Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Jalan-jalan dan blogwalking blog rakan-rakan, LeYa terpanggil untuk turut serta satu segmen Kenapa Saya Ada Blog by Blogger Mulan. First of all, LeYa nak ucapkan tahniah atas ulang tahun blog yang ke-20! WoW!!! Bukan calang-calang ye. 20 tahun masih kekal aktif berblog dan berkongsi maklumat untuk para pencari maklumat.
Jadi... LeYa pun rasa bersemangat dan terus join segmen yang dianjurkan. Kalau korang nak join jugak boleh klik pada banner yang disediakan.
Kenapa Saya Ada Blog?
Blog LeYa bukan sekadar untuk menulis. LeYa berblog dari Oktober 2008 kerana minat dan ingin menyimpan memori untuk dikenang dan dibaca semula kisah nostalgia LeYa. Memang boleh tersenyum sorang-sorang bila mengenangkan coretan kisah lalu. Blog ini juga merupakan aset digital peribadi LeYa yang dah pun berkembang memperkenalkan jenama Illya LeYa dan memberi pendapatan dan platform untuk berkongsi pengalaman.
1. Menyimpan kenangan dan pengalaman hidup
Blog LeYa adalah tempat merekodkan segala pengalaman LeYa sepanjang tahun yang LeYa lalui.
- Travel dan percutian
- Pengalaman mencuba dan menikmati makanan
- Kehidupan seharian
- Pengalaman, cerita dan pendapat peribadi
Apabila media sosial hilang atau posting tenggelam, artikel blog lah yang masih boleh dibaca semula bertahun-tahun kemudian.
2. Membina personal brand Illya LeYa
Selain itu, dari berblog inilah orang mengenali LeYa sebagai seorang Lifestyle, Food & Travel Blogger. Walaupun orang ingat blog dah macam tak relevan kerana hadirnya platform digital media sosial seperti Tiktok, Facebook, Instagram, Youtube dan Threads, tetapi blog akan tetap menjadi pilihan utama untuk mendapatkan info yang jelas dan kandungan yang berkualiti.
3. Menjana Pendapatan
Dalam kesibukan menguruskan hal kerja dan sudah punya pendapatan dari kerja hakiki, tetapi dek kerana arus pemodenan hari ini, jadi LeYa yang sememangnya minat menulis sejak dulu, LeYa pun terus menjadikan platform blog LeYa boleh menghasilkan sedikit pendapatan untuk tambahan dari perbelanjaan gaji LeYa. Antara yang LeYa pernah perolehi menerusi:
- Google Adsense
- Paid Review
- Sponsored Article
- Affiliate Marketing
- Promosi hotel, restoran dan produk
- Jual e-Book dan produk digital
- Kempen brand collaboration
Dari minat menulis inilah LeYa menjadikan sumber pendapatan jangka panjang.
4. Membina Aset Yang Dimiliki
Seperti kita tahu hari ini, memang sosial media tengah naik. Namun, satu perkara yang korang kena tahu media sosial bergantung kepada algoritma. Hari ini reach tinggi, esok mungkin jatuh. Tetapi blog dan domain yang LeYa miliki hari ini merupakan satu aset yang lebih terkawal. Hasil penulisan LeYa yang mempunyai SEO yang menarik boleh membawa pengunjung melalui Google walaupun LeYa tidak menulis setiap hari.
Mungkin ada lagi, tapi cukuplah ringkasan ini yang LeYa rasa terfikir di fikiran. Buat Kak Mulan, LeYa nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun blog Peace, Love & Harmony yang ke-20! Satu jangka masa yang buakn singkat untuk dilalui suka duka dan kenang dalam dunia blogging. Terima kasih tidak terhingga juga kerana sentiasa memberi inspirasi untuk LeYa dan rakan-rakan blogger lain terus menulis. Semoga dilimpahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
Happy 20th Blogiversary!
Jom korang, kita meriahkan ramai-ramai untuk turut serta segmen menarik ni!
2008 maknanya lebih awal setahun dari uncle...
BalasPadamOuh yeke? Hehe...
PadamThanks for your sharing
BalasPadamLama juga terlibat dalam blogger.. semoga terus konsisten menulis :)
BalasPadam