Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Pada 09 April 2012 bersamaan dengan semalam, LeYa telah menonton movie yang bertajuk "7 PETALA CINTA". Kisah yang penuh dengan penginsafan dan menyayat hati ini telah membuka minda LeYa untuk menjadi lebih baik di sisi Islam.
Kadang kala kita alpa dengan percintaan yang kita alami.
Kisah ini mengenai cinta sesama manusia, cinta di antara seorang lelaki dan perempuan, cinta di antara seorang Islam dan agamanya, cinta di antara seorang ayah dan anaknya, cinta di antara guru dan pelajarnya. Sebuah filem mengenai 7 PETALA CINTA. ATTAR, seorang yang berada dalam kejahilan menemui sinar baru apabila bertemu dengan ABY IKHWAN, seorang guru di Madrasah Qalbun Salim. Di sana, Attar telah mempelajari ilmu Islam dan kebenarannya. Dalam diam, Attar menyimpan perasaan terhadap SAIDATUL NAFISA. Namun, dia redha apabila Saidatul Nafisa adalah tunangan kepada HAMKA yang sedang menuntut di Mesir. Kejadian yang menimpa Hamka sewaktu ingin pulang ke tanah air telah merubah segalanya. Saidatul Nafisa membuka lembaran baru dan belajar menerima Attar. HILMA, sahabat Saidatul Nafisa menyimpan perasaan terhadap Attar, namun disembunyikan perasaan itu demi menjaga hati sahabatnya. Apakah kesudahan kisah ini? Siapakah yang berjaya memiliki Saidatul Nafisa? Apakah yang terjadi pada Hamka? Ikuti kisah selanjutnya dengan menonton 7 PETALA CINTA.
Untuk itu, LeYa hanya mampu sertakan Di Sebalik Tabir kisah 7 PETALA CINTA.
Selasa, 10 April 2012
7 Petala Cinta
Related Posts:
Jom Terjah Blog AnakDaraDen Assalamualaikum dan salam Sejahtera semua... LeYa join lagi satu contest iaitu 1st Lucky Draw @ AnakDaraDen. Korang nak join x?? Sila klik SINI untuk mengetahui syarat2 nyer... hehe... LeYa nak… Read More
aKu di KeNyirSalam sumer... Seminggu LeYa tak update blog ni kan.. Kenapa?? Sebab LeYa with famiLy gi bercuti + famiLy day di Kenyir... Catatan harian dari mula hingga kembali ke Port Dickson, n9 05 Disember 2010 bersamaan hari Ahad 10.… Read More
Chocolate Giveway Salam sumer...lagi sekali LeYa join contest..huhu... Kali ni dari mama naufal n nureen. Memang rajin betul la mereka2 yang buat contest ni kan.. Jadi, LeYa pun tak keberatan la untuk join kan diri LeYa dalam "Chocol… Read More
'PEACE CONTEST' by EZAN IDMA Salam sumer... LeYa telah ditag oleh Pjaz dalam peace contest ni... Thanks Pjaz... Tuan punye yg reka contest ni ialah..... EZAN IDMA Sila klik SINI dan mari kita ten… Read More
Aku rindu Dia...Salam petang sumer buat para blogger yang LeYa sayangi... Petang2 ni LeYa terase nak post satu entry tentang seseorang yg LeYa amat rindui... Erm...sape tuh??? Wahhh... LeYa ni jiwang la...cakap pasal rindu..cinta la.. saya… Read More
0 beri komen di sini:
Catat Ulasan
Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com