Selasa, 17 September 2013

Melihat keindahan di Singapura



Dua minggu yang lalu, LeYa telah berkunjung ke negara jiran iaitu Singapura bersama ahli keluarga Mr. F. Perasaan pertama ke sana pada mulanya teruja ingin melihat keindahan di negara orang. LeYa ke Singapura kerana menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu Mr. F iaitu Khairullah dan pasangannya, Mardhiah. Bagai pinang dibelah dua. Pengantin serasi dipadankan di atas pelamin nan indah. Majlis resepsi perkahwinan yang diadakan di sana sama juga seperti di Malaysia. Yang memberi kelainan di sana adalah segala kelengkapan seperti pasukan kompang, bunga manggar disediakan oleh pihak lelaki sahaja dan dibawa berarak bersama menaiki bas ke rumah pengantin perempuan. Majlis jamuan mereka tidaklah begitu ramai seperti di sini. Tetamu mereka hanyalah di kalangan yang terdekat dan rapat sahaja. Mungkin hanya dalam lingkungan 500-1000 orang sahaja. 

Tips Pengantin
Pasangan bahagia dari Singapura. -KHAIRULLAH + MARDHIAH-


Usai majlis perkahwinan, semua kelihatan penat dan berehat awal. Pada keesokannya, Mr. F membawa aku menaiki MRT (Mass Rapid Transit, Singapore) berjalan ke sekitar bandar Singapore. Kami ke Orchard iaitu bandar utama di sana. Bangunan tinggi2 hingga ke puncak dan keadaan persekitaran yang bersih memberi persepsi di mana masyarakatnya sangat berdisiplin dan menjaga kebersihan. 

Di Orchard Town berjalan melihat kawasan bandar Singapore



Bila perut lapar, makanan dihidang habis dimakan.
Harbour Front
Melihat keindahan di Harbour Front

Mr. F yang membawa saya ke sini.

Okeylah cukup lah ini yang LeYa upload di blog nie.. Untuk paparan gambar selanjutnya, anda semua boleh melawati di Laman Facebook LeYa... dan pergi ke page LeYa Production.

Related Posts:

  • Berdiri Teguh di Dunia Blog LeYa datang lagi untuk mengemaskini blog kesayangan milik LeYa ini. Petang ni LeYa nak buat entri tentang "Business Card". Apa tu?? Lorrr... tak kan la tak tau kan.. rase LeYa dah ramai pun yang tau n dah ade pun busi… Read More
  • Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56 Wahhh.... Hari ini dah 30 Ogos 2013. Esok 31 Ogos 2013. Bermakna esok Hari Kemerdekaan Yang ke-56 tahun. Sekejap sahaja masa berlalu. Sejak negara kita Malaysia mencapai keamanan dan kebebasan dari penjajahan British, J… Read More
  • Jalan-jalan sekitar Senawang, Seremban Selamat Malam semua rakan2 LeYa. Hari ni LeYa lewat sikit untuk update entri. Kenapa??? Sebab hari ni LeYa disuruh teman kakak ipar tidur di rumahnye di Seremban dan bukan berada di kediaman LeYa. Then, LeYa bila dah sam… Read More
  • Bukan senang nak cari pelajar yang benar2 minat untuk belajar Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... Terdetik di hati untuk menulis satu kisah di mana LeYa diberi pengalaman baru dalam satu kerjaya yang LeYa baru sahaja ceburi. Kerjaya tersebut adalah sebagai "Telemarketing" di mana… Read More
  • Bila keluarga cik LeYa juga berblogging Hari ni LeYa nak ceritakan serba sedikit ahli keluarga LeYa yang telah ramai juga mempunyai blog mereka tersendiri. Baik yang muda hinggalah yang sudah berkahwin. Hehe... Mereka ini semua berblogging hanya satu perkar… Read More

1 ulasan:

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com