Ahad, 30 Januari 2011

Frenbook.net

Malam yang dingin seperti berada di luar negara keadaannya... Dari pagi sampai malam hujan masih belum reda.. Keinginanku untuk keluar mengambil angin petang terbantut dek hujan yang turun mencurah-curah ke bumi Malaysia. Tubuh menggigil kesejukan tatkala angin sejuk masuk melalui celahan pintu hadapan yg terbuka. Lantas, aku bangun dan terus menutup pintu hadapan dan berlalu ke bilik. Aku berbaring di atas katil sambil otak ligat memikirkan aktiviti yang ingin kulakukan. Hati tercuit untuk menyiapkan Projek Sarjana Muda.. Namun, dek kerna masih belum mendapat ilham, aku masih berbaring di katil. Terlintas seketika di fikiran ku untuk menulis satu entry yang menarik pada kali ini.. Mungkin ia nya sudah diketahui ramai... Tapi aku masih tetap ingin menulis dan memberitahunya pada semua tentang entry yang akan kutulis ini..

Pernah anda dengar tentang Frenbook.Net??
Anda tahu apa itu Frenbook.Net??

Frenbook.Net adalah satu jaringan komuniti sosial Indonesia yang menghubungkan kita dengan orang lain seperti kawan2, keluarga dan sebagainya. Ia sama seperti jaringan Facebook dan mampu menyaingi Facebook dengan popularitinya kini hampir mencecah satu juta. 

www.ilmci.com adalah halaman yang dikelola khas untuk frenbook.net direka oleh Sofian Tjandera, berasal dari Kalimantan dan mempunyai kelebihannya tersendiri. Berbeza dengan Facebook, Frenbook kini memiliki halaman sendiri dengan ia nya boleh mengawal kandungan yang berunsurkan pornografi atau kekerasan. Selain itu, Frenbook juga dirancang untuk mencari kata-kata yang berkaitan dengan pendidikan. 




2 ulasan:

  1. kat malaysia pun dah ade taw laman sosial sndiri...law x salah amy myfriends2u.com...:)

    BalasPadam
  2. owh..yeah..i know that... myfriends2u.com...btw,thanks

    BalasPadam

Untuk sebarang pertanyaan, pengiklanan, tajaan, kolobarasi dan jemputan boleh hubungi LeYa melalui email anagurlz87@gmail.com