYa dengan beberapa rakan dalam majlis itu. Di samping itu, turut diadakan juga pelancaran Olathee LUSLIMLABEB Herbal Tea for Mommies untuk membantu golongan ibu menyusu kurus dengan cantik dan sihat.


Sambutan Hari Lahir Madam Ell dan Pelancaran Olathee LUSLIMLABEB For Mommies

Dalam kemeriahan majlis itu, Madam Ell dan suami ada menyatakan yang LUSLIMLABEB For Mommies merupakan kesinambungan daripada LUSLIMLABEB Morning Boost & Evening Doze off. Namun, kedua-dua tea itu mempunyai kandungan dan jenis herba yang tidak sesuai untuk ibu menyusu. Oleh itu, permintaan yang tinggi dari ibu-ibu menyusu telah menghasilkan LUSLIMLABEB For Mommies




LUSLIMLABEB For Mommies dibuat khusus untuk membantu ibu menyusu yang ingin menurunkan berat badan dengan cara semulajadi dan selamat. Bahan-bahan yang digunakan adalah dari 7 jenis herba asli yang mempunyai fungsi untuk menurunkan berat badan tetapi masih selamat untuk digunakan pada ibu yang menyusu. Setiap herba yang digunakan adalah mesra 'BF mom'.


Dalam majlis itu juga, para tetamu dihiburkan dengan persembahan silap mata oleh Ameerul Hazeeq, The Magician yang sedang meningkat naik namanya hari ini. Siapa yang tidak kenal kan? Kemudian, turut diserikan lagi dengan nyanyian yang cukup merdu dari suami Madam Ell sendiri sebagai kejutan sempena hari lahirnya. Memang sangat meriah dan romantik sangat rasa melihat kemesraan pasangan suami isteri ini.




Detik yang ditunggu pun tiba. Acara memotong kek dari Madam Ell ditemani suaminya cukup menghangatkan lagi majlis pada petang itu. Majlis diakhiri dengan pemberian hadiah kepada 3 tetamu bertuah melalui pertandingan di Instagram.




Untuk maklumat lanjut mengenai produk Olathee LUSLIMLABEB, boleh layari seperti yang tertera

Website

Facebook

Instagram


LeYa sekali lagi mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada Madam Ell dan TAHNIAH buat OLATHEE LUSLIMLABEB kerana berjaya memberi yang terbaik kepada semua wanita untuk kekal cantik dan kurus seperti yang diimpikan.


10 ulasan:

  1. Selamat Hari Lahir buat Madam Ell. Memnag nampak meriah majlis ni

    BalasPadam
  2. sambutan yg meriah. masih termimpikan agar sambutan besday abe kie pun sehebat ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah.. Suatu hari nanti Abam Kie boleh laksanakannya. Jangan lupa jemput LeYa. Nanti LeYa war-warkan semeriah ini. 😁😉

      Padam
  3. Selamat hari jadi dan tahniah Madam Ell..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ucapan yang diberikan dari Kak Sue

      Padam
  4. cantik tema pink yg digunakan tu ^_^

    BalasPadam
  5. Tahniah Madam Ell. Qis pun dah mula amalkan luslimlabeb ni

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com