Monday, 9 April 2012

Software Engineer kah aku???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah lama saya tidak update blog kesayangan saya ni.Hari Isnin lepas saya ditawarkan satu jawatan sebagai Software Engineer dan bermulalah episod saya melaksanakan satu web browser untuk syarikat tersebut. Dipendekkan cerita, saya diberi kepercayaan 100% untuk menyiapkan browser tersebut yang akan launch dalam hujung April ini. Sudah menjadi lumrah sebagai pelajar IT sebelum ini, saya tidak asing lagi melaksanakan aktiviti yang disenaraikan. Sebagai pelajar IT(Software Development), saya memang sering berhadapan dengan pembinaan laman-laman web, blog dan sistem yang diajar di peringkat pembelajaran di sekolah, politeknik dan universiti.

Seminggu bertungkus lumus menyiapkan tugasan yang diberi. Dan kini hanya tinggal bahagian software atau browser untuk di download sahaja yang belum dilaksanakan. Saya sedaya upaya memerah keringat untuk menyaipkan tugasan ini demi massa depan saya.

"Sir, excuse me. Can you give me a details about the project before I'll started this work?"

"Could you tell me what is the important part in this browser that interact user to use it?"

Pertanyaan demi pertanyaan saya ajukan kepada Manager sebelum melaksanakan tugas.

Kejayaan demi kejayaan ku berhasil selama satu minggu menyiapkan tugasan ini. Dan hasilnya seperti paparan utama di bawah:


Antaramuka Depan untuk User download software


Reaksi kOrang:

0 beri komen di sini:

Post a Comment