Jumaat, 24 Disember 2010

No Idea!!!


Picture kat ats ni nk bagitahu yg aku bersama sepupu2 ku kebuntuan di mlm hari di Kemaman, Terengganu... Dah dapat kete dah...tp xder tmpt nk gi... Aduyai...dah la tmpt org...tak tau na gi... Wahai kengkawan blogger... mane tmpt yg best....

huhuhuhuhu.....sob3x....

kan dah gi online plak...beramai2 plak tuh... Aduyai! sungguh xder keje tol kitorang ni... Xpe2...jap lagi gi jalan2 lah tuh...tengah pk jap...

Wahai sedare2 ku sabar2 yer.... Jgn gelojoh sgt...wakakakaka...

Selasa, 21 Disember 2010

10 HandPhone Tercanggih Masa Kini!

Handphone pada masa kini tidak hanya sebagai media komunikasi sahaja tetapi ia juga sudah menunjukkan keunggulan lain di mana ia membuatkan kita tertarik untuk menggunakan atau memiliki handphone.

1)Asus P565

ASUS-P565

2) BlackBerry Bold
Blackberry-Bold-Rogers



3> HTC Imagio
htc-imagio-xv6975-580
4> iPhone 3G S
i-phone-3G-S

5> Palm Pre
Palm Pre
6> Samsung 360 H1
Samsung 360 H1
7> Samsung Jet
Samsung Jet
8> Samsung Omnia HD
Samsung Omnia HD
9> Sony Ericsson Satio
Sony Ericsson Satio
10> Toshiba TG01
Toshiba TG01

Terlerai sudah kekusutan yg berlaku

Hati ini gembira kerana kesilapan yg dilakukan bukan dari hatinya yg sebenar...

Tapi aku sedikit terkilan...

Kenapa pada malam itu juga dia tidak mahu terus terang? 
Kenapa mesti tengok aku emo marah2 dan benci padanya? 
Kenapa engkau tak mahu terangkan? 
Apa susahkah setiap perkataan yg ingin dituturkan? 
Adakah aku terlalu garang / tegas pabila bersamamu? 

Terlalu banyak persoalan yg bermain di fikiran ku tatkala ini... Setelah kau memenuhi kehendak yg ku inginkan dan yg ku perlukan... baru kau mahu ceritakan kisah yg sebenar... Aku keliru... Kenapa kau masih ingin menyembunyikan masalah dlm dirimu sendirian sedangkan kau sendiri yg cakap jangan pendam, tak baik untuk kesihatan diri... Lama-kelamaan akan memakan hati sendiri.. Aku masih ingat lagi kata2 mu itu... Tapi kini...kau yg cuba menyembunyikan hal yg ebenar tanpa memberitahuku... 

Sudah acap kali ku pinta... baru kini kau mengerti dan memberitahu ku tentang itu... Kenapa? Kenapa?

I: Salam...I hope u fine today. I'll just want to ask u some question about yesterday. I really sad what u've
   done to me... I was shocked and could not imagine that you can do to me. Erm...
U: Wsslam... Sorry syg... I think u have big trouble mistake about the incident.. Btw, when I call u and I want 
    u to know about "my bag" is in ur car.. And I really need the bag and hurry to do job with friend.. Then, 
    my friend told me that u r so late... "He took my handphone and angry to u... For little time, u lost in a
    way...We need hurry okay... Don't make me angry... I do not like u f**ker... Idiot!" say my friend to u.. I 
    was shocked and dont know how could I do...
I: What?? Ur friend or urs?? Tell me the truth...
U: Really dear... I'm not doing the bad mistake for my beloved and I dont think to do like that... Then, he just 
    talk to me... "Leave her... U'll find any special friend better than her... I dont like her.."
I: Why he talk like that? And why not u fight him to respect me as ur bf...
U: Sorry dear...I always fight him along the journey in car... And, i really sorry for that... I'm promise that 
    when I can't do it again... I will survey who are doing the bad job...
I: Okay...if u say like that... I accepted it...!! And, I want u to know that, I hope u change ur attitude and dont 
   do it again... And make sure ur phone is urs not ur friend...U must assertive and dont give something that urs 
   to the others... Appreciate our belongings...
U: Okay dear... Erm... I'm so sleepy dearr.... 
I: Erm....good nite...luv u... Enjoy ur sleeping toninght and think about what I have said... 

Terlerai sudah kekusutan yg bersarang dalam ingatan kepala ku ini... Aku kini mengerti dan lebih mengerti apa  yg dipendamnya selama ini... Aku berharap sangat yg dia sudah melakukan satu perubahan yg baik buat diri ku yg disayanginya.... Dan, aku juga akan cuba buang segala yg keruh dan ambil yg jernih... 

Sekian sahaja coretan pada malam ini...

Ahad, 19 Disember 2010

Geram + Sakit Hati + Menyampah + Nyesal = Aku tension

 18 Disember 2010

Pada mulanya aku merancang baik bersama sepupu2ku.... Perjalanan pun semuanyer sempurna... Aku gembira... Namun, indah khabar dari rupa.. Kegembiraan kami menjadi sepi pabila mendapat panggilan dari Atam, makcik belah ibuku memberitahu atuk dalam keadaan kritikal. Dan, kami bercadang untuk pulang ke Seremban semula... 

Kemudian... kami dapat panggilan semula... Atuk dah beransur pulih... Jadi, sepupu2ku yg memahami perasaan ku sanggup untuk berpatah balik ke Shah Alam semata2 ingin menunaikan hajatku untuk berjumpa dgn orang yg tersayang.... Aku happy seketika... Ku telefon dia semula dan memberitahu segalanya... Dia mengiakan segalanya dan terkejut kerana aku berpatah balik dan berjumpa dengannya.... 

Okay... sampai saja di sana, kami berpecah.. sepupu2 ku pergi lepak di Uptown dan aku pergi berjumpanya... Dalam perjalanan mencari tempat makan, keadaan masih terkawal... Kami berbual biasa... Dia bertanya itu dan ini... Namun, bila tiba kami berbual mengenai kejadian tak jadi jumpa tadi, dia tak semena-mena naik angin dan marah2 padaku... Aku jadi keliru... Aku sedih... Tidak pernah dia melakukannya padaku selama ini... Setiap kali pertelingkahan kecil berlaku, mesti akan disangkalnya dan berbincang masalah lain untuk tidak mengambil peduli mengenai masalah itu... Namun, malam itu berlainan sekali... Aku dimarahnya begitu teruk sekali.... Aku nangis dalam hati... Hanya hati yg mengetahui apa yg terjadi... Aku bengang... Aku geram... Aku rasa ingin lari daripadanya seketika... Malang menimpa ku... Aku tak jumpa jalan pulang ke tempat di mana sepupu2 ku berada... Ouch! Mungkin balasan padaku... huhu... Aku gagahkan juga diri.... Relaks....Steady.... Cool... Mencari jalan pulang dan akhirnya aku bertemu di tempat permulaan aku tinggalkan mereka.... Dan, si dia yg telah tertinggal beg laptop marah2 aku. APa salah aku??? Bukan aku sengaja buat laptop nya tertinggal dalam keretaku.... Bukankah itu salah engkau?? Kenapa mesti engkau cuai?? Kenapa mesti aku yg dipersalahkan?? Ya! Mungkin kerna aku seorang wanita... Dan kau lelaki.... Tetapi tak semudah itu untuk aku mengikut kehendak kau... Aku juga punya maruah... Aku masih ada ramai lagi yg menyayangi diriku... 

Dan.... setelah dia telah mendapatkan laptopnya semula...aku bla tanpa menoleh ke arahnya dan menghulur tangan salam padanya.... Aku pergi meninggalkannya begitu sahaja... Aku pergi untuk pulang semula ke Seremban... Jam pun dah menunjukkan ke angka 1.00am... Lebih baik aku pulang dari melayan kerenah nya hari ini yang tidak baik setelah pada mulanya mendapat tahu tidak dapat bertemu denganku.... Okay... sebagai seorang wanita...aku mungkin tak dapat bohong hati dan perasaanku yg masih sayang kan mu sebab kau tidak pernah melukakan hatiku selama ini... Aku respect... Aku hormat segala perilaku mu sebagai seorang lelaki yg aku sayang... Tetapi, aku betul2 keliru kenapa kau memperlakukan aku seperti itu pada hari kita bertemu setelah tiga minggu tidak bersua muka... 

Niat di hati ingin melepaskan rindu terhadapmu... Namun, ia telah merelakan kesedihan yg bersarang di hati.. Dan aku ingin bersendirian seketika.. Buat para blogger aku yg disayangi.. Aku minta maaf andai aku tidak update entry baru dalam blog aku mulai esok... Izinkan aku menyepi...Aku perlukan ketenangan dan aku mahu menyendiri untuk seketika waktu... 

Akhir sekali, aku memohon maaf atas kekasaran bahasa di dalam ini yang mengguris hati blogger2 aku... Dan buat sepupu2 ku yg terlibat, aku juga minta maaf kerana telah menyusahkan kalian... Memang tak tahu akan berlaku kejadian seperti itu... Aku tak tahu... Aku bingung... Aku geram... Dan buat insan yg aku hormat..sayang...aku doakan kau bahagia... Aku harap kau fikirkan kembali apa yg telah kau lakukan padaku... Aku tahu kau tension dengan seseorang... Tapi, janganlah melampiaskan marahmu padaku... Andai dapat kuundurkan masa...ingin aku menjadikan semuanya indah belaka... Tidak sekali aku inginkan perkara buruk menimpa diriku... 

Dengan hati yang kehampaan kututup entry kali ini dengan sebuah lagu dari element yg bertajuk "Cinta Tak Bersyarat." Dengarkanlah.....



Jumaat, 17 Disember 2010

Penangan komedi kampung

Kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah hampiri RM3 juta selepas seminggu ditayang

MEMPEROLEHI kutipan kasar RM2.7 juta selepas seminggu ditayangkan menerusi 48 panggung di seluruh negara, bukan sekadar memberi kelegaan tetapi juga senyuman bangga kepada penerbit filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Gayatri Su-Lin Pillai. 

Tanpa teragak-agak, Gayatri mengaku kutipan sebanyak itu menjadikan Hantu Kak Limah Balik Rumah dianggap tertinggi dikalangan filem yang diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB).
“Saya rasa angka kutipannya akan terus meningkat berdasarkan sambutannya yang masih tinggi. Ya! Saya akui kutipan Hantu Kak Limah Balik Rumah ini memang yang tertinggi dikalangan filem terbitan Tayangan Unggul,” katanya kepada Hip.


Gayatri berkata, dia memang menjangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah mendapat sambutan baik daripada penonton tetapi tidak menduga maklum balas penonton amat memberangsangkan sehingga mencetuskan ‘fenomena’ tersendiri. 

Menurutnya, beberapa nama watak dan dialog dalam filem itu juga menjadi sebutan serta ikutan penonton yang sesetengahnya menonton lebih daripada dua kali. 

“Kemungkinan penerbit filem sudah kurang memberi tumpuan kepada komedi kampung dan loghat negeri menjadikan filem ini mendapat sambutan baik daripada penonton. 

“Apabila kami menerbitkan gaya filem seperti itu, ia menjadikan Hantu Kak Limah Balik Rumah sebagai suatu persembahan yang segar kepada penonton. Pada saya, kekuatan filem ini adalah kerana sentuhan pengarahnya, Mamat Khalid yang kelakar, dekat dengan hati penonton, mudah dan ringkas. 
“Faktor lain kerana barisan pelakonnya seperti Awie yang jadi Usin, Pak Uda (Zami Ismail), Pak Jabit (Man Kadir) dan pemilihan bakat baru seperti Ummi Nazeera yang melakonkan watak Che Nin, Johan Raja Lawak sebagai Abi Hurairah serta kekuatan watak pembantu utama, Usop lakonan Syed Asri Mohamed atau Sy8, menjadikan ia satu gabungan cukup menarik,” katanya. 

Biarpun dilihat sebagai filem komedi kampung, tetapi itulah yang membuatkan penonton berasa dekat dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Pengisian filem ini, walaupun disampaikan dalam bentuk jenaka dan nampak macam ringan sahaja, tetapi ia tetap padat dan sinis. 

Walaupun bercorak seram, drama dan komedi, sebagai pengarah, Mamat juga turut menyuntik elemen muzikal seperti menampilkan Awie menyanyikan lagu Cinta Kristal yang pernah dipopularkan oleh Rahim Maarof. 

Ia bukan saja untuk mengendurkan ketegangan tetapi juga dapat mengendurkan rasa ketakutan penonton selain hiburan tambahan kepada penonton. 

Mengenai kemungkinan sambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Gayatri berkata, Mamat Khalid ada menyuarakan perkara itu dan TUSB sedang menimbang perkara itu. 

“Rasanya tuan pengarah (Mamat Khalid) memang cuba memastikan saya bersetuju dengan cadangan menerbitkan Zombie Ultimatum dengan adanya sedikit watak tergantung menerusi watak Ayu (lakonan Avaa Vanja) pada penghujung Hantu Kak Limah Balik Rumah. 

“Pandai Mamat Khalid. Tapi kami memang sudah lama membincangkan pasal trilogi filem Zombie Kampung Pisang,” katanya. 

Mengulas mengenai penayangannya hanya menerusi 48 panggung sahaja, Gayatri menjelaskan, soal tidak yakin terhadap filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebenarnya tidak timbul sebaliknya memang TUSB sentiasa memberi tumpuan kepada panggung yang boleh memberikan kutipan tinggi. 

“Memang jumlah panggung yang menayangkan filem ini dalam lingkungan bajet kita. Paling banyak sesebuah filem terbitan TUSB ditayangkan ialah 55 panggung. Tidak lebih daripada itu. 

“Saya rasa jumlah panggung yang menayangkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah memadai. Adalah lebih baik kita memberi tumpuan ke atas panggung yang boleh memenuhi sasaran kutipan. 

“Ditayangkan dalam banyak panggung belum tentu boleh menghasilkan kutipan yang tinggi. Kadang-kadang boleh mengurangkan angka kutipan pula,” jelasnya. 
Jumlah 48 panggung yang menayangkan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah sebenarnya agak kecil bilangannya berbanding dengan filem Ngangkung yang ditayangkan di 68 panggung. 

Kemungkinan ada sambungan 

DALAM mengulas sambutan hangat filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat berkata, kejayaan itu juga membuatkan beliau boleh terus berkarya bersama Tayangan Unggul. 

“Saya tidak nafikan TUSB banyak memberi peluang untuk terus berkarya. Bukan itu saja, mereka juga memberi peluang untuk saya menghasilkan apa jenis filem yang saya suka. 

“Filem pertama dengan TUSB ialah Man Laksa. Oleh kerana filem itu kurang dapat sambutan, saya minta TUSB bagi peluang dengan janji filem berikutnya pasti mendapat sambutan. Jadi, saya buat filem Zombie Kampung Pisang. Dan filem itu memang dapat sambutan. 

“Selepas itu, TUSB bagi peluang menghasilkan filem yang saya idam--idamkan iaitu bercorak hitam putih. Lahirlah filem Kala Malam Bulan Mengambang. Filem itu memang tidak mendapat sambutan walaupun menang banyak hadiah dalam festival filem. 

“Saya bercakap kepada TUSB untuk buat filem yang boleh ‘menampung kerugian’ Kala Malam Bulan Mengambang. Mereka bersetuju dan lahirkan Hantu Kak Limah Balik Rumah. Sudah tentu saya bangga filem bukan saja mendapat sambutan tetapi turut menjadi bualan daripada penonton,” katanya. 

Mengenai sambungan Hantu Kak Limah Balik Rumah, Mamat berkata, beliau memang ada perancangan untuk membuatnya tetapi ia masih tertakluk kepada masa dan persetujuan daripada TUSB. 

“Dalam kepala saya, ada macam-macam idea. Saya nak panggil balik Que Haidar dan AC Mizal yang pernah digandingkan dalam Zombie Kampung Pisang,” katanya. 

Selasa, 14 Disember 2010

Follower LeYa yg ke 100

Salam sumer...Pagi Selasa ni LeYa nak bagitau hari ni follower LeYa genap 100 orang... So..org yg bertuah menjadi follower yg ke 100 tuh adalah 



Beruntung Orang Muo ni tersenarai menjadi follower yg ke-100... 

So...sebagai penghargaan... LeYa famouskan bLog orang muo ni dengan post entry tentang nya...

Untuk mengetahui apa yg ada dalam bLog Orang Muo...

Sila klik SINI untuk keterangan lebih lanjut...

Harap semua enjoy dengan follower LeYa yg ke-100 tuh...

 All the best Orang Muo... Semoga kamu lebih aktif lagi daLam dunia bLog...

Sekian, wassalam....