Khamis, 2 Disember 2010

Download Software di Filehippo

Salam pada readers sumer... Hari ni LeYa just nak cakap tentang macam mane nak download software yang paling mudah... Selama nie pun memang LeYa download software kat page ni... 

Okey lah... straight to the point la... LeYa download sumer software yg LeYa nak kat FileHippo ni... Just pilih jer software ape yg korang nak and..... click la link pada nama software tuh.... Then nanti click pulak download kat side bar sebelah kanan... Then Save and Install...

K lah.... rase nyer cukup untuk LeYa cakap hari ni.... LeYa pun nak sTop kan enTry kali ni sebelum LeYa merepek lebih banyak lagi... Wassalam...


Screenshot Filehippo

Rabu, 1 Disember 2010

Suka dan Duka dilalui bersama...

Assalamualaikum semua pada para readers yg kusayangi...

Setelah penat mengemas rumah...aku ke arah laptop Acer Aspire 3620 milikku dan terus membukanya.. Aku berfikir sejenak. Apakah entry terbaik yg ingin ku post kan hari ni? Aku termenung seketika.. Kuperhatikan ringkasan mesej di "chat area" dan follower ku juga bertambah dari sehari ke sehari... Aku bersyukur kini.. Blog ku telah kembali seperti dahulu... Dan..kini, aku pun mula aktif menulis apa sahaja cerita menarik di sebalik kehidupanku di blog kesayanganku yg telah mula beroperasi pada May 2008... WoW! dAh 3 tahun rupenyer usia blog aku nih... hehe... diam tak diam...sekejap jer kan... Tapi, sometimes..adakalanyer blog aku ni sepi dengan tiada kisah2 menarik di dalamnyer... Kenapa?? sometimes aku terlalu sibuk hingga aku takde mase nak tengoknyer... Erm...kalau die ley ckp dan ade perasaan mesti dy sedih kan...huhu... Tak patut betul la aku nih... Dont worry sayang... Sekarang kau hari2 kubuka dan kuperhatikan.. Sekali sekala layan cerita2 blog nih memang leka aku...

Huh! Panjang btul aku cerita tentang LeYa's Blog yang aku sayang tuh.. Seterusnya, aku nak ceritakan pada sumer yang aku bahagia dan terlalu gembira kali ni.. Kenapa?? Mana tak nyer... tadi kan mase start entry aku cakap yg aku penat berkemas rumah kan... Nak tau kenapa? Sebabnyer Sabtu ni 04/12 rumahku (means rumah milik ayah & ibuku...hehe...) akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran sempena abangku akan bertunang pada keesokkan harinya.. Hah! dAh nak bErtunang ker aBangku tuh... Yup..esoknyer 05/12, kami sekeluarga serta kaum keluarga belah ibu akan ke Pahang untuk majlis pertunangan dan seterusnya ke Tasik Kenyir untuk Program Hari Keluarga 2010... Wah! 2 dalam 1...  Hebat! memang dahsyat kan...

*****************************
Aku merenung kosong gambar-gambar kenangan bersama keluarga waktu ketika duLu... Masih jelas kelihatan aku serta abang dan adikku kecil lagi... Kini...sumer nyer dah besar.. dah matang... dah boleh fikir yang mana baik dan buruk.... Abangku dah nak bertunang... Nanti berkahwin pula... Ahh...kejap jer mase berlalu... Tanpa dipaksa..tanpa dipinta...masa berlalu terlalu pantas meninggalkan zaman silam kita.. Terasa memberi kesan yang mendalam buat diriku pabila aku juga telah meningkat dewasa.. Ya! aku juga sudah 23... Sudah menjangkau 20-an.... Sudah mengenal erti kehidupan yang selama ini hanya mengharap pada ayah & ibu yang tercinta...

Walau semuanya telah berubah... tetapi ia tidak mematahkan semangatku mencoret kisah2 suka duka ku di LeYa's Blog yg telah bersemadi / bertakhta selama tiga tahun di persada Internet... Aku kini yang masih belum tamat pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Pembangunan Perisian) di UTeM  sedaya upaya berusaha mengejar cita2 yang diimpikan selama ini... Cita-cita??? Apa cita2ku selama ni??  Owh..yes..impian ku ingin menjadi seorang pereka web yg terkemuka (Webmaster / Webdesigner) atau pereka perisian (Software Developer) yg mana selari dengan bidang yg kuambil... Juga, secara sampingannya pula, aku ingin jadikan minatku terhadap fotografi dan penulisan sebagai satu lagi bidang yg mengisi masa lapangku... Yeah! deNgan LeYa's Blog dan Sony Handycam serta Camera DSLR Nikon D90 (coming), aku telah pun menjadikan minatku itu sebagai satu impian yang pasti aku sendiri tidak dapat membayangkannya... 

Abang (Mohd Ikhwan) dan Adikku (Ahmad Akmal)

 
Nur Farisya, Wafa Adhlina & Amrina Rosyada 

 
Siti Aisyah, Siti Hajar dan Kautsar 

Siti Sarah dan Aiman Naiem

Muhd Thoriq dan Dhiya Tasneem

 
Fatin Nabilla dan Husnal Taufiq

Nadia Aqilah

Okey..picture atas tuh sumer sepupuku sebelah ibuku... kami memang sangat rapat dan ade ramai lagi yang tidak ku masukkan... Sebab nnti panjang pula entry aku yg satu nih...hehe... Okey2..dah cukup panjang cerita aku hari nih... Aku pun nak stop and nak jalan2 tengok blogger2 yang len... Mesti korang pun ade kisah baru nak dikongsi bersama kan... Jom3x... Wassalam semua...

Selasa, 30 November 2010

Char Kuey Teow

Char kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), leper dan kira-kira 1 cm lebar, digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dankucai Cina. Kadangkala hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut citarasa setempat. Pada asalnya ia dimasak menggunakan lemak babi, yang memberikannya rasa tersendiri, namun kini sering dimasak menggunakan minyak biasa. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak basah.
Char kway teow mempunyai reputasi sebagai tidak menyihatkan akibat kandungan lemaknya. Akan tetapi, semasa masakan ini dicipta, sasaran utamanya ialah para buruh. Kandungan lemak yang tinggi dan harganya yang murah menjadikannya popular di kalangan buruh sebagai sumber murah tenaga dan nutrien. Pada masa itu, masakan ini selalunya dijual oleh nelayan, petani dan pemungut kerang yang menjual char kway teow pada waktu petang untuk menambah pendapatan mereka.

Etimologi
Istilah "Char kway teow" ialah transliterasi aksara Cina, "炒粿條", bersandarkan loghat Hokkien, salah satu kelainan pertuturan bahasa Cina. Lebih tepat lagi, "炒粿條" disebut sebagai chha2-koe2-tiau5? dalam loghat Hokkien, dan cháo guǒtiáo dalam bahasa Mandarin.
Bagaimanapun, oleh sebab Char kway teow dibawa dari kawasan pertuturan loghat Hokkien ke kawasan pertuturan loghat Kantonis, nama Cinanya dicemarkan sebagai "炒貴刁". Ini disebut sebagai caau2 gwai3 diu1? dalam loghat Kantonis dan cháo guìdiāo? dalambahasa Mandarin. "貴刁" tidak memiliki sebarang makna literal, tetapi bunyinya dalam bahasa Mandarin adalah serupa dengan "粿條" dalam loghat Hokkien.
"Char kway teow" seringnya dikenali sebagai "Char kway teow Singapura" (星州炒貴刁) atau "Char kway teow Malaysia" (馬來炒貴刁) di Hong Kong bagi menekankan tempat asal hidangan itu.
Dalam masakan Vietnam, hidangan mi goreng yang agak serupa dikenali sebagai hủ tiếu.

Variasi
Pelbagai versi char koay teow telah dicipta. Perkara ini biasa ditemui di Pulau Pinang, Malaysia. Terdapat juga char kuay teow yang dicampurkan dengan telur itik (untuk memperkayakan rasanya) dan daging ketam (untuk menambahkan manisnya).

Charkwayteow.JPG

Char Kuey Teow Pulau Pinang

Isnin, 29 November 2010

NEW DSLR NIKON D3100 CAMERA FULLHD

Nikon has officially launched  , namely . The new Nikon D3100 price retail at RM 2,198.00 (with AF-S DX NIKKOR18-55mm f/3.5-5.6G VR  lens).  Fairly significant update to its sibling, the  -upgraded to  from 10-megapixels, has ISO settings from 100-3200, 11  points and most importantly, adds Live View and  1080p video recording. Nikon has also added full-time continuous  during video recording and to sweeten the pot, there’s   which can track up to 35 faces simultaneously.


This seemed to satisfy the thirst of the forward Nikonia cheap DSLR with Full HD recording capabilities like a stronghold of Canon, with its series of EOS 550D.

CMOS-based camera-resolution 14-megapixel sensor is indeed positioned for novice users. With the shape similar to Nikon D3000, this camera comes with the ability to record full HD (1080p). The difference might only exist 'in'. The camera is also fully equipped Expeed2 processor.

As quoted from the site detikINET Nikon, Thursday (19/08/2010), D3100 comes with the kit lens AF-S 18-55mm VR. In addition, this camera still offers a 11-point Auto Focus (AF) 3-inch LCD display supported resolution of 230,000 pixels.

This product is priced at U.S. $ 699 or about USD 6.2 million, along with 18-55mm lens kit. Here are some features in Nikon DSLR D3100:

* Comes with a live view
* Effective pixels: 14.2 million
* Image Sensor: 23.1 x 15.4 mm CMOS sensor
* File format: NEF (RAW), JPEG, NEF (RAW) + JPEG
* Media: SD, SDHC, SDXC
* Continuous AF in live view or video mode
* 3-inch LCD
* 11 point Auto-Focus
* AVCHD video codec (H.264), HDMI out



















Aku bahagia

Salam sumer... sebenarnyer aku nak cerita betapa gembiranya aku kali nie.. kenapa yer???
Coz hari Sabtu yg lepas, dua orang kawan ku telah selamat diijabkabulkan bersama pasangan yg dicintainya.. Aku hanya mampu doakan mereka bahagia bersama suami tercinta...

Dan...yg paling aku gembira sekali adalah abangku juga akan menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi... huhu... Abangku adalah anak sulung kepada pasangan Razaly & Faziah yg merupakan ayah dan ibuku juga merupakan cucu sulung buat keluarga Kamaruddin & Zaimah. Kalau dah sulung kepada semuanya, memanglah akan dilaksanakan secara meriah.... Aku?? terlalu happy sehingga tak terbayang dek akal ku ini... hehehehe.... Smile

Okeylah... nanti aku akan ceritakan kisah selanjutnyer k.... daa....  Beating Heart






Rabu, 24 November 2010

Romance - Selalu Setia