Rabu, 18 Oktober 2017

Pameran Dinosaur Alive Tarik Ramai Pelancong ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Baru berkesempatan untuk menyiapkan artikel perkongsian santai bersama rakan-rakan sewaktu cuti sekolah yang lalu. LeYa dan Otomen telah melawat Pameran Dinosaurs Alive di Kuala Lumpur 2017 yang bertempat di MaTiC. 

Pameran bertaraf antarabangsa yang pertama kali dibawa ke Asia dari Australia ini akan berlangsung sehingga Januari 2018 dengan mempamerkan lebih 40 jenis dinosaur berskala besar, sekali gus memberi pengalaman dan kepuasan kepada pengunjung terutama kanak-kanak. 

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Melawat Pameran Dinosaur Alive

Pameran Dinosaur Alive merupakan acara unik yang telah dianjurkan oleh Creative Alliance dan disokong oleh Tourism Malaysia & MaTiC di bawah seliaan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan. Ia juga merupakan pameran interaktif yang mana membawa para pengunjung merasai dan menyelami dunia dinosaur animatronic.

Pameran ini juga dikatakan berbentuk pendidikan dan sangat menyeronokkan buat kanak-kanak di mana mereka dapat menikmati sebahagian daripada dunia Jurassic pada hari ini. Dinosaur animatronic bersaiz hidup dan menjadikan satu pengalaman menarik untuk diteroka. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menarik lebih ramai kanak-kanak sertai di bawah satu khemah yang besar kepada semua golongan tidak kira pelancong dalam mahupun luar negara. 

Dinosaurs Alive in Kuala Lumpur

Dapatkan tiket masuk di sini...

Konsep yang diketengahkan di pameran dinosaur alive ini adalah bertemakan Jurassic Park yang telah dibuka selama 6 bulan pada setiap hari mulai jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam dan bertempat di Lanai MaTiC. Sebuah pameran yang akan memberikan pengalaman bermakna kepada kanak-kanak dan seisi keluarga yang berkunjung ke taman rekreasi yang sangat unik dan bertemakan dinosaur di Kuala Lumpur ini.

Terdapat juga zon penggalian telur dan fosil dinosasur buat kanak-kanak, kawasan kraf pasir dinosaur, aktiviti memasang rangka tulang dan kawasan sejarah dinosaur "jumping castle" dan banyak lagi permainan yang boleh anak-anak anda terokainya. Juga turut disediakan zon makanan dan minuman serta jualan mainan atau barangan replika dinosaur. 

Tyrannosaurus Rex atau T-Rex




Jualan dan barangan replika dinosaur

Pameran Replika Dinosaur dan Produk Pelancongan

Memandangkan tiada sebarang acara khusus sedang berlangsung sewaktu kedatangan kami, pameran ini tidak begitu sibuk dan ia memudahkan kami berjalan-jalan melawat persekitaran. Tarikan unik Dinosaur Alive ini adalah produk pelancongan baharu dan dapat menarik lebih ramai pelancong dari negara Asia dan juga negara luar untuk melancong ke Malaysia, seterusnya menjana pertumbuhan ekonomi negara. 

Terdapat pelbagai replika dipamerkan yang kebanyakannya memang menarik dan membantu memberi pendedahan kepada pengunjung terutama kepada anak-anak berkaitan pembelajaran sejarah dan ketamadunan era dinosaur. 





Kami berada di sini sekitar 2 jam sebelum beredar meneruskan perjalanan ke destinasi pulang ke rumah kami. Pameran Dinosaur ALive ini beroperasi setiap hari bermula jam 10.00 pagi sehingga 10.00 malam. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM50 untuk dewasa dan RM20 untuk kanak-kanak sekitar umur 3 hingga 12 tahun. Turut juga diberi diskaun kepada kumpulan yang seramai 10 orang atau lebih seperti kumpulan pelajar sekolah. Suasana persekitaran dalam khemah di mana ditempatkan pameran ini sangat sejuk dan tidak memenatkan untuk sekeluarga berjalan ke setiap pelusuk ruang untuk menghargai sejarah dan nilai kesenian dalam ketamadunan dinosaur.

Dinosaur Alive adalah inisiatif MaTiC dengan kerjasama Creative Alliance dan Dinosaurs Touring, sebuah syarikat yang berpusat di Melbourne, Australia.  Setiap pakej dan tempahan boleh didapati untuk aktiviti swasta atau korporat, kumpulan sosial, VIP dan acara khas. 

Maklumat lanjut, boleh layari :-


Alamat | Lanai MaTiC, 109, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Sabtu, 14 Oktober 2017

Movie Review | Filem Chasing The Dragon Menampilkan Andy Lau dan Donnie Yen

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Lakonan hebat dari pelakon dan penyanyi, Andy Lau ditampilkan dalam Filem Aksi Chasing The Dragon bergandingan dengan Donnie Yen yang juga pelakon hebat dalam lakonan filem IP Man. LeYa pasti korang yang lahir di era 1980an - 1990an kenal akan watak lakonan Andy Lau ini. Malah dikatakan ketika itu fenomena filem atau drama dari Hong Kong memang sangat hebat sehinggakan setiap siaran TV berlumba-lumba untuk menayangkan aksi lakonan Andy Lau yang sememangnya adalah nama besar dalam industri hiburan di Asia.

Baru-baru ini, LeYa berkesempatan menyaksikan tayangan perdana filem CHASING THE DRAGON yang telah berlangsung dengan jemputan dari portal hiburan BUZZING MALAYSIA.



Sinopsis Filem CHASING THE DRAGON

Filem CHASING THE DRAGON ini bergenre jenayah dan aksi yang diarahkan oleh Jason Kwan dan Wong Jin. Difahamkan lagi yang mana tajuk asal filem ini sebenarnya adalah KING OF DRUG DEALER. Namun, ia adalah remake kepada filem yang pernah diterbitkan pada tahun 1991 iaitu filem TO BE NUMBER ONE. Filem CHASING THE DRAGON adalah kolaborasi yang pertama kalinya antara Andy Lau dan Donnie Yen. Filem ini berbahasa kantonis dan mempunyai sarikata Bahasa Melayu.

Filem CHASING THE DRAGON mengisahkan Ho (Donnie Yen) yang masuk ke Hong Kong dari Tanah Besar China pada lewat tahun 1960-an untuk mencari rezeki. Dalam pada itu juga, pihak polis Hong Kong bekerjasama dengan para penjenayah di bawah penjajahan British. Pada era itu, amalan rasuah di kalangan penjawat kerajaan sangat berleluasa bersama juga melalui industri dadah dan pelacuran.

Ketua Detektif, Lee Rock (Andy Lau) menghargai kemahiran dan keberanian hebat Ho sehingga membantunya melarikan diri dari seksaan Pihak Polis Inggeris. Ho amat bersyukur kepada Rock atas bantuannya itu. Dalam satu pergaduhan geng, untuk menyelamatkan Rock, Ho telah mengorbankan kaki kanannya sehingga menjadi lumpuh. Sejak dari itu, mereka menjadi semakin akrab dan Rock membantu Ho menjadi pemimpin nombor satu dalam kumpulan pengedaran dadah. Rock dan Ho menjadi semakin berkuasa dan secara berasingan menakluk Hong Kong. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama mereka juga bergelut dengan sebuah rahsia bagi memastikan kesimbangan kuasa di antara mereka. Sehingga tahun 1974, penubuhan ICAC (Independent Commision Against Corruption) telah memaksa Rock untuk bersara awal. Walau bagaimanapun, Ho tidak mahu berhenti dan bertekad untuk menjadi diktator tunggal kerajaan dadah.











Apa Kata LeYa?

Bagi LeYa yang juga penggemar filem aksi berpendapat filem ini bukan sahaja menarik untuk ditonton, malah ia memaparkan tentang senario yang masih berlaku di dunia dan juga menerapkan unsur-unsur nilai murni sebagai peringatan diri. Filem CHASING THE DRAGON mengajar kita tentang erti sebuah persahabatan, cinta sejati dan berbudi pekerti tidak kira kepada yang orang tidak dikenali. Filem ini juga menekankan di mana dadah, pelacuran dan rasuah adalah perosak kepada bangsa dan negara. Watak dan lakonan hebat Andy Lau dan Donnie Yen yang berjaya menambat hati LeYa untuk terus menonton sehingga ke akhir racangan harus diberi pujian yang sangat tinggi. Kedua mereka ini menampilkan lakonan yang sangat hebat dan terbaik.


Ingin tahu kesudahan filem aksi hebat ini? Jom saksikan filem CHASING THE DRAGON ini di pawagam berdekatan korang. Filem ini diedarkan oleh LOTUS FIVE STAR dan dipasarkan di Malaysia oleh RAM ENTERTAINMENT.

Berapa Bintang?

Dengan ini LeYa bagi

4 / 5 

BINTANG

Jumaat, 13 Oktober 2017

NY Steak Shack Tampil Menu Baru Di Outlet Ke-10 Melawati Mall

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ramai peminat masakan Barat, lebih-lebih lagi yang dah merasainya sendiri di NY Steak Shack yang berada di beberapa cawangan Kuala Lumpur mesti teruja nak tahu apa kelainan yang ada di cawangan baru di Melawati Mall ini. Restoran NY Steak Shack merupakan makanan Barat yang sedap dan halal berkonsepkan yang telah diinspirasikan dari NY City dengan slogan Heaty, Tasty, Meaty Affair. Pasti dah ramai pernah cuba kan? Okay... tapi LeYa adalah yang pertama kali rasa dan nak kongsi sedikit apa yang LeYa telah cuba. 

Cheesy Chick & Sizzle

Pembukaan Cawangan Ke-10 NY Steak Shack, Melawati Mall

Majlis Pelancaran Hari Ulang Tahun Ke-3 NY Steak Shack juga turut memperkenalkan cawangan ke-10 mereka pada 18 September 2017 lalu, telah membawa LeYa dan Otomen serta rakan-rakan menjamu selera di sini dalam suasana yang santai dan tenang. Sebelum LeYa dibawa dengan 3 menu hidangan baharu mereka, terlebih dahulu LeYa dihidangkan dengan persembahan video "Steak Date Gone Wrong or Not" oleh beberapa watak yang menjadikan steak sebagai menu untuk diciptanya menjadi yang terbaik. Namun, di sebalik kepayahan itu, mereka semua lebih memilih untuk menikmatinya di NY Steak Shack!



Makan Sehingga Kenyang di NY Steak Shack

Kalau korang datang ke mana-mana cawangan NY Steak Shack, korang mesti kena cuba kesemua jenis hidangan kerana setiap satunya mempunyai kelainan citarasa yang tidak boleh dibayangkan.


LeYa dah pun cuba kesemua pilihan yang ada dan yang paling digemari adalah Big Apple. Kelainan hidangan burgernya yang menampilkan buah epal di dalamnya menambah selera LeYa untuk menikmatinya. Dengan kehadiran buah epal itu membuatkan gizi seimbang dalam hidangan burger yang disediakan. Namun, tak bermakna yang lain-lain tu tak sedap ye. Kesemuanya sangat sedap dan menepati citarasa LeYa untuk mencuba lagi di masa akan datang. 

Kalau korang nak tahu, minuman Banana Milkshake yang disediakan memberi satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan LeYa ketika menikmatinya. Rasa pisang bersama susunya yang pekat dan kaw pasti menambat selera korang. Oh ye! Paling LeYa tak boleh lupa adalah dengan minuman kecil seakan ribena dihidang setiap kali cawan kecil tersebut kehabisan air. Air ribena ini bukan ribena biasa. Tetapi ia adalah rahsia NY Steak Shack mungkin kerana setiap kali meminumnya, ia akan membawa kembali LeYa untuk menikmati hidangan Western yang menyelerakan walaupun perut sudah kekenyangan. 

Creamy Spicy Salsa

Wings Over Mushroom & Onions

The Bomb

Apple Corn Salad


Big Apple

The Empire

Ribeye Steak Grilled

Banana MilkShake

Perkenalkan Menu Baharu NY Steak Shack

Best tak korang dapat jamu mata dengan hidangan yang disediakan di NY Steak Shack Melawati Mall ni. Agak-agak ada yang dah teruja tak nak makan di sini? Hehehe... So... dah usha tuh... Apa lagi? Ajak lah pasangan atau ahli keluarga atau juga rakan-rakan ke Melawati Mall dan terus ke tingkat 3 di mana restoran ini ditempatkan. Lebih menarik lagi, NY Steak Shack sekarang menghidangkan 3 menu terbaru dan LeYa sudah pun merasainya. Antaranya adalah LSFC On Fire (Lamb, Sausage, Fish, Chicken), LFC Hot Plate (Lamb, Fish, Chicken) dan Sizzlin' BFC (Beef, Fish, Chicken) serta NY Striploin dan Burger "The Empire" yang sememangnya sedap belaka. 

NY Striploin



So... siapa-siapa yang ada kawasan Melawati dan berdekatan, boleh lah singgah ke NY Steak Shack untuk chill-chill dengan kawan-kawan atau keluarga sambil menikmati makan dan minum di sini. Tak kisah lah korang nak datang waktu bila, pagi ker, tengah hari ker atau malam kerana restoran ini beroperasi setiap hari dari jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam

Nak maklumat lanjut boleh scroll down bawah ni untuk dapatkan lokasi dan menu menarik di restoran ini. Selamat Mencuba Semua!





Maklumat Lanjut:


Alamat | NY Steak Shack Melawati L3-08, 3rd Floor, Melawati Mall, 355 Jalan Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

No. Telefon | 03 - 4161 0826

Outlet-Outlet NY Steak Shack Yang Lain
  1. Mid Valley
  2. Sunway Pyramid
  3. One Utama
  4. Sogo
  5. Subang Parade
  6. AEON Mall Shah Alam
  7. Sunway Velocity
  8. 101 City Mall Putrajaya
  9. Alamanda Putrajaya
Ranking LeYa:-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5

Isnin, 9 Oktober 2017

5 Sebab Kenapa Perlu Nikmati Dzas Soft Ice Cream

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Suatu ketika dahulu, LeYa ada berkongsikan dengan keenakan dan kelazatan DZAS SOFT ICE CREAM yang FRESH dan LEMBUT buatan sendiri. Kalau dah lupa, boleh klik link ini, Dzas Soft Ice Cream Memang Sedap


Nahhh.... bila satu-satu produk tu memang dah bagus, tak perlu pun nak promosi secara besar-besaran. Kesan positif dari pelanggan yang dah merasainya cukup memberikan berita gembira buat pemilik produk. Jadi, memang mudah lah terjual serta viral di media-media sosial yang ada.

Apa produk yang LeYa dok sebut-sebutkan dari tadi?
Produk yang dimaksudkan itu adalah Dzas Soft Ice Cream. Ia merupakan ais krim buatan sendiri yang mempunyai beberapa kelebihan untuk semua peringkat umur agar benar-benar puas hati dan gembira apabila dapat nikmatinya.



Kelebihan Dzas Soft Ice Cream yang Menjadi Viral di Laman Sosial

Produk ais krim ini mensasarkan kepada semua golongan tidak kira lelaki mahupun wanita, tua, muda malah kanak-kanak yang lebih-lebih seronok dan gembira bila dapat nikmati ais krim. Ia merupakan ais krim buatan sendiri yang sangat lembut dengan harga yang amat berpatutan iaitu HANYA RM1.00. Selain itu, ia juga diyakini halal dan sangat sedap!

Pihak Dzas Soft Ice Cream juga sedia menerima tempahan dari anda seperti majlis perkahwinan, hari guru, jamuan hari raya, rumah terbuka, majlis hari lahir, hari keluarga dan banyak lagi. 

Ais krim buatan sendiri. Memang sedap dan berbaloi. Boleh pilih apa sahaja perisa yang korang minati. Inshaa Allah... pasti akan tertunai hajat korang itu.

5 Kelebihan Produk Dzas Soft Ice Cream
  1. Sesuai kepada semua golongan
  2. Sangat Lembut dan Fresh
  3. Diyakini Halal dan Sangat Sedap
  4. Sedia menerima tempahan apa-apa majlis
  5. Murah dan berbaloi-baloi

Antara perisa DZAS SOFT ICE CREAM yang boleh korang rasai dan nikmati ialah:-
  1. Vanilla
  2. Coklat
  3. Cappucino
  4. Mocha
  5. Yam
  6. Strawberry
  7. Jagung
  8. Durian
  9. Blueberry




Daripada beberapa komen yang telah merasainya, Dzas Soft Ice Cream adalah produk yang boleh memberikan kesan kesegaran dan kenikmatan kepada semua golongan ketika menikmati hidangan ais krim tersebut.

Sekarang mungkin korang sudah tahu kenapa produk ini menjadi viral. LeYa juga ada kongsikan beberapa fakta menarik mengenai produk ini yang membolehkan ia menjadi produk pilihan ramai dalam menempah untuk majlis-majlis yang akan korang laksanakan.



Dzas Soft Ice Cream juga korang boleh dapatkan di kawasan seperti:-

  • Terengganu
  • Selangor
  • Sarawak
  • Perak
Berminat untuk mendapatkan atau menempah produk Dzas Soft Ice Cream terlajak laris ini? Apa yang perlu korang buat hanyalah WhatsApp ke talian nombor berikut: 017 - 234 0169 



Maklumat lanjut boleh layari:-